SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 8, 2011

PAYUDARA KERANI BERTUKAR HITAM

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.

Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.

Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah.

~ THAM (kiri) menceritakan kejadian yang menimpanya kepada Michael di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

*Sumber: kosmo

Lelaki macam boyfren Tham nie just interested apa yang nampak secara zahir jer. Senang citer, dia cuma skerkan kecantikan luaran untuk kepentingan diri dia sendirik. Kepada pompuan2 di luar sana, abaikanlah lelaki spesis macam nie. Buat mengabihkan boreh yo! Huh!

Moral of the story: Bersyukurlah dengan apa yang ada...

6 comments:

tamlegend said...

kelakar2...penting sgt ke saiz tu?aduyai...yang pompuan pun selenga sgt g operate kat tempat tak bertauliah

Zie Madini said...

tol tu dear. si bf dia tu sukakan dia pd luaran dia je. lelaki jenis gtu di kategori lelaki tak guna! haa hambikk...hehe

wahida said...

bodoh piang betul pompuan ni..sekarang tetek ko ke mana, boyfren ko ke mana...nan hado!!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

tamlegend,
ntah la.. dah tuhan create kecik ke.. besor ke.. terima jer la. haish!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Redbloodsnow,
woo hoo..! dasat punye statement..! tp, mmg xguna pun! huh!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

wahida,
tau xpe..! mengong sgt! macam dah xbuleh b'pikir secara waras! last2 kan diri sendirik yg merana! isk3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google