SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 7, 2011

GEBU-GEBAS & NAMPAK BIRU..!

Tengok Konsert AF9 tak last Saturday? Aku tengok. Tengok kat umah mertua ngan adik2 ipar. Kebetulan plak malam tu takde agenda bola sepak. Tu yang mendapat tengok AF9 tuh! Kalau ada agenda bola sepak, memang tak la...

Sepatutnya, kalau konsert yang dah nak dekat2 final nih, musti la macam gempak2 sket kan... Paling2 cikai pun, musti ada perubahan besor la persembahan student2 AF9 tuh. Tapi, aku tengok macam bese2 jer... Macam tengok 1st concert. Takde la sangat yang nak dibanggakan...

~ Aku lagik excited nak tengok Tok Ti yang jadik salah seorang juri jemputan malam tuh. Siap buat performance lagik ko..! Gebu-gebas betul Tok Ti nih! Biru mata hitamku... He3... Kalau nak tengok banyak lagik gambar2 Tok Ti yang gebu-gebas, terjah beautifulnara nih.

1 keistimewaan Tok Ti nie yang aku rasa takde kat mana2 penyanyi Malaysia nie adalah ko bagi jer lagu apa pun walaupun bukan lagu dia tapi, lagu tu secara automatik akan jadik seperti lagu dia bila dia nyanyi. 

Contoh: Kalau dia nyanyi lagu Chow Kit Road (Sudirman Haji Arshad), dah jadik macam lagu dia. Even kalau suh nyanyi lagu Salleh Yaakob a.k.a Abang Jem yang Gali Lubang tu pun akan jadik seperti lagu Tok Ti jugak. 

Aku puji bukan sebab aku die hard fan of Tok Ti. Tapi, dah suara dia memang sodap. I like lah! ;P

Aku tak berapa berkenan la tengok Lena nyanyi lagu Badarsila versi Inul Daratista. Macam something wrong somewhere la... Pelik!

Tok Ti nyanyi tak payah goyang gerudi pun... Tapi, malatops2 jugak lagu tuh sampai ke Indonesia nun..! Haish!

6 comments:

wahida said...

tok ti mmg best...dia ada kelas dia tersendiri...

chichi said...

tok ti mmg mempunyai aura sendiri..peminat tak jemu2 tengok persembahan dia..

si tuan putri kiUt said...

cik abg den ckp...SITI KEMBANG!! hahahahahaha

ArELeEz said...

wahida,
hmm.. sbb tu nama dia sentiasa gah w/pun tanpa publisiti melampau.

ArELeEz said...

chichi,
aura dia still maintain w/pon dah kawen kan?

ArELeEz said...

si tuan putri kiUt,
kembang & gebu! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google