SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 14, 2011

KEMBALINYA DIA KE RAHMATULLAH...

Semalam, ada berita yang mengejutkan! Berita yang aku pasti sume orang pun kalau buleh takmo dengor & takmo tau! Berita kematian...

Pukul 8.30 p.m macam tu la... mak aku dapat phone call dari salah seorang sedara kitorang, mengkhabarkan berita yang nenek sedara kitorang meninggal dunia.

Innalilla hiwa inna ilai hirojiun...

Lepas semayang Isya', we ols bersiap2 nak ke umah arwah. Walaupun jenazah still kat spital tapi, kitorang ingat nak tunggu kat rumah arwah jer.

~ Aku sarung jubah mak. Amik ko! Jubah mak pun dah muat kat aku. Apakah makna tersiratnya tuh? Hu3...

Tak lama lepas kami sampai kat rumah arwah, datang plak sorang anak arwah dari Kelantan yang dah menjenguk arwah kat spital. Katanya, arwah belum meninggal. Still bernyawa tapi, dengan bantuan mesin la... Cepat2 plak kami sume ke spital!

~ Elok2 sampai wad, anak arwah yang sorang lagik bagitau arwah baru jer meninggal. Owh... takde rejeki kami nak jumpa arwah sebelum nafasnya yang terakhir. Redhakan jer kalau dah itu takdirnya...

~ My 'sayang' berbaju Melayu ijo.

~ Yang berdiri tu la salah seorang anak arwah. Dia la yang duduk paling dekat ngan rumah arwah. Dia jugak la yang uruskan sumenya. Dia jugak yang merayu kat doktor supaya jangan cabut dolu alat bantuan arwah sebab nak tunggu adik-beradik lain sampai & sempat jumpa arwah sebelum nafasnya terhenti. Sedih aku dengor... Harap dia tabah...

~ Mak pun sedih jugak sebab arwah adalah mak sedara mak aku.

Kitorang panggil arwah as Nenek Hajar jerk. Arwah penah kena stroke sampai tak buleh jalan. Tapi, arwah paksa jugak untuk berjalan & akhirnya, buleh jalan sket2. Tapi, dah tak kuat sangat la... Petang semalam, arwah jatuh kat bilik air. Masuk wad, pengsan sampai la arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kalau ikutkan, doktor dah kata takde harapan dah untuk arwah. Plus, kalau ikut teorinya, arwah bernyawa just sebab bantuan mesin. If family dah bersedia, doktor akan bukak mesin tu & nadi arwah akan terhenti. Sebab kematian adalah darah beku dah berkumpul di otak. 

Masa kami memula sampai, nurse tengah uruskan arwah. Kami buleh nampak la muka arwah sebab tirai yang tutup katil pesakit tu terbukak sket. Bila nurse bukak alat yang dimasukkan dalam mulut arwah, dengan tak semena2 darah keluar membuak2 dari mulut arwah!

Aku terus beristighfar & berlindung di sebalik badan my 'sayang' sebab aku tak buleh tengok darah! Tengok darah bese pun aku dah loya2, nie kan plak nak tengok darah yang membuak2!

Pukul 11.30 p.m, kami balik. 

Kembalinya Nenek Hajar ke rahmatullah... Al-fatihah untuk arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin...

2 comments:

aNaYaNa said...

al fatihah..sedih baca kisah kematian..

ArELeEz said...

aNaYaNa,
kematian semmgnye menyedihkan..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google