SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, July 22, 2013

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN TERMENUNG BERSAMA BABY EGGPLANT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Syiok pulak 'main masak2' di bulan Romadhon ni kan... Rasa puas hati je. ;)

Tak kesah la pasal rasa. Ke laut ke... sodap ke... yang penting, masih dalam kategori boleh dimakan, kira ok la tuh. 

Bahan2:-

2 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 batang serai (dibelah 2)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 tin susu cair
1 cawan air
7 biji baby eggplant (dibelah 2)
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 kisar, serai, serbuk kunyit & susu cair ke dalam periuk. Bairkan mendidih.
2) Masukkan ikan & asam keping. Perlahankan api. Biar hingga ikan masak.
3) Perasakan dengan garam & gula. Biarkan mendidih.
4) Masukkan baby eggplant. Masak hingga baby eggplant empuk. Angkat & hidangkan.

~ Masak Lemak Cili Padi Ikan Termenung Bersama Baby Eggplant

Panjang sungguh nama resepi kan? Jenuh nak sebut senapas. Fuh! ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

buat pedas sikit ni perghhhh....

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
mmg t'angkat..! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google