SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label LAI CHI KANG. Show all posts
Showing posts with label LAI CHI KANG. Show all posts

Wednesday, October 17, 2018

WORDLESS WEDNESDAY #120: MOTHER & LAI CHI KANG

~ Kesah seorang penggemar lai chi kang... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 15, 2013

IFTAR 4 RAMADAN 2013

Iftar terbest setakat ini untuk Ramadan 2013 sebab berbuka kat rumah Mak merangkap dapat makan makanan yang Mak masak. Owh... nom3!!!

Rasa hebak sangat, hokay! ;P

Pepagi, Abang bawak Mak ke pasar. Aku menebeng sekali. Mak nak masak sup kepala ikan. Dari Pekan Sabtu membawak ke Pasar Teluk Intan kami mencarik kepala ikan. Akhirnya mendapat jugak. Fuh!

Sempat jugak aku tolong Mak potong bahan2. Nanti senang... Mak tinggal campak2 je. Jimat masa gitu..!

Pukul 1 petang aku balik rumah kejap. Pukul 5 petang ke rumah Mak balik, dengan my 'sayang'. Hujan petang tu. Lebat jugak! Sojuk2 macam tu lagik la perut berdondang sayang kan... Adeh3...

~ Kak Yong puasa penuh tau! Alhamdulillah...

Sementara nak tunggu waktu berbuka, Kak Yong menyibukkan diri dengan mengsnap gambar. Eh, musti nak jadik blogger tegar macam Acu dia jugak kan? Hiks...

Sembang2 ngan Kak Yong kat porch rumah Mak...

"Acu, cikgu Kak Yong kata, kalau haus kita telan air liur sendirik. Kalau lapar, kita baca buku."

Owh... begitu kekdahnya... Kelakor pulak cikgu Kak Yong tu kan... He3...

Tapi, aku paham yang cikgu sebenornya nak psycho je. Supaya anak2 didik tahan berpuasa. ;)

~ Rifqi ligat! Mementang la tak puasa...

Asal aku amik gambar je dia mintak nak tengok balik. Lepas tu, terkekeh2 gelak tengok muka sendirik. Apakah..??? Ha3... 

~ Sup ikan Mak... terbahek dari ladang!

~ Menu berbuka puasa hari tu... 


Meh nak list down, meh! Nasik putih memang wajib la kan...

1) Sup ikan
2) Ikan termenung goreng
3) Ikan pekasam goreng
4) Ayam goreng berempah. Pot luck daripada Kak Aneem.
5) Sambal tumis terung pipit ikan bilis
6) Pecal
7) Tepung talam
8) Sambal kicap
9) Lai chi kang
10) Rojak buah 
11) Kurma Safia Pokcik Yusuf Taiyoob

~ Tepung talam berkenaan. Mak order dari geng surau. 1 loyang samadengan 6 hengget.

~ Mak buat sendirik tau lai chi kang nih. Plus, memang faveret Mak pun.

Aku takde bawak potluck apa2 pun! Bawak perut je sambil lenggang-kangkung. Ha3...

Santak perut! Tak sia2 bawak perut. Hadoi la... ;P

Macam nak terskip tarawih sebab 'overdose'! Tapi, bila dah bawak bertenang, akhirnya berjaya bertarawih kat Kampung Bahagia. 

Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 22, 2013

LAI CHI KANG SESEDAP RASA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Asik mengesahkan pasal makanan je kan dalam KKBA nih. Adalah lebih afdal kalau ah kak tukar sikit, kita ke minuman pulak.

Lai chi kang katanya... 

Bahan2:-

1 biji epal hijau (dipotong dadu)
1 biji epal merah (dipotong dadu)
1 peket selasih
1/2 ketul lengkong hitam (dicincang)
1 tin laichi
1 cawan Nata d Coco
Kiub ais
Air

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan epal hijau, merah, selasih, lengkong hitam, Nata d Coco, kiub ais & laichi bersama airnya ke dalam jag.
2) Tuangkan air secukupnya. Dah siap!

~ Lai Chi Kang Sesedap Rasa... namanya. ;P Aku tak tambah gula sebab air dari laichi tin tu dah sedia manis. Plus, aku & my 'sayang' bukan spesis pemanis. We ols suka yang manis2 buah je...

Ya ampon... punya senang nak buatnya! Kalau buat time cuaca panas membahang, memang terbaheklah! 

Tapi, kalau cuaca sesejuk & seangin sepoi2 bahasa kat Cameron ni tak berapa nak sesuai kot...

Eh, tetiba cerita pasal Cameron kan! Apakah..??! Tak surprise langsung! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, May 2, 2013

KEBULURAN SANGAT..!

Lapor sangat hari tu tau! Rasa nak mintak balik awal kat Encik Boss semata2 nak menunaikan hajat tekak & perut.

Nasib baik kerja banyak. Well.. tak pernah habis pun... Hu3... So, takde la terasa sangat kepedihan perut ni kan... Tau2 je mesin punch card tu dah 'menyanyi'. 

Yee haaa..!!! Merdeka..! Jom balik! ;D

~ Meja nombor 7 kat Wana Cafe. Errr... '7' ni dulu nombor jersey David Beckham kan? ;P

~ Muka lapor tahap gaban tapi, manjas tahap tak boleh blah! Rasa nak lempang tak? Ha3... Hadoi!

~ Peminat setia ah kak... Ahaks3... Awwsss!!!

~ Laichi kang untuk my 'sayang'. Aku minum air suam je sebab masa tu keadaan tekak tak mengizinkan nak layan minuman berais. Sentap! Hu3...

~ Dapat je mee goreng mamak ni, aku tak toleh kiri-kanan dah! My 'sayang' cerita apa pun hatta gossip sekalipun, aku buat dek je... Kebulur punya pasal!

Selalu kalau gossip, lebar je telinga ah kak tau! 'Mak Jemah' betullah! Ha3...

Tau2 je dah licin sepinggan! Dengan bawang2... dengan daun2 sup sekali aku belasah! Agaknya, kalau dibiarkan mau dengan limau nipis + daun pisang tu pun aku ngap sekali! 

Ha3... Makan budok... betullah! Huwarrgghhh..!!! ;P

My 'sayang' makan nasik putih + daging blackpepper + tomyam campur. Tak kose ah kak nak snap gambar sebab ghalit layan mee goreng mamak. Kata kebuluran kan... Hiks...

Bahaya kan kalau makan masa tengah kebuluran macam nih? Silap haribulan, batu pun aku nampak macam buah epal. Aummm2..! Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 24, 2011

PUYUH LAGIK...

~ Restoran Mutiara Seafood. Apa aku buat kat sini? Hmmm... of cos la makan2 kan... Takkan jual keropok Mony plak... Erkkk! ;P

~ Muka tak semenggah sebab lapor..! Haish! Asik lapor jer my 'sayang' nie tau! 

~ Menu wajib order, keropok ikan cicah sos spesel. Bukan keropok Mony, hokay..! Hiks...

~ Cer teka, air apakah dalam gambar di atas? ;P

~ Hokayla... Hokay la... Tak payah teka2 la... Meh aku kasik jawapan terus. Ini adalah lai chi kang. Giler banyak ais dia! Bila minum buleh feeling2 berada di Korea sebab sojuk tak hengat! Ha3... Over!

~ Dah lama tak makan kueteow Hong Kong. Rasa teringin plak. Tapi, aku twist sket. Aku mintak mee Hong Kong. Lebih kureng jer rasa dia... Cuma kueteow tu ditukar menjadik mee kuning. Tapi, aku lebih prefer kueteowlah! Sebab mende2 yang Hong Kong-Hong Kong nie kan dia goreng dolu kueteow/mee tuh. So, bila digoreng, mee tu jadik cam keras sket. Kalau kueteow, hokay... lembut2 la lagik kan... 

~ Kailan ikan masin. Banyak bawang dari kailan. Hadoi!

~ Lauk wajib my 'sayang' kalau ke Mutiara Seafood, burung puyuh masak kicap pedas. Sker betul my 'sayang' makan burung puyuh. Buleh la buat hadiah besday nih! Ha3... Keji! 

~ Kiut tak duta keropok Mony nih? Eh, silap! Duta keropok ikan... Ahaks3...

Kitorang makan belah petang, lepas balik keje. My 'sayang' la... konon2 takmo makan after 7 p.m. Nak jaga perut katanya... Tapi, aku tengok beberapa hari lepas tu, slumber jer ajak aku keluar makan pukul 11 p.m. 

Haish! Confuse ah kak tau! 


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Tuesday, July 28, 2009

M'mEnUHi P'miNTaAn PeRuT yG LaPoR...

Last weekend, aku adalah sgt bz b. Bz b ngan hal sendirik & hal org len. Ari Jumaat (mlm), kuar gi makan2. Ari Sabtu (pagi) pon kuar gak, gi amik anak sedare aku, A_bern kat hostel. Tengahari lak gi kenduri. Petang pon ade agenda, gi umah abang aku coz diorang ade wat Lip2's besday party. Wah! Ngalahkan menteri tahap kebz-an aku nih! Ha3...

Yg aku nak story mory mornin' glory nie adalah kesah ari Jumaat (mlm). Aku, my 'sayang' & mak kuar gi carik pressies utk Lip2. Pas carik pressie, perut pon lapor, trus terjah City Mewah.

~ Aku pakai ijo, xtually. Tp, disbbkan p'cahayaan di kedai makan yg kureng memuaskan & ditambah plak ngan p'snapan gambar m'gunekan henfon camera so-so ku, maka aku adalah xberapa nak nampak ijo. Apsal ijo nih??? Apsal xpurple nih??? Isk3... Musykil2... * Sambil garu2 kepala *

~ 'Owhhh... sayang! Engkau lah jejaka idaman... La3...' Ho3!!!


~ Cam nak dush3 aku jer mak aku nih..! Hiks...


~ Mak nak makan nasik. So, mak order nasik goreng udang. Aku pau makanan mak. Alaaa... amik rase jer... Shedappp...! * Amik rase hape kalo sampai 16 sudu?!! Muahaha... *

~ My 'sayang' mmg sker try2 makanan yg dia lom penah makan. Cam mee kantonis nih, mane penah jadik santapan my 'sayang'. Tp, order gak. Bley abis lak tuh! ;P


~ Lai chi kang for mak. Nie pon besh! Secukup rase, laici pon bnyk! Kacang pon bnyk! Cincau lagik! Mmg besh lah! Mane aku tau besh? Sbb aku pau lagik..! Ha3...


~ Ecewah..! Shy2 cat, konon! ;P

~ Chicken chop nih aku yg order. Sampai2 jer order, aku trus makan xsedar diri! Dah tinggal pinggan baru hegeh2 hengat nak amik gambar. Giler kentang tul lah! Ha3...

Balik umah, pas cuci muka bagai... aku trus pengsan. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......................


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google