SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MAJLIS PERTUNANGAN. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS PERTUNANGAN. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

SELAMAT MENCARIK DUIT KAHWIN

#Throwback

Tema majlis pertunangan Bulat adalah merah. Mertua jemput family aku untuk join rombongan meminang. Family aku on..! Even diorang lagik poyo, pakai sedondon warna merah. Ha3...

Family aku memang cenggini. Gigih follow tema. Over tu kiranya 'penyakit keturunan' kitorang la... He3...

~ Tak buat baju baru pun... Recycle baju sedia ada. Yang penting, pembawakan tu maintain gorgeous. Ahaks...

Sehari sebelum majlis, aku & Oppa balik rumah mertua. Tido sana. Pagi2, lepas breakfast, berdesup ke rumah Mother. Sebab Mother & Kakak tumpang kami. Mr. Livina Abang dah full dengan 'tentera2nya'.

~ Standby kat rumah Mother.

~ Hantu selfie.

~ Cubaan meniru bibir Angelina Jolie. Ha3...

~ Bergolek2 pulak dah...

~ Couple merah.

~ Sangat menepati tema.

~ Tunggu Kakak kunci pintu pun sempat lagik..! He3...

Tunggu kat Taman Manik, tepi jalan. Kemudian, konvoi.

~ Sekejap je dah sampai. Dekat kekdahnya...

~ Cik Amalina, youngest biras to be.

~ Merisik sudah, meminang pun sudah.

~ 'Didera' makan sireh. Idea Awa. Ha3...

~ Tumpang 'populariti' kejap. Heh3...

~ Sedondon. #Chiaaa3 ;D


~ Hantaran. Merah berbalas purple.



~ Restu family. Konsep ia: Restu + selfie / wefie banyak2. Ha3...

Kata putus dah dapat. Janji dah termeterai. Tuan rumah jemput menjamu selera. Moh le kita..! Lapor kot..! ;P

Menu simple & menyelerakan. Nasik putih + sup ayam + ikan goreng + acar timun + sambal kicap + apa ntah lagik... lupa... tapi, sumpah sodap! Ummpphhh... kat tekak aku..! Heaven je makan. Owh... nom3..!!!

~ Setel. Perut kenyang. Sodap giler!

~ Setel jugak.

~ Dengan biras & adik ipar.

~ Biras kuasa 2.

~ Adik-beradik My MIL.

~ Keletah anak2 sedara.

~ 'Baby sitters.' He3...

~ A-im & family daebak! Ikut tema.

~ Dah, jom balik! Tapi, still gigih nak selfie. Menung tuan rumah tengok perangai tetamu agaknya. Ha3...

Setel dah 1 urusan keluarga mertua. Good luck, Bulat! Selamat mencarik duit kahwin. He3...

Selamat bertunang, Bulat & Amalina..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 23, 2015

DARAH MANIS

#Throwback

Fatin, anak sulung Pak Tam & Mak Tam bertunang. Makanya, ke Bota la kami... makan nasik kenduri. He3...

Kami sampai dalam kategori awal jugak la... Dalam pukul 11 ++ pagi. Rombongan peminangan datang lepas Zohor. 

Nak tolong adjust2 hantaran, macam tak perlu je... Sebab dah elok molek dah rupanya kan... Kang kalau aku adjust, terus bertukar jadik Decepticon yang huduh, naya je kena maki! Ha3... 

Nak tolong2 masak, pun macam tak perlu jugak kot... Sebab saudara-mara belah Mak Tam & jiran2 dah gigih bertungkus-lumus kat area memasak. Kang kalau aku menyibuk jugak, susah pulak diorang nak lalu-lalang sebab aku sorang je dah makan space berdepa2. Ha3... Hadoi la...

Ke... aku saje je bagi alasan macam2 ni... sebab yang sebenarnya adalah malas?! Aku pun konpius nih! Ha3...

~ Disebabkan masa yang banyak & 'ketiadaan kerja' tu makanya, kami pun makan dululah. Pak Tam & Mak Tam yang suruh tau! Kang kalau tolak kang, kata tak sudi pulak. ;P

~ Lepas makan, selfie... ;) Nampak tak Rifqi tu? Setiap detik nak bertukar menjadik Ottomen Cosmos! Pitam ah kak tau..!

~ The Sepupus... tajuk album dia. He3...

~ Pak Tam sayang Nenek a.k.a mak dia laju2..! Hiks...

~ Sama tak? Anak Mak kata ko..! Heh3...

Rumah Pak Tam bersebelahan dengan surau. Lepas makan, kami tumpang lepak kat surau tersebut. Boleh la baring2 kejap kan...

~ Ini budak, kalau Kakak Fatin dia ada a.k.a A_bern, kompom melekat. Lepas tu, kerja lain takde, melaram & posing3. Isk3...

~ 'Baby sitter' Rania. Baju pun dah sedondon.

~ Copycat

~ Rania kena 'dera' dengan mama dia. Pakai munge besor godang. He3...

~ Macam2 spesis Ottomen ada. Pilih je la mana yang berkenan.

~ Ottomen yang tak habis2 nak melaram. Hadoi la...

~ Bertukar2 spec dia tau!

~ Lepak di bawah pokok. Nyamannn......

~ Underneath pokok klapak dengan yang diraikan.

#FatinKuasaDua 

~ The hantarans


~ 1st attempt, 2nd attempt & 3rd attempt... Semua cobaan melompat tak jadik! Ke laut habis! Ha3...

Orang kata, alam pertunangan ni samadengan darah manis. Orang kata la... bukan aku kata... Kadang2 konpius jugak aku... tang mana la 'manis' dia tu kan..?! Sebab aku rasa darah semua sama je, kaler merah. Rasa dia, aku tak tau la macam mana kan... Ko gila ke apa ke... nak rasa2 darah bagai..! 

Tak kesahlah. Darah manis ke... darah kelat ke... payau... tawar heben ke... gasaklah! Yang penting, semoga Fatin & pasangan bertabah & berjaya menempuh dugaan di alam pertunangan... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 30, 2013

HAJAT BESOR KE CHEMOR

Raya ke-3...

Agenda di kampung mertua pulak. Selang-seli nampak gayanya turn balik kampung. Chantek tertarik menarik komemangthebomb je we ols susun schedule. Bagus! He3...

Nak ke Chemor, bawak hajat besor. Join rombongan meminang sempena majlis pertunangan cousin my 'sayang', Akim. I is like laju2lah kalau bab2 berjalan ni kan... My MIL & Abah pun dah paham sangat peel menantu dia yang sorang nih. Pantang diajak berjalan... confirm laju je bersiap! Ha3...

Cer ajak mengemas rumah ke... berborak dengan sedara-mara jiran tetangga ke... memang ya ampon lah! Sendu je ah kak di ceruk2. Ha3... Dush3!!!

~ Hokay! Dipendekkan cerita... dah sampai kat perkarangan masjid Taman Klebang Restu, Chemor, Ipoh, Perak. Pit-stop untuk solat Zohor.

Destinasi sebenor pun memang kat Taman Klebang Restu pun. Tuan rumah pun dah banyak kali jemput datang ke rumah. Bukan jual mahal ke apa ke kan... tapi, biasa la... dah ramai2 tu, musti banyak pulak halnya. Kena banyak bersabor. Susah nak rushing2. 

Relax, brader... brader relax! He3...

~ Pembodek Abah. Heh3...

~ Sweet gambar nih! ;)

~ Penyakit 'P.E.A.C.E'! ;P

~ Tuan tanah kedaung with her other half. Ecewah! ;P

Pukul 2++ petang kot time tuh! Memang berkeroncong sangatlah perut kan... Bila tuan rumah offer makan je, memasing laju2 mencedok! Hilang sekejap nilai kesopanan & tatasusila. Ha3... 

Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar... 

Selamat bertunang kepada Akim & 'cik tunangnya'... Sorry sebab tak tau nama tunang Akim. Lupa nak berkenalan bila dah nampak nasik. Ha3... Poyo!

Rombongan lain semua balik semula ke kampung halaman. Tapi, we ols tak. Sebab nak teruskan beraya ke rumah Roy kat Kuala Kangsar. Syiok sebab dapat makan laksa Kuala homemade yang superb... dengan bihun goreng yang sodap! Siap tapau buah limau bali tanam sendirik lagik..!

Sampai rumah, malam. Flat sangat! Lutut pun cramp. Adeh3... 

Tapi, aku takkan jemu berjalan2. Percayalah! Kalau tak percaya, cer ajak... cer ajak... ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google