SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, July 6, 2013

PLUCK YOUR OWN STRAWBERRY... KATANYA...

We ols kan tak petik strawberry lagik kan... Kat Big Red Strawberry Farm tak boleh petik. Mencik!!! So, we ols gigih jugak carik kebun strawberry yang boleh dipetik strawberrynya. 

Google kata kat Kampung Taman Sedia ada a few kebun strawberry. Antaranya Opah Strawberry Farm & Al-Mashoor Strawberry Farm. We ols terjah yang Opah tu dulu. Tapi, macam ya hado... je kan... Strawberrynya pun antara nampak ngan tak je...

Takpe2... Plan B ada. Kengkonon nak terus ke Al-Mashoor Strawberry Farm. Tapi, my 'sayang' sempat beramah-mesra dengan staf yang jaga cafe kat sebelah Opah Strawberry Farm tuh. Siap terjebak beli map lagik..! 4hengget harga map. Murah 1/2 harga dari map kat Langkawi. Hmmm...

Staf tu kata, kat hujung sinun ada 1 lagik kebun strawberry. YZ Agro Farm namanya. Katanya kat situ boleh petik strawberry. Berkobar2 kami nak ke sinun. Moh2!!! ;P

Masuk percuma. Nak petik strawberry pun percuma. Tapi, kena tunggu bakul direturnkan. Maknanya, diorang limitkan jumlah pemetik la... Tak nak crowded sangat dalam kebun tuh. Bila ada bakul yang dah direturnkan, baru next pemetik boleh grab bakul & petiklah strawberry yang korang nak. Begitu...

~ Berkat tunggu bakul depan kaunter siap buat muka seposen... akhirnya, dapat jugak 1 bakul & 2 gunting untuk Mak. 

~ Bangga sangat Mak dapat petik strawberry. Hoyyeahhh..!!!

~ Geram!!!

~ Merah2, you ols..!

~ Rasa nak geget terus! He3...

~ Rifqi ni... P.E.A.C.E tak tinggal!

~ YZ Agro Farm

Kat YZ Agro Farm ni, selain ada kebun strawberry yang bagi peluang kat korang untuk petik sendirik strawberrynya, ada jugak cafe yang jual makanan berasaskan strawberry. Contoh: Strawberry coklat... of course... milk shake strawberry, aiskrim strawberry & macam2 lagik la yang berry3..! He3...

Nasik lemak ngan maggi cup pun ada jugak. Kot2 la lepas petik strawberry tu tetiba lapor pulak kan... boleh la pekena nasik lemak ke... maggi ke... Kekdahnya kan...

Aiskrim strawberry dia sodap tau! ;)

Uniknya pulak, kat meja2 makan yang disediakan ngan notice board, diorang tampal hand-out entry daripada blogger2 terpilih. So, sambil layan aiskrim strawberry sambil baca entry2 blog tuh. Heaven! ;)

~ Mak feeling2 hindustan kot..! Ha3...

~ My 'sayang' poyo!

Lepas petik ikut sukahati, kita kena bawak bakul ke kaunter untuk ditimbang. 1/2 kg buah strawberry yang dipetik bersamaan dengan 25 hengget. Aku ngan Mak pandai bajet. Cukup2 1/2 kg gitu..! Berasa hebak pulak! Heh3...

Aku tak tau berapa kilo Kak Aneem petik. Yang aku tau kebun strawberry tu riuh-rendah dengan suara anak2 sedara aku yang 3 orang tuh. Kejap2 kang, dengor Rifqi 'berzikir'... Kejap2 kang Kak Ngah pulak... Dengan suara Kak Yong menyanyi bagai... Adeh3... Gasaklah! ;P

Abang ajak singgah Taman Pertabalan Tanah Rata yang kitorang terserempak masa jalan2 di waktu malam ni. Ala2 taman rekreasi. Ada playground & ada gazebo untuk kita lepak2. Memang syiok sangat la Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi. 

Takde caj masuk & boleh berpiknik. Abang siap bentang tikar & baring2 lagik walaupun masa tu dah pukul 2 petang. Angin sepoi2 bahasa yang sejuk kot..! Macam kat Scotland! Cewwah..!

Kalau kat Teluk Intan, toksah mimpi la nak berbaring2 di taman rekreasi pada jam 2 petang! Memang buang tebiat kata ko! Hu3...

Lokasinya seperti berikut:-

Taman Pertabalan Tanah Rata
Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata
Cameron Highlands, Pahang

Korang carik Century Pines Resort, Taman Pertabalan ni adalah kat sebelah resort tuh.

Hokay, fine! Perut dah lapor tahap gaban! Menggagau carik kedai makan. Kebanyakan kedai makan Melayu adalah tutup. Apakah hari Sabtu merupakan hari public holiday diorang? Ntah la... ah kak pun tak tau.

Last2, we ols lunch kat Kerisik Emas lagik. Kali ni, aku belanja... Well... ah kak kan jelita lagik dermawan... Ahaks3... Over!

p/s: Harap2, entry ni terpilih untuk didisplaykan kat YZ Agro Farm. Fuh3!!! Heh3...


* Bersambung...


:: Like3, ek! ::


2 comments:

AzieFirdaus Kamarudin said...

Nak jugak didisplay kt YZ tu!haha..azie nak jugak bole?hahah

ArELeEz said...

AzieFirdaus Kamarudin,
jom2! kite make a wish same2. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google