SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, February 21, 2013

OUCHHH, CENSORED!!!

Badan my 'sayang' naik bintat2 merah. Takde la effect 1 badan. Just kat area perut ngan bontot. 

Dulu, aku yang selalu kena tau. Dari kecik kot. Asal demam je musti naik bintat2 1 badan. Kalau sikit2, dia rasa gatal. Tapi, kalau dah banyak naik 1 badan, dia jadik bisa2 & panas. Jenuh jugak Mak carikkan ubat. Hospital, klinik, even petua2 + perubatan alternatif pun Mak try jugak. 

Pernah sekali tu kan... aku demam naik bintat2 1 badan sampai 2 minggu kot tak datang sekolah. Badan dah kurus melengking sebab langsung takmo makan. Asal makan je muntah... Asal muntah je makan... ;P Yang aku boleh telan adalah buah lai ngan tembikai je. Air pulak aiskrim soda. 

Eh, demand pulak tekak bila demam kan..! Ha3...

Mak aku dah hilang punca dah. Last2, Mak try bawak kat 1 klinik, aku ingat lagik nama klinik tuh, Klinik Ananda. Terbaekkk... lah klinik tuh! Doktor bagus, staff (seorang kakak) pun baik. Aku termuntah kat tempat menunggu dalam klinik tuh. Kakak tu sikit pun tak marah / buat muka hangen! Mak pulak yang cuak! Tapi, kakak tu siap cakap ...

"Takpe, makcik... Musti demam kuat ni. Nanti saya bersihkan."

Lapanploh juta kali Mak mintak mahap kat kakak tuh. Terharu pulak aku. Hu3...

Eh, nak cerita pasal my 'sayang' kan... Terlebih2 pulak cerita aku. He3...

My 'sayang' dah pergi 1 klinik nih, doktor tu kata allergic. Dia kasik ubat makan ngan krim sapu. Nampak kurang tapi, tak hilang sepenuhnya walaupun dua2 ubat dah habis. Aku paksa pergi Poliklinik Dr. Azhar & Rakan2. 

~ Ouchhh, censored!!! Ha3... 

Doktor gigirl tu sangat baik & mesra alam. Kita tanya A, dia jawab A sampai H. Begitu... Aku suka je sebab baru la namanya komunikasi 2 hala. Doktor kata ada beberapa kemungkinan sama ada allergic / fungus infection. Laju2 aku mintak doktor kasik injection walaupun my 'sayang' buat muka sedeh, mintak simpati takmo kene inject. Ha3... Bini dia kan kejam... ;P

Aku ada jugak syak yang my 'sayang' dah terberjangkit penyakit aku yang aku cerita kat atas tuh. Sebab dah banyak kali jugak dia kena. Semuanya lepas kahwin. Masa kecik2 / bujang dia memang tak pernah kena. Aku pulak lepas kahwin memang jarang2 sangat kena sampai aku dah lupa bila last aku kena. Aku tanya kat doktor, ada possibility tak nak terberjangkit? Doktor kata, possibility tu ada.

Cuma aku confuse sikit sebab Doktor Ananda cakap aku bukan allergic / fungus infection. Tapi, lebih kepada sistem badan aku sendirik macam keadaan darah bagai... & aku rasa Doktor Ananda betul sebab aku kena bila aku terdedah pada cahaya matahari / panas lepas tu, berpeluh lepas tu, musti aku demam, naik bintat2. Kalau suhu sekitar aku tak menentu pun boleh kena jugak, macam sekejap aku dok dalam air cond. Kang kejap lagik aku main panas. Confirm kena! Terus je rasa tak sihat.

Hmmm... ntahlah! Yang pasti Doktor Ananda pun kasik injection kat aku. Lepas tu, kalau kena pun takde dah kena 1 badan. Dia effect satu2 bahagian je macam kalau kaki, kaki je... kalau kepala, kepala je... Effect ubat yang dia inject tu kot...

Lama dah aku nak carik Klinik Ananda tuh sebab senang kalau my 'sayang' / aku kena lagik, boleh terus terjah. Tapi, klinik tu dah lama pindah & tak tau pun dia pindah ke mana. Ada rumours kata anak Doktor Ananda pulak yang bukak klinik tuh tapi, still tak dapat dipastikan kat mana. 

Hmmm... korang pernah tak kena bintat2 merah nih? Apa jalan penyelesaian korang, ek? Cer share... cer share...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

fazilzura said...

sibbaik ado dot itam tu .. seksi ooo

time ngndg penah kne bintik2 kecik phtu miang2 huhuhuh
sibbaik lpas banak ilang

ArELeEz said...

fazilzura,
confirm! sbb nk coverline. ha3..

tu minor complication time preggie kot.. sbb org kata setiap org xsama. ada yg kulit jd hitam, b'jerawat bagai.. p'ubahan hormon katanye..

:|: TinTa Kibod :|: said...

salam singgah..

auww..sensored..
errr...org kata klu dh percampuran tu mmg gitulah...
klu ms bujang xde dh kahwin kan bercampur, kan..

Nota:
'campur' = hehehe!

ArELeEz said...

:|: TinTa Kibod :|:,
xcensored sgt kot.. sbb dh coverline. he3..

maybe la kot.. p'campuran.. hmm.. maybe la.. ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google