SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BIRTHDAY BASH. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY BASH. Show all posts

Thursday, February 13, 2020

#RAISHATURNS1

Khatam Quran Kak Yong, sudah.
Bacaan Yassin pun sudah.
Kenduri doa selamat pun sudah. Kami still menerima tetamu sehingga petang. Ada yang tak dapat datang on time atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Maka datanglah petang. Takpe... Kami onz. Kami paham. Sudi2kan jamah apa yang ada. Tetamu kenyang, tuan rumah pun happy. ;D

Majlis yang core semua dah selesai. Alhamdulillah...

Tiba masa untuk birthday party Raisha. Jenuh jugak nak menyiap, meng-maintain & meng-divakan si Raisha nih. Sebab dia dalam fasa eksplorasi. Semua yang dia nampak, yang dia pegang, dia nak kaji.

~ Props & backdrop by Sis. Dibantu oleh ramai assistant.

Kalau Sis yang decor2, bebudak Ribena tu tak berani nak kacau / rosakkan. Sebab Sis seorang Acu yang sekejap2 buleh jadik singa jadian... sekejap2 buleh jadik singa yang penyayang. Garang tapi, dihormati. Aaa gitchew... Ha3...

~ Pejam celik, pejam celik... dah #RaishaTurns1.

~ Raisha The Explorer. He3...

~ Jenuh nak bagi dia tengok camera. Dia gigih nak cocok kek tu je. Ha3...

~ ... dan gigih nak rembat lollipop.

~ Semua gigih selpie kecuali yang sorang tu. Dia gigih kaji perangai orang. Ha3...



~ Seronok dapat beronok2 cenggini.

~ Haaa... ni mood singa yang penyayang. Ha3...


~ Kak Yong yang dah besar panjang.

~ #SiblingsForever... Eceh!

~ Kak Yong pointed contoh singa jadian. Ha3...

~ Kaki rembat handphone Acu. Tau2 je, penuh galeri dengan muka selpie dia. 

~ Ibu yang ada sorang anak tunggal, dialah kesayangan, dialah si bushuk masham, teman gadoh. Anak angkat (read: anak sedara) ramai. Semua pun panggil 'Ibu'.

~ Pantang Ibu balik kampung, kompom menebeng meraih kasih sayang. Mulut pot pet cerita itu ini. Yang paling win, cerita dia semua kelakor. Dia cerita mende serius dengan muka yang serius pun kitorang tetap rasa kelakor. Ha3...


~ Ayah pun terjebak jadik rakan selpie Rania. Ha3...

~ Mama tompang sekaki.


~ Acu Pendi memang mangsa keadaan, as always. 

~ Raisha masih gigih mengkaji perangai orang. Ha3...

Walaupun birthday girl dalam fasa eksplorasi tapi, alhamdulillah... party berjalan lancar. Kek sold out. Junkies pun sold out. Belon je masih banyak yang bertahan.

Petang aktiviti bebas. Ramai yang pilih tido. Sis pilih tido-makan-tido-makan. Demi kelangsungan hidup. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, October 15, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #126: ... MENOLONG NENEK

~ ".. Semoga Allah menolong Nenek.."

Ucapan yang sentimental value nya paling mahal..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 20, 2019

LENA YANG DAMAI

#Throwback

Malam diputuskan untuk aktiviti bebas. Suka hatilah nak pergi mana. Nak merepot kat bilik sambil layan tv ke... Nak keluar ke town beli makanan ke... Atau nak menjamu selera kat The Rumbia Coffee House. Up to u, bebeh! ;P

Aku & Kanda decide untuk makan kat town. Yang lain semua join kecuali Abang, Kak Aneem & Raisha. 

~ Chalet waktu malam...

~ Rasa sayang pulak nak tinggalkan chalet. Eceh!

~ Depan lobby pun sempat selpie sekeping 2. He3...

~ Fountain tu cantik. Ada lampu warna-warni.

Town nampak macam pekan koboi. Tak happening & tak bingit waktu malam. Ada a few restoran yang bukak, mamak / masakan panas Thai. Kami pilih masakan panas Thai. 

Lepas dinner, singgah kedai serbaneka, beli junk food & mineral water. Bekal kat chalet, kot2 terlapor. ;P

~ Sebelum kembali ke chalet, sempat lagik, oiii..! Heh3...

~ Sis berbaju tido don't care..! 

Lena tido. Damai je. Takde hingar-bingar suara manusia berkaroks. Yang kedengaran, cuma bunyik cengkerik & unggas. Zzzzzzzzzz........ 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 29, 2019

KEJUTAN YANG BERJAYA

#Throwback

AJK yang cemas kembali bersiaran... ;P

Abang roger2, katanya diorang dah selamat check-in. Backdrop decor pun dah siap. Hanya menanti ketibaan yang dirai. ;D

Abang & family standby kat chalet. Mother tak buleh tau pasal kewujudan diorang sebab awal2 lagik kami bagitau Mother yang Abang & family tak dapat join. Reason: Kak Yong nak study untuk UPSR. Ha3... Kak Yong jadik mangsa keadaan. ;D

Aku & Kanda masih dalam mode berlakon. Aku perlu acah2 pergi lobby untuk check in. Tapi, yang sebenarnya, aku jumpa Abang kat tepi chalet, nak amik kunci chalet Mother.

Kanda pulak perlu acah2 berpusing2 kat parking lot untuk carik parking yang terpaling sesuai. Ha3...

~ Bawak Mother masuk chalet, Abang & family ambush dari belakang &... tadaaaaaa...... inilah hasilnya..! 

~ Alhamdulillah... surprise berjaya.

~ Tanjat Mother kita, u ols..! He3...

~ Rasa happy sangat bila apa yang dirancang jadik kenyataan.

~ 'N.E.N.E.K.L.O.V.E'. Kreativiti anak2 sedara...

~ Yang dirai, our 1 & only Mother...

~ Dikelilingi kaseh & sayang... Ecewah!

~ Bebudak ni dah tak sabar nak gedebush dalam pool. Asik2, 'Acu, jom la... Acu, jom la...'

~ Happy birthday, Mother..! Sweet 17. Ha3...

~ Semoga Mother diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & dikurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat. Aamiin...

~ Acara penyampaian hadiah dimulakan oleh Kak Yong.

~ Diikuti oleh Kak Ngah.

~ Seterusnya, Rifqi.

~ Tak lupa dari Rania.

~ Daripada Abang.

~ Dan diakhiri dengan Kak Aneem.

Aku & Kanda mohon K.I.V hadiah. Tak sempat nak beli. He3...

~ Selain dari kasih sayang, Mother juga dilimpahi hadiah2.

Semoga Mother happy sampai ke bulan, bintang & mentari... ;D

Lepas tu, ada acara jamuan. Menu seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam sirsau cili padi
Ikan pelata masin goreng
Ulam timun
Kek red velvet
Air Revive 
Mineral water

Alhamdulillah... ;)

Baru la ada tenaga nak jadik Pandelela Rinong! He3...

*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 22, 2019

AJK YANG CEMAS!

#Throwback

Aku, Kakak & Abang plan untuk party kejutan birthday Mother. Medium perancangan: Group WhatsApp je. Maka bermulalah pembahagian tugas AJK2 penting di sebalik kejadian. 

AJK #1: Abang & Kak Aneem
Tugasan:-

1. Handle pemilihan venue.
2. Handle rooms reservation.
3. Surprise planner
4. Handle decor backdrop party.
5. Prepare beverages untuk party.

AJK #2: Aku & Kanda
Tugasan:-

1. Bendahari untuk segala fi sharing is caring.
2. Beli kek.
3. Prepare main course untuk party.
4. Beli belon & birthday whistle.
5. Berlakon depan Mother, seolah2 takkan ada apa2 yang berlaku & lengah2kan perjalanan ke party venue.

AJK #3: Kakak & Abang Mie
Tugasan:-

1. Buat sumbangan untuk fi sharing is caring.
2. Send video wish Happy Birthday kat Mother sebab diorang tak dapat join. Diorang ke Terengganu, amik A_bern yang dah habis study degree kat UiTM Chendering.

Kronologi kejutannya cenggini:-

1. Aku dan Kanda tempah kek kat Secret Recipe. Konsep: Tempah hari ni, amik esok & terus pass kat Abang untuk dibawak ke party venue. 
2. Abang & family gerak dulu ke party venue untuk prepare apa2 yang patut especially decor backdrop party. 
3. Aku & Kanda amik Mother & bawak ke party venue. 
4. Surprise berlaku. Eceh! ;P

~ Lepas tempah kek, lunch terus kat situ. Aku makan Curry Mee. Kanda makan Spaghetti Meatball.

~ Bandung Selasih ni best.

Pukul 11 pagi esoknya, amik kek. Kemudian, beli belon & birthday whistle. Sis lone ranger tau! Sebab Kanda ada urusan kerja sekejap pagi tu. Maka Waze & Sis pun jadik BFF lah pada hari tersebut... Buta jalan, oiii..! Ha3...

Abang WhatsApp...

Abang: Dik, kat mana? Abang nak gerak dah ni.
Aku: Jap. Sedang sesat. Ikut jalan belakang Bomba tadi, lepas tu, terlajak dari yang Waze bagi direction. Lepas tu, bla3... tak jumpa jalan... bla3... sesat! 

Abang & Kakak berjemaah gelakkan aku sambil kena tarbiyah. Adeh3... Pedih telinga (read: mata sebab diorang tarbiyah dalam group WhatsApp).

~ Penyerahan kek berjaya dilaksanakan. Kek Red Velvet untuk Mother.

Fuh, baru sikit buat tugasan AJK, dah berasa cemas! Ha3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google