SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, July 11, 2013

BIHUN GORENG SINGAPORE PUTIH2 MELATI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Berderet2 Slot KKBA ah kak publishkan. Al maklum la... dah malam. Dah berbuka kekdahnya... Harap tak terliur sangat. He3...

Bahan2:-

1/2 peket bihun (direndam & ditoskan)
2 batang sosej ayam (dipotong serong)
1/2 biji kobis (dipotong)
1 biji telur ayam
1 mangkuk kecil daging cincang (defrostkan, dicuci bersih & ditoskan)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Garam
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan daging cincang. Masak hingga sedikit kental.
3) Tuangkan sedikit air jika terlalu kering.
4) Masukkan sosej.
5) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata.
6) Masukkan kobis.
7) Perasakan dengan sos tiram & sedikit garam.
8) Masukkan bihun. Sebatikan.
9) Taburkan serbuk lada hitam. Sebatikan.
10) Masukkan cili merah. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Putih2 Melati. Ecewah! ;P

Terliur tak tengok gambar ni di malam hari? Tak berapa sangat kan... Kan3..?


:: Like3, ek! ::



2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

yolah tu tak terliur ...bulan pose gini tengok ayam dok berlari pun boley terbayang Kepsi? hahahahha

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
ha3.. lawak betul!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google