SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, July 29, 2013

IFTAR 12 RAMADAN 2013

Mak pun berbuka kat rumah we ols jugak. Sebab esoknya Mak ada appointment kat hospital.

~ Semua ni juadah berbuka. Meriah tak?

Penuh meja, noks! Pitam nak habiskan. 

Aku tak masak apa2 pun. Tak sempat. Lauk2 tu ada yang kami tapau kat PARAM & ada jugak yang Mak tapau dari surau. 

5 jenis lauk je yang PARAM mari. Rendang kerang, daging, sambal ikan bilis cili padi petai, ikan keli & talapia bakar. Yang lain2 adalah dari surau. 

Mak masak untuk kenduri bukak puasa kat surau. Masak ramai2 dengan geng surau Mak. Memang dah jadik kebiasaan, AJK surau akan tapaukan siap2 lauk berbuka untuk sesiapa yang tolong masak. Ye la... diorang kan 1/2 hari masak kat surau. Balik pun dah pukul 6 petang. Mana la sempat nak masak kat rumah. Sebab tu la AJK surau tapaukan lauk2. 

Kalau Mak berbuka kat rumah sendirik, Mak pilih2 jugak lauk2 yang nak ditapaukan tuh. Bukan sombong / berlagak. Tapi, Mak sedekahkan balik lauk2 tu pada geng surau lain sebab kalau bawak balik Mak takut tak habis. Makan sorang2 kan... Tak berapa selera kata Mak.

So, lebih baik Mak sedekahkan bahagian Mak pada geng2 surau yang ada ramai family members time berbuka. Sharing is caring, katanya... 

Wah, tetiba Mak cakap omputih kan..! Hiks...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

boni kacak said...

masak ramai-ramai. bestnya kan?? hehehe.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

fuhhh ...meriahnya....saya tak dapat lagi nak berbuka ngan family sy...kalau berbuka ramai2 pun ngan family mertua je ....huhu

ArELeEz said...

boni kacak,
best kot..! tp, penat pun ye gak sbb pose kan.. hu3..

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
meriah dgn lauk-pauk! he3..

family mertua pun lebih kureng family sendirik jugak la.. ok jerr.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google