SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 18, 2013

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN MASIN PELANGI SENJA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kembali memasak lemak & menternak lemak! He3...

Bahan2:-

1 ekor ikan duri masin (dipotong & dicuci bersih)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 batang serai (dibelah 2)
1 keping asam keping
1 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (dikoyak)
Garam
Serbuk perasa
Air masak
Gula

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk, serbuk kunyit, santan & serai ke dalam periuk. Reneh hingga mendidih.
2) Masukkan ikan duri masin & lobak merah. Masak seketika.
3) Perasakan dengan asam keping, serbuk perasa, sedikit gula & garam jika kurang masin.
4) Tuangkan air masak jika terlalu pekat.
5) Masukkan daun kunyit. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin Pelangi Senja.

Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

memang best dtg sini sb leh try resepi baru :)

ArELeEz said...

Asrul "iLham" Sany,
owh.. really..? he3.. tq sbb sudi singgah.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google