Berbuka kat rumah Mak pulak. Haaa... kan dah kata ikut 'nombor giliran'! Heh3...
Iftar ni spesel sikit sebab seklaigus nak celebrate birthday Mak. Actually, birthday Mak adalah 19 Julai... maknanya, 10 Ramadanlah. Tapi kan, 10 Ramadan tu we ols berbuka kat rumah mertua. So, postpone ke esoknyalah.
Tapi, wish tetap on time, hokay..! ;)
~ Ayam sirsau cili padi, bayam tumis, laksa, ikan goreng & kuih-muih. |
~ Pulut kuning yang didekorasikan oleh Kak Aneem. Habis tomato ngan cili padi Mak jadik props. Ha3... |
Mak tak tau pun yang kami nak celebrate birthday Mak. Kengkonon nak surprise2... la kan... Aku roger2 Abang, tanya Kak Aneem terror tak buat pulut kuning. Abang kata, tempah je la kat sesiapa. Pening pulak aku nak carik siapa yang boleh buatkan pulut kuning.
Aku nak buat??? Memang tak la... Mau jadik 'pulut hitam' terus! Ha3...
Last2, buat gediks2 manjas2 kat Mak, mintak Mak je masakkan pulut kuning tuh. Bukan setakat pulut kuning je tapi, lauk2 lain pun we ols request Mak yang masak. Amekaw! Birthday girl yang kena paksarela memasak. Nasib baik Mak memahami anak2 + menantu2 beliau yang ke laut nih. Adeh3...
Nak kena sekeh anak2 + menantu2 Mak nih! Hu3...
~ Pulut kuning ganti kek. Sebab kami bukan pemakan kek yang hebak. Mak pun dah pesan awal2, kalau birthday2 ni, better buat pulut kuning je. Buat cicahnya, confirm laku. |
~ Suapan manjas Abang untuk Mak. Ecewah! Hiks... |
Lepas berbuka + celebrate birthday Mak, kami solat tarawih sama2 kat Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan. Best tarawih kat situ sebab ada air-cond. Sojuk je kan... Sampai kuyu2lah mata kekdahnya! He3...
~ Balik tarawih, sambung makan laksa. Yang panjang melintang tu bukan ikan tau! Tapi, munge kantan. Kengkonon artistic sangat la tuh! ;P |
~ Rifqi the handsome boy..! Kakak la yang kata... ;) |
~ Acara bukak2 hadiah birthday. Cucu Mak biasalah! Menebeng sesado..! |
~ Harap Mak suka blouse yang aku & my 'sayang' hadiahkan nih. ;) |
~ Bukak hadiah ke-2 pulak. Daripada Abang & Kak Aneem. |
~ & cucu Mak menebeng lagik..! ;) |
~ Aku nak amik gambar Mak, Kak Ngah sibuk suruh amik gambar dia! Haish! Sawan camera betul! |
~ Container set kaler merah, warna faveret Mak. |
~ Rifqi bikin onar! Boleh pulak lapik set container tu dia buat kopiah! Lepas tu, buat muka seposen. Ha3... |
~ Pose skodeng2... tajuk album dia... Ha3... |
Seronok sangat malam tu. First sebab Allah masih bagi peluang untuk celebrate birthday Mak yang ke 54. Second sebab dapat berkumpul sambil makan2 dengan family.
Alhamdulillah...
Yang tak syioknya, adik-beradik tak cukup kuorum. Kakak & family tak dapat balik kampung. Kalau semua ada, musti lagik beronok2. ;)
Hmmm... takpe la... Takde rejeki... Yang penting ingatan & kasih sayang memasing. Harap berkekalan sampai bila2. Macam yang Mak nak & aku pasti, Arwah Abah pun harapkan mende yang sama. In shaa Allah...
SELAMAT HARI LAHIR, MAK...
KAMI SEMUA SAAAYAANGGGGGGGGG......... MAK KETAT2!!! MMUAHHSSS..!!! ;)
:: Like3, ek! ::
4 comments:
selamat hari lahir makcik!!
pergh. laksa tu. feveret tu
selamat hari lahir buat mak..semoga diberkati umurnya, semoga dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan semoga dilimpahkan kebahagiaan hati buat selama-lamanya. amin..
wahida,
nnti leez smpikn wish tu kat mak, ek! ;)
boni kacak,
yupp! laksa. t'bahek dr ladang..! heh3..
aminn.. terima kasih. ;)
Post a Comment