SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, December 8, 2012

CENDOL DRIVE THRU... KO MAMPU..??!

Dari Seromban, kitorang terus je pecut balik. Eh, takde la pecut sangat! Pecut sikit2 je... Heh3...

Sebelum balik, kitorang nak carik port untuk dinner. Cadangnya nak makan ikan bakar. Masa tu dah masuk Selangor. Tetiba, terserempak pulak dengan Cendol Bakar.

Asal ada perkataan 'bakar' je, terus rasa nak mengtry! Terus pulak meng-u-turn & terus singgah! Dasar pemakan kan... He3...

~ Ko mampu buat cendol drive thru? Hah! Diorang mampu tau! ;P

~ Aku try cendol VIP. Giler sodaplah! Sumpah, tak tipu!

Cendol VIP tu samadengan cendol biasalah. Nama je dasat sikit! He3...

Actually, macam2 cendol ada. Cendol VIP, cendol durian, cendol jagung, cendol VVIP pun ada tau! Range harga cendol dari RM 2 ke RM 3.50. Murah kan?

Masuk bab sejarah sikit, nama Cendol Bakar tu diambil sebab keunikan pembuatan cendol tu sendirik di mana diorang guna gula merah yang dibakar dulu. Kebetulan jugak, nama datuk si owner adalah Bakar. Sebab tu diorang namakan as Cendol Bakar. 2 in 1 la...

~ Sorang sopan sangat..! *tangandidadamatakeatas* Yang sorang lagik tak berapa nak sopan. Ha3...

~ Mak makan laksa. Laksa pun sodap tau! Terrbaekkk... sangat!

Selain laksa, kitorang try jugak mee jawa & kuih pau. Kesimpulannya, semua pun sodap! Puas hati tahap gaban betul singgah kat Cendol Bakar nih. Kalau jaraknya sekangkang kera, musti laju je aku repeat melepak kat situ. Owh...

Kalau tak silap aku, Cendol Bakar ni ada banyak cawangan. Salah satunya yang kami singgah ni lah, kat Kuala Selangor. Tagline dia, 'CENDOL BAKAR, RUGI TAK RASO, REFILL PERCUMA!'

Lebih kurang macam tu la kan... ;P

Aku memang suggest sangat2 korang singgah Cendol Bakar nih. Sila la terjah alamat di bawah:-

Cendol Bakar
Lot 1196, Batu 1
Kampung Assam Jawa, Jalan Bukit Rotan
47000 Kuala Selangor, Selangor

'RUGI TAK RASO' TAU! Heh3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

adza irdawati said...

perghhhhh hebatttt

ArELeEz said...

adza irdawati,
mmg pun.. hebak idea diorg kn?

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google