SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, July 12, 2013

KELEDEK CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

My 'sayang' ada beli keledek madu masa family vacation kat Cameron Highlands tu. Mak awal2 dah pesan suruh rebus sebab takut keledek tu 'tumbuh balik'. 

Perumpamaan ye, you ols..! Perumpamaan...

Maknanya, Mak takut penyakit malas masak aku datang. Macam beberapa stok sayur aku sebelum ni. Kalau mood malas datang, memang ke lautlah semua sayur2 tuh. 

So, sebelum keledek madu ni 'tumbuh balik' baik aku rebus siap2. He3...

Bahan2:-

10 biji keledek madu (dibuang kulit)
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
1 1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak
Air

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan keledek madu ke dalam periuk berisi air. Rebus hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
4) Tuangkan sedikit air.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
7) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama keledek madu rebus.

~ Keledek Cinta. Ewah2..! Awwsss..! Ha3...

Resepi ni dimasak sebelum Ramadan datang...

Comel2 keledek madu tu kan? ;P


:: Like3, ek! ::



6 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh...ni terbaek dari ladang :)

wahida said...

amboi sedapnyerr....bikin lapar jer...huhu...

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
keledek tu mmg dr ladang..! kat cameron nun..! he3..

ArELeEz said...

wahida,
ooppss! sowy.. bnyk2! he3..

Cik Puan Rara said...

wow.berbunga bunga cinta kalau mkn.heee

ArELeEz said...

Cik Puan Rara,
tau xpe..! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google