SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, February 2, 2013

POKCIK MENANG BESKAL..!

Bersuka-ria di hari persandingan Nana & Fadli pulak.

Tema wedding Nana-Fadli adalah purple. Dah plan awal2 sebenornya nak pakai baju ikut tema. Tapi, takde masa nak carik kain ela. Sampai la 2 hari sebelum wedding tuh... baru terhegeh2 nak carik baju.

Alaaa... beli baju kurung pesak gantung ready made je. Tak sempat kot nak mintak Mak jahitkan. Senang cerita, beli yang ready made je lah.

Cabaran jugak nak mencarik baju nih! Dari karnival jualan kat Dataran Menara Condong sampai la ke butik2, tetap tak jumpa yang betul2 berkenan di hati! 

Aku ni cerewet banyak bab2 beli baju ready made nih. Ditambah pulak dengan saiz yang 'comel sangat' nih, memang kena fitting betul2! Lepas tu, aku tak minat baju kurung moden. Tapi, yang aku tak minat tu la yang bersepah2 diorang jual! Huh! Sentap! Uhuks3...

Aku just nak baju kurung pesak gantung yang simple. Tak payah berlabuchi2 sangat... Asalkan fit elok kat badan aku & aku selesa, tu dah kira oklah. Dah give up dah sebenornya... Tapi, my 'sayang' pujuk, dia ajak terjah butik kat area Taman Melor. Masa tu, aku dah takde perasaan nak shopping dah. Down habis! Hu3...

Tak sia2 my 'sayang' pujuk sebab finally, jumpa jugak. Nama butik tu Butik Amani. 10 minit berpusing2 dalam butik tuh, last2 terberkenan kat 1 baju kurung pesak gantung yang simple ada polkadot kecik2 kaler purple. Harga pun sangat2 berpatutan! Baju kurung = 60 hengget. Tudung pulak = 45 hengget. Owh... memang menepati kriteria!

Terus senyum sampai telinga..! He3...

~ Tarat tat taraaa... Baju & tudung baru... Masih berbau butik, noks! Ahaks3... Errr... abaikan hubby-wifey yang berposing ala2 model catalog tu, ek! Ha3...

~ Dah sampai kat rumah Mak Ngah. Lepak2 dengan Cik Qistina...

~ Semua dah makan. Perut dah santak. Takde kerja lain. So, melepaklah kat anjung rumah. Port terbaekkk... kot sebab siap ada kerusi bagai... Sambil lepak, sambil amik2 gambar, sambil tengok orang yang datang bertandang... Cool!

~ Port tu dimonopoli oleh family Pokcik Usop... Ha3...

~ Rombongan pengantin lelaki dah sampai. Dari Pahang, actually. Tapi, the day before diorang dah sampai, dok kat homestay yang tak jauh dari situ. Eh, tetiba nampak Awa enterframe di situ..! Ha3...

~ Salam cium tangan suami...


~ Bersanding kat pelamin yang dah ditouch up. He3...

~ Cantik angle gambar nih. Aku suka! Good job, my 'sayang'..! ;)

~ Amik kesempatan bergambar kenangan dengan pengantin.

~ Pengantin dah lapor. So, makan beradab pulak. Eh, masa jadik pengantin mana ada lapor2..! Kenyang sesado bila nampak chenta hati. Ayam golek dok jeling2 kat depan mata pun kita buat2 tak nampak. Ha3...

~ Kan aku dah kata, ayam golek jadik santapan orang lain! Hiks...

Ada lucky draw jugak, actually. Macam2 hadiah ada! Hadiah2 adalah sumbangan ahli keluarga. Dari sekecik2 tupperware sampai la ke beskal (read: basikal). Means, beskal tu samadengan grand prize la kan...

Cara nak menang lucky draw ni senang je. Tetamu kena amik towel Good Morning yang kaler putih tuh, kat setiap towel tu ada nombor yang berbeza. Ahli keluarga / sesiapa je la kan... akan cabut nombor. Nombor yang bertuah akan bawak balik hadiah.

Yang paling ditunggu2 of courselah hadiah beskal kan... Nak tau jugak siapa la yang bertuah sangat boleh menang beskal tuh.

Paling kelakor bila Awa grab sampai bertowel2!!! Siap ada yang terpaksa pass kat Cik Qistina. Bertuah pulak tuh nombor2 dia! 2 kali hokay dia amik hadiah. Dapat sejadah ngan set gelas + jug kaca. Siap kena bahan dengan kitorang sebab asik2 muka dia yang bertuah. Ha3...

~ & akhirnya, pokcik baju oren ni yang menang beskal... Pengantin sendirik yang cabut nombor & sampaikan hadiah. Siap diberi penghormatan lagik untuk bagi ucapan. Owh... terharu kitorang dengor ucapan pokcik tuh. He3...

Hokay! Pokcik boleh naik beskal baru balik rumah kang. Owh... pokcik menang beskal..! ;P

Dalam pukul 3 petang, my 'sayang' ajak balik. Dah berlengas katanya... nak mandi.

Dah sampai rumah pun aku tak salin2 baju lagik. Gigih nak pakai baju baru sampai ke sudah. Tudung pun takmo bukak. Feeling2 ustajah pilihan. He3...

Thank you my 'sayang' untuk baju kurung pesak gantung yang kiut & tudung yang sweet tuh. Hati ni teeeeerussss bermunge2..!!! La3... ;D


:: Like3, ek! ::



2 comments:

azzey said...

berbaloi gak baju tuh dgn harga dia..kat ne kdi nyer?

ArELeEz said...

azzey,
aah. mmg worth it sgt! sbb kain dia pun sodap pakai. tudung tu pun best! jenis jatuh je.. butik tu kat taman melor, area pasarayaku.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google