SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 4, 2013

MENCARI CINTA DI BANTING

Dari Teluk Intan, Perak ke Banting, Selangor 'mencari cinta'...

Kategori luar negeri jugak la tu kan... He3...

Alkesahnya... Memem nak bertunang. Sorang lagik adik ipar aku yang bakal berdua. Insyaallah... 

Kitorang bertolak dalam pukul 9 pagi. Bajet dalam 2 1/2 jam dah boleh sampai kan... Tapi, jangkaan meleset! Sebab macam jauh jugak Banting ni rupanya. Dengan jem teruk bagai... Macam lagik jauh dari KL je aku rasa tau. Lapanploh kali aku tido-bangun-tido-bangun pun tak sampai2 lagik. Eh, apakah..??! Hu3...

Membawak ke pukul 1.30 petang jugaklah baru sampai. Fuh!

~ Front liners. He3...

~ Aku nak tolong bawak hantaran yang comel2 ringan2 je, actually. Tak kose nak usung yang berat2. Tu yang gigih grab handbag nih. Tapi, berat jugak kot..! Meninggi pulak tuh handbagnya. Tu la... siapa suruh bernawaitu negatif? Adeh3...

~ Pwincess Sara yang sangat manja & reserve orangnya. Kena tunggu lama sikit, kita cakap lembut2 ngan dia, baru dia boleh get along.

~ Hantaran pertama yang aku nak show-off of course la hantaran yang Mak aku buat. Errr... Coklat Cinta namanya. Ecewah! Hiks...

~ Biru turquoise dari kami...

~ Dibalas dengan ijo mata memandang. ;P

~ Pantang nampak cameraman! Ha3...

~ Nampak lagik..! Ha3...

~ Hokay, fine3!!! Tak nampak cameraman dah sebab sibuk carik apa ntah dalam handbag. Gula2 Halls kot...

~ Eh2! Hiks...

Ringkas & simple je adat meminangnya. Takde pantun2 bagai... Asalkan jelas & tepat maksud penyampaian.

Ke moment paling dinanti2kan pulak...

~ Check dulu betul ke tidak cincinnya. He3...

~ 2 cincin, merisik & bertunang. Sekali harung je, senang!

~ Ah kak pulak yang over excited! Ha3...

~ Salam... jangan tak salam! He3...

~ Terbaekkk... & sporting! Asal official cameraman suruh posing je, terus gigih berposing! Ha3...

~ Memem jadik mat munge. Ha3...

~ Aminnn... Ya Rabb...

~ Congrats, Encik Memem & Cik Yana. .! 

~ Dengor 'tazkirah' daripada Ustaz Memem. Heh3...

Perut memang dah lapor giler! Bila tuan rumah ajak makan, terus laju2 carik nasik! Ha3... Best jugak lauk-pauknya. Yang aku ingat, ada kari ayam, ikan sepat masin, telur masin, sate... Kuih-muih pun ada. Air sampai 2 jenis kot... Aci cedok sendirik sebab diorang sediakan bekas yang macam orang jual air kat pasar malam tuh. Sukahati la nak cedok banyak mana kan...

On the way balik, singgah kat Cendol Bakar yang superb tuh. Ini kunjungan kali ke-2 untuk aku, my 'sayang' & Mak. Untuk family mertua pulak, ni adalah kunjungan pertama.

Memula, macam tak jadik singgah sebab giler ramai manusia yang terjah Cendol Bakar! Sampai jalan jem, noks! Tapi, Abah kata singgah je. Owh... hokay! Kita patuh pada kuasa veto. Heh3...

~ Apakah ko nampak deretan kereta yang nak masuk tuh? Berduyunnnnnnnnnn.......  hokay..!!!

~ Ada yang singgah makan / minum kat situ & banyak jugak yang drive thru.

~ Aku order Cendol V.I.P. Terbaekkk2...!!! ;D

~ Mak cover muka dari kena panahan cahaya matahari. Port yang kitorang duduk tu memang panas. Walaupun berbumbung tapi, cahaya matahari boleh masuk ikut depan sebab masa tu dah petang. Matahari dah nak terbenam. Nak tukar port tak boleh sebab full house! 

~ My 'sayang' pun terpaksa berdiri sementara nak tunggu matahari hilang pelan2.

~ Udda pulak ada dia kesah dengan matahari tu semua??! Yang penting, cendol... Ha3...

Kalau kali pertama singgah, aku try mee jawa ngan laksa tapi, kali ni aku try soto pulak. Perrgghhh..!!! Terbaekkk... jugak! 

Boleh la jadikkan Cendol Bakar ni port makan wajib singgah kalau berjalan2 ke belah sinun. Kalau korang pun nak jadikkannya port wajib singgah, boleh la tengok entry ni untuk alamat. ;)


:: Like3, ek! ::



4 comments:

azzey said...

bapak lamaaaaaaaaaaaaaaaaa dh citer nih br nk hapdate! Ishk2... (sabor jelah..pjm dialog dlm Hantu kak Limah )..hu3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

azzey,
xpe.. biar lambat, asal selamat.. heh3..

eja said...

aku nk terjah gok cendol bakar..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

eja,
terjah la.. sila3.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google