SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, July 21, 2013

SOTONG SIRSAU CILI PADI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Morning, you ols..!

Eh, pagi lagik kerrr..??? Ha3...

I is bangun lambat hari ni. My 'sayang' kerja. Lepas salam2 dia, aku terus sambung beradu kat sofa kat hall. Sedar2 je dah pukul 1 petang, noks! 

Va3..!!! Ngeri betul pengtiduran ah kak! ;P 

Laju2 kemas rumah, mandi, solat bagai... bila dah wangi2 baru boleh berblogging dengan aman & tenteram. Entry pertama untuk hari ni adalah nak share resepi. Jom tengok! ;)

Bahan2:-

3 ekor sotong saiz besar (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 batang serai (dibelah 2)
1 pokok daun sup (dipotong)
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak
Gula
Air masak

Bahan2: Kisar:-

1 tangkai cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan serai.
3) Perasakan dengan garam, asam keping & gula.
4) Masukkan sotong. Masak seketika. 
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering. Kacau seketika. Angkat, taburkan dengan daun sup & hidangkan.

~ Sotong Sirsau Cili Padi nama diberi. Ecewah..! ;P

'Sirsau' ni macam resepi tradisi family ah kak la... Resepi asal pakai ayam. Kalau raya, memang we ols adik-beradik akan request kat Mak untuk masakkan ayam sirsau. Buat cicah lemang / ketupat. Perrgghhh..!!! Terbaheklah!

Tak boleh blah bercerita pasal ayam sirsau nih. Mula la terbayang2 sambil air liur nak menjejeh2. Hadoiiyaiiinyapon!

Owh... nom3!!! ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Lime Dotmy said...

tengok pon dah sedap... kalau rase tak tau la... habis satu pinggang kot

My recent post : Khasiat Halia - Infografik

ArELeEz said...

Lime Dotmy,
alhamdulillah.. buleh la kan.. xde la hebak sgt. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google