SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, July 12, 2013

CHICKEN CHOP FROM MOMMY TO DADDY WITH LOVE...

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sebelum apa2, nak mintak ampon & mahap dulu. ;P

Bahan2 Utama:-

2 keping frozen chicken chop
2 mangkuk kecil frozen fries
4 biji baby tomato
1 sudu mentega
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Bahan2 Utama:-

1) Panaskan minyak. Goreng fries hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng chicken chop hingga separuh masak. Angkat & toskan.
3) Cairkan mentega dalam griller. Masukkan chicken chop yang telah digoreng separuh masak tadi. Grill hingga masak. Angkat & toskan.
4) Grill baby tomato. Golek2kan seketika. Angkat. Bahagikan bahan2 yang telah siap dimasak ke dalam 2 pinggan.

Bahan2 Untuk Salad:-

5 helai daun salad hijau (dipotong)
3 helai daun salad ungu (dipotong)
1/2 batang zuccini (dipotong memanjang)
1/4 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 biji limau nipis (diperah jusnya)
Mayonis
Garam

Cara2 Penyediaan Salad:-

1) Masukkan daun salad hijau, ungu, zuccini, bawang besar & putih ke dalam mangkuk.
2) Perasakan dengan garam & jus limau nipis.
3) Dressingkan dengan mayonis. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan ke dalam 2 pinggan tadi.

Bahan2 Untuk Sos Lada Hitam:-

2 batang sosej ayam (dipotong dadu)
3 sudu tepung gandum
1 1/2 sudu mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
1 sudu serbuk lada hitam
1/2 cawan susu cair
2 sudu kicap masin
Kiub ayam Knorr
Air masak

Cara2 Penyediaan Sos Lada Hitam:-

1) Cairkan mentega. Tumis bawang besar & putih hingga layu.
2) Masukkan tepung gandum. Kacau sentiasa.
3) Tuangkan susu cair.
4) Masukkan sosej ayam. 
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
6) Perasakan dengan kicap masin, sedikit kiub ayam & serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat. Tuangkan ke atas chicken chop & fries. 

~ Chicken Chop from Mommy to Daddy with Love. Feeling2 omputih kejap. Heh3...

Sepatutnya sos tu pakai cendawan butang. Tapi, ah kak takde stok. So, try replace pakai sosej ayam sebab kekenyalan yang rasanya lebih kurang kan... Bereksperimentasi kejap. & my 'sayang pun berkata...

"Aaby bubuh cendawan butang, ek? Hmmm.. sodap!"

Hah, maknanya eksperimentasi ah kak berjayalah! Weehooo..!!! ;D

Pssttt2!!! You ols ampon & mahapkan ah kak tak? Dah dekat tengahari ni kan... Ho3!!! Larikksss..!!!


:: Like3, ek! ::



4 comments:

dear xila said...

seriyesly nmpak menyelerakan!!! hehe

fazilzura said...

kurg pose ai .. huhuhuhuhuhu

ArELeEz said...

dear xila,
alhamdulillah..

ArELeEz said...

fazilzura,
baca sambil tutup mata. buleh x? ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google