SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 15, 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI LIMAU PURUT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Rajin pulak tuan tanah kedaung ni memasak. Hmmm... layankan je lah! ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong kecil & dicuci bersih)
1 batang serai (dibelah 2)
7 batang kacang bendi
1 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 - 5 helai daun limau purut
1 keping asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & serai hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan santan.
4) Masukkan kacang bendi.
5) Masukkan daun limau purut.
6) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, asam keping & sedikit gula.
7) Tuangkan air masak jika terlalu pekat. Biarkan seketika, angkat & hidangkan.

~ Ayam Masak Lemak Cili Padi Limau Purut.

Sepatutnya pakai daun kunyit. Tapi, pokok kunyit aku yang ada kat DRAG tu dah botak. Al maklum la... tuan tanah kedaung ni 'rajin sangat' menjaga kebun kan... Hu3...

So, replace dengan daun limau purut. Kira aci je lah. ;P


:: Like3, ek! ::



6 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

Kompom.cik abang habis berpinggan2 ni muahaha

mie said...

cili padi?
pedas ni, sure sedap..
ehehehehee

azzey said...

knp sy x sker msk lmk kuning cm ni ek??? *sdg berfikir, kepelikan n mencari jwpan...hik3... *

ArELeEz said...

Asrul "iLham" Sany,
xde la b'pinggan2. tp, ade la dlm 2 pinggan.. ha3..

ArELeEz said...

mie,
aah. lg pedas, lg mengaum! aumm2..!! he3...

ArELeEz said...

azzey,
sbb len org len citarasanye. ;) *xpayah pelik2 dh. cool..*

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google