SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, February 14, 2013

SUP AYAM SELERA ORANG DEMAM

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tak sedap badan. Rasa semacam je... Tekak pulak pedih2. Nak demam kot... Adeh3...

Tetiba teringin nak makan sup ayam. Haish, teka nih! Dah 'injured2' pun still mengengada lagik tau! Mencik! 

Larat lagik kot nak masak. Plus, ah kak kan ada 'pembantu dapur' yang hebak! He3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong kecil & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 batang serai (dibelah 2)
2 biji tomato (dibelah 4 setiap 1)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
2 batang saderi (dipotong serong)
1 keping asam keping
1 bungkus sup bunjut
1/3 ketul kiub ayam 
1 inci halia (dihiris)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, sup bunjut, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan serai.
4) Tuangkan air masak secukupnya.
5) Masukkan kiub ayam. Kacau rata.
6) Masukkan saderi & lobak merah.
7) Perasakan dengan garam, asam keping & serbuk lada hitam.
8) Masukkan tomato. Reneh seketika. Angkat & hidangkan.

~ Sup Ayam Selera Orang Demam. Heh3...

Kalau rajin, boleh je kasik tabur2 daun sup sikit. Lagik masyuk dia punya aroma. Aku bukan tak rajin tapi, stok daun sup habis. Aci imagine2kan je aroma daun sup tuh. He3...

Kalau demam, tekak korang ngengada macam tekak aku tak, nak makan sup? ;P


:: Like3, ek! ::



6 comments:

AzieFirdaus Kamarudin said...

Nampak sdp sup ayam tu ☺ tadi pagi pun azie buat sup ayam jgk sb ari2 mkn brcili so nak cuci perut pulak..hehe.msh demam ke leez?

no need to reveal said...

kita nak makan tomyam..ataupun maggi kari ehhehe

azzey said...

hekeleh demam kunun.....selera ngalahkn org x demam...haish!

ArELeEz said...

AzieFirdaus Kamarudin,
mmg muak klu asik mkn yg pedas2 b'tumis je. tukar plak ke sup ayamlah. +, tekak org demam kn selalunye sker sup2 nih. nk panaskn badan katanye.. skang dh xdemam dh. tggl suara husky je.. uhuks3..

ArELeEz said...

no need to reveal,
tom yam sodap! maggi kari lagik sodap! buh telur + sayur. perrgghhh..!! meletopslah!

ArELeEz said...

azzey,
bese la.. tekak org demam kn manjas.. heh3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google