SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, July 13, 2013

NASI GORENG CINA 1 RAMADAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Menu sahur 1 Ramadan hari tu...

Bahan2:-

1 mangkuk nasi
1 pokok daun sup (dipotong)
2 batang sosej ayam (dihiris bulat)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
1/2 batang carrot (dipotong dadu)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji telur ayam
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sikit, kacau rata.
3) Masukkan carrot.
4) Masukkan sosej ayam.
5) Masukkan nasi. Sebatikan.
6) Perasakan dengan serbuk lada putih & garam. Kacau rata. Angkat & taburkan dengan daun sup. Sedia untuk dimakan.

~ Nasi Goreng Cina 1 Ramadan

Nasik goreng antara pilihan kami time sahur. Laju sikit nak menyuap. Kalau ada ikan masin goreng, lagik bertambah laju! Ikan masin kan pembuka selera. ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

shark said...

adehh...
time bulan poser nmpk mnarik plak ns goreng cina nie..
hehe

ArELeEz said...

shark,
bln pose, sume makanan nmpk menarik hatta air masak sekalipun. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google