SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, February 28, 2013

SAMBAL TUMIS IKAN MASIN SENJA NAN MERAH

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sambal tumis ikan bilis macam klise. Jadik, marilah kita mengtry sambal tumis ikan masin pulak. ;)

Bahan2:-

1 peket ikan masin yang dah siap dipotong kecil2
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

7 - 10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam jawa Xtra Adabi & gula. Masak hingga pecah minyak.
5) Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi & bawang besar.
6) Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Tumis Ikan Masin Senja Nan Merah. Tetiba teringat kat lagu duet Awie ngan Ziana Zain... Hiks...

"Masihkah kita termanggu di bawah pepohon itu, Ketika hujan melunturi danau yang terindah, Tidak pernah dibilang hari, Hanyalah debar yang terasa, Rasa... La3..." 

*Sambilangkat2keningbajetZianaZain. Ha3...*

Eh2, tak baik nyanyi kat dapur masa tengah memasak! Nanti dapat suami tua! Ha3... Larikksss...!!!


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

nama kemain hahahhaa

ArELeEz said...

Asrul "iLham" Sany,
owh.. nama resepi harusla over..! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google