SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, July 15, 2013

IFTAR 4 RAMADAN 2013

Iftar terbest setakat ini untuk Ramadan 2013 sebab berbuka kat rumah Mak merangkap dapat makan makanan yang Mak masak. Owh... nom3!!!

Rasa hebak sangat, hokay! ;P

Pepagi, Abang bawak Mak ke pasar. Aku menebeng sekali. Mak nak masak sup kepala ikan. Dari Pekan Sabtu membawak ke Pasar Teluk Intan kami mencarik kepala ikan. Akhirnya mendapat jugak. Fuh!

Sempat jugak aku tolong Mak potong bahan2. Nanti senang... Mak tinggal campak2 je. Jimat masa gitu..!

Pukul 1 petang aku balik rumah kejap. Pukul 5 petang ke rumah Mak balik, dengan my 'sayang'. Hujan petang tu. Lebat jugak! Sojuk2 macam tu lagik la perut berdondang sayang kan... Adeh3...

~ Kak Yong puasa penuh tau! Alhamdulillah...

Sementara nak tunggu waktu berbuka, Kak Yong menyibukkan diri dengan mengsnap gambar. Eh, musti nak jadik blogger tegar macam Acu dia jugak kan? Hiks...

Sembang2 ngan Kak Yong kat porch rumah Mak...

"Acu, cikgu Kak Yong kata, kalau haus kita telan air liur sendirik. Kalau lapar, kita baca buku."

Owh... begitu kekdahnya... Kelakor pulak cikgu Kak Yong tu kan... He3...

Tapi, aku paham yang cikgu sebenornya nak psycho je. Supaya anak2 didik tahan berpuasa. ;)

~ Rifqi ligat! Mementang la tak puasa...

Asal aku amik gambar je dia mintak nak tengok balik. Lepas tu, terkekeh2 gelak tengok muka sendirik. Apakah..??? Ha3... 

~ Sup ikan Mak... terbahek dari ladang!

~ Menu berbuka puasa hari tu... 


Meh nak list down, meh! Nasik putih memang wajib la kan...

1) Sup ikan
2) Ikan termenung goreng
3) Ikan pekasam goreng
4) Ayam goreng berempah. Pot luck daripada Kak Aneem.
5) Sambal tumis terung pipit ikan bilis
6) Pecal
7) Tepung talam
8) Sambal kicap
9) Lai chi kang
10) Rojak buah 
11) Kurma Safia Pokcik Yusuf Taiyoob

~ Tepung talam berkenaan. Mak order dari geng surau. 1 loyang samadengan 6 hengget.

~ Mak buat sendirik tau lai chi kang nih. Plus, memang faveret Mak pun.

Aku takde bawak potluck apa2 pun! Bawak perut je sambil lenggang-kangkung. Ha3...

Santak perut! Tak sia2 bawak perut. Hadoi la... ;P

Macam nak terskip tarawih sebab 'overdose'! Tapi, bila dah bawak bertenang, akhirnya berjaya bertarawih kat Kampung Bahagia. 

Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



10 comments:

Sylarius Yusof said...

Mak sendiri punya masakan jugak yang power. Nak harap juadah bazar Ramadhan sekarang, banyak yang rasa hampeh lagi dari yang elok. Hehehe

boni kacak said...

bagus ajaran cikgu tu..hehehe

MrS. F!zA said...

tgk tepung talam rindu wan di kampung..tepung talam wan kalo bwk pegi surau skjap je licin..rindunyaaaaa

wahida said...

sedap2nya menu..mmg meriah la..


mak kalau masak, mmg bertambah la kita makan...

:|: TinTa Kibod :|: said...

kalo gini mula pikir mana satu nak makan dulu...
tihtihtih

ArELeEz said...

Sylarius Yusof,
betul3! sbb peniaga2 tu masak bkn dgn hati & kasih syg kot. masak sbb nk untung je. mencik!

ArELeEz said...

boni kacak,
t'bahek kn..?! he3..

ArELeEz said...

MrS. F!zA,
air tangan org lame kekdahnye..

ArELeEz said...

wahida,
lps tu, makin m'ternak lemak la badan nih. adeh3..

ArELeEz said...

:|: TinTa Kibod :|:,
xsempat pikir kot.. sbb lapor! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google