SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, June 18, 2010

MASAK LEMAK KOBIS, CARROT & KACANG BUNCIS BUNGA2 CINTA

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Suatu hari, mase aku dok selongkar2 peti sejuk, aku terjumpe kobis, carrot ngan kacang buncis. Secara magicnye mood memasak tu datang. Nak tau hape yang aku masak? Let's check it out, bebeh! ;D

Bahan2:

1/2 biji kobis (dipotong)
10 - 15 batang kacang buncis (dipotong serong)
1 batang carrot (dipotong memanjang dalam 1 inci)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 peket santan (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 genggam ikan bilis
1 tangkai cili hijau (dipotong serong)
Garam
Serbuk perasa
Air

Cara2 Penyediaan:

1) Masukkan carrot, kacang buncis, kobis, bawang & ikan bilis dalam periuk.
2) Tuangkan santan & didihkan. Tambahkan air jika perlu.
3) Masukkan cili hijau & kacau rata.
4) Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Bila carrot dah empuk, bolehlah tutup api, angkat & hidangkan.


~ Mudah kan? Nie la rupa Masak Lemak Kobis, Carrot & Kacang Buncis Bunga2 Cinta. Ecewah! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

2 comments:

azzey said...

Lg sedap klu mkn ngan ikan masin goreng....hu3....

ArELeEz said...

azzey,
yupp! tepat sekali!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google