SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 25, 2013

TOMYAM AYAM ROMANTIKA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah tak buat tomyam. Rindu pulak dengan air tangan sendirik. 

Ecewah..! Ha3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
3 sudu jus limau kasturi
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 pokok sawi (dipotong)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
5 helai daun limau purut
1/2 ketul kiub tomyam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
5 biji cili padi (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (dibelah 2)
1 biji tomato (dibelah 4)
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, serai, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub tomyam & daun limau purut.
5) Masukkan lobak merah & cauliflower.
6) Perasakan dengan garam & jus limau kasturi.
7) Masukkan sawi, tomato & cili padi. Reneh seketika. Angkat & hidangkan.

~ Tomyam Ayam Romantika. Holloh3... ;P

'Romantika' tu sebab masa karang entry ni, tengah tengok ulangan rancangan Romantika (Ayu Raudhah & Zaquan Adha). Spontan gitu..! Belasah je la, ek! He3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Kesuma Angsana said...

sedap sgt ni !. KA Pun suka wat senang & mudah kan

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
masak dgn penuh kasih-syg.. sure sodap! he3.. aah. mmg senang sgt sbb sume aci bubuh2 lps tu, reneh..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google