SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label TOMYAM AYAM. Show all posts
Showing posts with label TOMYAM AYAM. Show all posts

Wednesday, May 15, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #122: SI TENGAH

~ Meriah.

~ Seperti biasa, yang tengah adalah yang paling comel. Ha3...



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, May 29, 2017

SAHUR 2 ROMADHON... 2017

Wake up call daripada Mother tetap on! Heh3...

Panaskan kuali, buat telur dadar. Sap2 soi... siap!

Reheat leftover Tomyam Ayam. Sap2 soi jugak... siap!

~ Maka terjadiklah gabungan menu seperti di atas. Dihidangkan bersama Air Sarsi Suam & air masak.

Alhamdulillah... Kenyang perut suami isteri tersebut... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



TAHLIL & TITIPAN UNTUK ABAH...

Kakak & family balik kampung. Dia war2kan kat group WhatsApp. Abang suggest untuk berbuka berjemaah kat rumah Mother. Aku & Oppa belum ada plan apa2 lagik nak berbuka kat mana?! Makanya, kami decide untuk on! 

Yahoooooo......!!! Eh, ter-over pulak! Hiks...

Konsep: Potluck

Tak nak susahkan Mother. Setiap team prepare 1 / 2 jenis lauk. Lebih pun boleh. ;D

#TeamKajangPerdana (Kakak & family): Ayam Sirsau
#TeamPekanBaru (Abang & family): Ikan Masak Taucu + Sayur Campur + Ikan Kayu Goreng
#TeamIntanMas (Aku & Oppa): Tomyam Ayam

Mother cuma tolong masak nasik, buat Sambal Kicap & Sambal Goreng Daun Cekur.

~ Get ready di meja Jepun Mother.


~ Abang leads tahlil untuk Arwah Abah sebelum berbuka. Ingatan tulus ikhlas daripada isteri, anak2, menantu2 & cucu2 Abah. Semoga Abah damai & tenang di sana... Al-Fatihah...
~ 'Hero' of the day... Eceh! ;P
Menu keseluruhan adalah seperti berikut:-

Nasik Putih
Ayam Sirsau
Ikan Masak Taucu
Ikan Kayu Goreng
Sayur Campur
Tomyam Ayam
Sambal Kicap
Nasik Impit
Sambal Goreng Daun Cekur
Mee Rebus (PARAM)
Sayur Campur 2 (Sejenis 'mangkuk tingkat' by Acik Faizah)
Gulai Daging (Sejenis 'mangkuk tingkat' by Acik Faizah)
Air Ribena

Hakikat yang ah kak berjaya masak tomyam ayam untuk iftar family adalah 1 fakta yang ah kak rasa unbelievable sangat! Bukan ah kak je. Seantero family members pun rasa cenggitu kot..! Nampak sangat di situ... kan... ;P

Mujur semua orang sihat walafiat je lepas iftar. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, February 25, 2013

TOMYAM AYAM ROMANTIKA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah tak buat tomyam. Rindu pulak dengan air tangan sendirik. 

Ecewah..! Ha3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
3 sudu jus limau kasturi
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 pokok sawi (dipotong)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
5 helai daun limau purut
1/2 ketul kiub tomyam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
5 biji cili padi (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (dibelah 2)
1 biji tomato (dibelah 4)
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, serai, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub tomyam & daun limau purut.
5) Masukkan lobak merah & cauliflower.
6) Perasakan dengan garam & jus limau kasturi.
7) Masukkan sawi, tomato & cili padi. Reneh seketika. Angkat & hidangkan.

~ Tomyam Ayam Romantika. Holloh3... ;P

'Romantika' tu sebab masa karang entry ni, tengah tengok ulangan rancangan Romantika (Ayu Raudhah & Zaquan Adha). Spontan gitu..! Belasah je la, ek! He3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 23, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 3

Hari ke-3 berdiet pun macam berjalan lancar. Alhamdulillah... ;)

Cadang nak puasa tau. Pukul 5.15 pagi my 'sayang' kejut, bangun sahur. Aku duduk kejap tapi lepas tu, tumbang tertonggeng2 tido balik. Ha3... 

Memang ke laut la kan... Cancel puasa! Hu3...

Tapi, diet tak cancel tau! ;P

 Breakfast:-

1 senduk kueteow goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak

Minum pagi:-

1 biji pisang + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ikan kayu masak pedas + 1 ketul tauhu bersos + air masak
Tapau je nih. Tak amik sayur sebab mokcik yang jual tu ada sayur taugeh ngan peria je. Orang kata, tak elok makan taugeh sebab tak berapa elok untuk infertility kan... Peria pulak memang aku tak sanggup nak makan. Pahit!

Minum petang:-

2 biji pisang + air masak

~ Dinner: 1 mangkuk kecik tomyam ayam + air masak. Homemade tomyam, ye you ols..! ;P

Rasa macam dah slim sikit tapi, still tak berani nak timbang berat. Sebab takut penimbang tu mentipu. Ha3... 

Alasan tak berapa nak konkrit! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 15, 2012

IFTAR 13 RAMADAN... 2012

Akhirnya... dapat jugak berbuka puasa kat rumah abang. ;)

Mak roger2, suruh aku masak apa2 yang patut. Tak pun tapau PARAM je sebab mak tak larat nak masak. Nak kejor menjahit baju raya orang. Mak dah tolak awal2, actually. Tapi, diorang hantar time mak takde kat rumah. Diorang pass kat nenek je.

Ada jugak yang aci merayu2 sampai mak serba-salah nak tolak. Hadoiiyaiiinyapun!!! Kesian mak tau!

So, takpe la... kalau mak tak larat nak masak. Biar anak2 pulak memasak untuk mak. Cewwahhh! Bajet anak mithali kata ko! Ha3...

~ Aku nak masak ayam kari tak kari. Rupa macam ada dah. Tapi, rasa dia macam ke laut kot. Aci pejam mata je makan dengan nasik impit. Adeh3...

Kak Aneem pun masak jugak. Maybe, kami sama2 dah boring kot sebab asik menapau PARAM je. Kak Aneem masak lauk selamat iaitu tomyam ayam. Aku kata dia lauk selamat adalah sebab memang kojo sonang yo nak masak tomyam! Campak2, reneh2 kejap, dah siap. ;P

~ Nasik impit tu aku rebus time balik rumah tengahari. Tersama pulak masak ikan masin goreng dengan Kak Aneem. Belasah je lah! ;P

~ Kak Yong puasa penuh hari tu. Tapi, bila berbuka makan nasik impit ngan kuah tomyam sikit je. 

~ Minum air je yang tak hengat! He3...

~ Tuan tanah kedaung... He3...

~ Lepas berbuka, bebudak berdua tuh berphotoshoot. Haish! 

~ Kak Yong dah kurus. Dah hilang kechubby-annya.. Holloh3...

~ Konon comel sangat la tuh! ;P

~ Ececehhh..!!!

Tak sabornya aku nak raya..! Owh... pehhh-lisss..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google