SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 4, 2013

NASI GORENG USA DAGING CINCANG PEACE, YO..!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nak buat nasik goreng USA. Tapi, stok daging takde dalam fridge. Ada stok daging cincang je. 

Hokay, takpe! Kreatip & inovatip sikit. Masak mengikut keavailable-an stok. ;)

Bahan2 Untuk Nasi Goreng:-

2 mangkuk nasi putih
1/2 cawan mix veges
1 biji telur ayam
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
2 keping fishcake (dihiris)
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa

Cara2 Penyediaan Nasi Goreng:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
3) Pecahkan telur ayam. Kacau rata.
4) Masukkan mix veges. 
5) Masukkan fishcake.
6) Masukkan nasi putih. Sebatikan.
7) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Kacau rata. Angkat, hidang & hiaskan dengan daun sup.

Bahan2 Untuk Daging Cincang:-

1 mangkuk daging cincang (dicuci bersih & ditoskan)
1 batang kulit kayu manis
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Air masak
Gula

Bahan2 Kisar Untuk Daging Cincang:-

7 - 10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Daging Cincang:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
2) Masukkan kulit kayu manis.
3) Masukkan sos tomato, tiram & sedikit gula.
4) Tuangkan sedikit air jika terlalu kering.
5) Masukkan daging cincang. Kacau rata.
6) Perasakan dengan serbuk perasa, asam jawa Xtra Adabi & garam. Sebatikan. Angkat dan hidangkan bersama nasi goreng tadi.

~ Nasi Goreng USA Daging Cincang Peace, Yo..! Heh3...

P.E.A.C.E!!! ;P


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

fuhh berselera nampaknya...ni kira nasi goreng USA daging cincang la kan ? hihihi ...

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
yupp! (read: tajuk entry. he3..)

azzey said...

leh bkk kdi nih...(sangattttttttttt)...:P

ArELeEz said...

azzey,
jgn pandang ku sebelah mata.. la3.. ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google