SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 14, 2009

KeS aNaK dArA HiLaNg

Ade lagik 1 berita pasal orang hilang. Kali nie bukan kanak2 but, anak dara. Owhhh... sungguhlah bahaya..!

SIK: “Sebelum ini dia taat kepada keluarga, tidak pernah keluar rumah bersendirian, kalau keluar pun berteman.

“Saya percaya, Nur Liyana terkena ilmu Siam atau ilmu guna-guna, jika tidak, mustahil dia sanggup menghilangkan diri dan meninggalkan keluarga,” kata Siti Bedah Hussain, 39, ibu Nur Liyana Sikh Ramlee, 22, yang menghilangkan diri sejak empat bulan lalu.

Lebih membimbangkan katanya, Nur Liyana pernah ditemui di sebuah kelab dangdut di Langkawi, dipercayai bekerja di sana.

Siti Bedah berkata, anaknya mengenali lelaki keturunan Siam bernama Sut Chai atau Md Isa Abdullah, 42, pada Jun lalu kerana kerap datang makan di gerainya.

Katanya, sejak berkenalan dengan anaknya, dia melihat Nur Liyana mesra dengan lelaki itu dan pernah diajak ke Langkawi untuk bekerja.


Menurutnya, sebelum mengajak anaknya ke Langkawi, lelaki berkenaan turut mempelawa beberapa penduduk kampung terutama wanita untuk bekerja di sebuah restoran di pulau itu.

“Sebelum ini, tiga wanita sudah mengikut lelaki itu bekerja di Langkawi kerana Md Isa juga bekerja di sana sebagai tukang masak dan tidak ada apa-apa berlaku kepada wanita itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini baru-baru ini.

Siti Bedah berkata, dia mengizinkan anaknya ke Langkawi kerana niatnya mahu menambah pendapatan keluarga selain menaruh kepercayaan terhadap lelaki itu yang juga rakan kepada bekas suaminya, Sikh Ramlee Kassim, 42.

Katanya, ketika di Langkawi, anak sulungnya itu memaklumkan sudah mendapat kerja di sebuah restoran, namun dua bulan kemudian dia menghubungi saudara kembarnya, Nur Diyana, 22, menyatakan dia perlu mencari kerja di tempat lain kerana restoran berkenaan menghadapi masalah.

“Saya yang tidak sedap hati menghubungi bekas suami di Kulim meminta dia mengambil Nur Liyana di Langkawi. Namun, apabila tiba di tempat dijanjikan, anak saya tidak datang.

“Selepas puas mencari termasuk dengan bantuan polis, anak saya ditemui di sebuah kelab dangdut di Langkawi dan dipercayai lelaki itu memintanya bekerja di sana,” katanya.

Katanya, Nur Liyana dibawa pulang ke rumah bekas suaminya di Kulim.

Namun, dia sekali lagi menghilangkan diri pada 10 Ogos lalu dan tidak ditemui sehingga hari ini walaupun puas mencarinya di sekitar negeri ini dan Pulau Pinang.

Menurutnya, anaknya ada menghantar SMS memohon maaf kepadanya pada Aidilfitiri lalu dipercayai menggunakan telefon bimbit milik lelaki terbabit.

“Selepas itu tiada sebarang berita daripadanya. Kami cuba menghubungi nombor itu, tetapi tidak dijawab.

“Saya percaya Nur Liyana bersama lelaki itu,” katanya yang sudah membuat beberapa laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu.

Difahamkan, lelaki yang masih bujang itu pernah menyatakan hasratnya mengahwini Nur Liyana, tetapi tidak dipersetujui keluarganya.

“Ada orang beritahu pernah terserempak Nur Liyana di sekitar Jawi, Pulau Pinang, baru-baru ini, namun tiada sebarang berita selepas itu,” katanya.

Sebarang maklumat mengenai Nur Liyana, hubungi talian 017-5849827 atau 019-5174062 atau balai polis berhampiran.


~ Gambar Nur Liyana. Kalo ade sesape yang terserempak dengan Nur Liyana nih, tolong hubungi nombor fon yang tertera kat atas nih/balai polis berdekatan, ye! Same2lah kite bantu hape yang termampu...


*Sumber: Metro

::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google