SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label CHICKEN CHOP. Show all posts
Showing posts with label CHICKEN CHOP. Show all posts

Friday, January 8, 2016

SIGNATURE DISH

Urusan kerja. Kat Ipoh.

Oppa hantar. Lepas tu, Oppa setelkan urusan beliau. Pukul 1 petang, Oppa amik & kami check-in kat Chariton Hotel, formerly known as Ecotel. 

Hotel bajet je, you ols... Tapi, berbaloi dengan Ringgit Malaysia yang dikeluarkan. Selesa, bersih, pendek kata... ok lah! Sesuai untuk check-in sekejap2 cenggini.

~ Takde almari solek yang grand2. Tapi, cukuplah dengan mirror2 on the wall yang panjang ni. Boleh sangat kalau nak #OOTD. He3...
~ Tingkap merangkap balkoni. Hmmm... tak sempat pun nak chill2 kat sini, dah check-out. Hu3...

~ Basic amenities. Ada Astro. ;P

~ Standard King Room, RM 98/nett.

'Terserempak' dengan Chariton Hotel kat Trivago. Tapi, kami walk-in. Tak book through Trivago. Tak koselah! Bukan peak season pun. Walk-in lebih praktikal.

Reservation staff sangat friendly, tak kekwat which is sangat2 bagus. Bilik yang worth it. Boleh tahan luas untuk kategori bajet. Bilik air pun ok. Bersih. Basic amenities yang disediakan pun dalam keadaan memuaskan. Parking luas & free. Teratur je...

So, #SongJiHyo kasik... 4.5/5 mintang. ;D

Chariton Hotel,
Blok B-G-28, Jalan Dr. Nazrin Shah 1,
Casuarina Corporate Park,
30250 Ipoh, Perak.

No. Telefon: 05-2497777

Pukul 2.30 petang, aku back to work. Sampailah pukul 5 petang... barulah habis koje. Hu3...

Rehat sekejap kat bilik. Badan rasa lemau. Tido je lah ubatnya.

Lepas tu, Oppa ajak dinner. Tido kemudian makan. Ok, paham... Thorrbahekkk..., noks..! He3...

~ Appetizer kami... Cheezy Wedges. Lemak2 masam. Sebab ada lemaon sauce. Suit sangat! Boleh 'potong' rasa lemak2 tu. So, tak muak. Ermmm... dappp...

~ Nasik Goreng Udang Banjir untuk Oppa. Signature dish. Selak2 udang, baru jumpa nasik. 

~ Chicken Chop untuk #SongJiHyo.

Semuanya ho liao!

Gerai Nasi Goreng Udang,
Ipoh Town 24, Medan Selera SST Corner,
Jalan Panglima Bukit Gantang,
Pusat Bandaraya, 
Ipoh, Perak.

~ & esoknya, kami pun check-out...

Senang sangat buat closing dia kan... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 8, 2015

CHICKEN CHOP, 5 HENGGET

Oppa jumpa port makan baru. Tak ingat nama dia apa. Tapi, kami suka2hati namakan ia sebagai Stall Kakak Bienda. 

Cenggini kessahnya...

Owner dia tu dulu ada bukak gerai makan kat area Bank Rakyat lama, Teluk Intan. Makanan sodap! Paling win adalah ketam bercili. Pedas2 nak lagik, noks..! Perrgghhh..!!!

Kakak (owner gerai) tu suka pakai tudung belit2 seketol kat kepala ala2 penyanyi Bienda tu haaa..! Masa tu memang tengah in la pesen tudung cenggitu. Jadik, aku syak, kakak tu terpengaruh la kot kan... ;P

Nasib baik kakak tu kategori cantik jugak la... Make up... lipstick merah2 lagik. So, kalau dia pakai tudung Bienda ke... Nuha AF ke... hatta Fynn Jamal sekalipun, aku rasa ok je kot... Masih mampu diterima. 

Cer kalau aku yang pakai, kompom... aku pun ngeri nak tengok wajah sendirik! Ha3... Hadoi la...

Disebabkan pemakaian tudung beliau tu la aku gelar kakak tu as Kakak Bienda. ;P

Sekarang, Kakak Bienda bukak gerai baru kat tempat yang Oppa jumpa tu lah. Ada seafood, goreng2, nasik lemak sambal sotong (pun win jugak sambal sotong dia), burger (win untuk kesekian kali) & chicken chop worth 5 hengget. 

~ Chicken chop, fries & coleslaw with black pepper sauce.

Portion cantik, sesuai dengan perut. Rasa pun not bad, sesedap rasa. Tak kedekut sos, boleh pilih either nak black pepper / mushroom. 

Sekian, kesah Kakak Bienda & stall nya. Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 23, 2015

IFTAR 4 RAMADAN 2015

Berbuka puasa kat rumah Mak lagik...

Aku tak lepas peluang nak makan ayam sirsau cili padi air tangan Mak. Macam lama sangat dah tak rasa. Mengidam tahap gaban nih! He3...

Aku tolong Mak potong2 bawang, potong2 halia bagai... Pukul 5.30 petang, ayam sirsau dah settle. Canteklah!

Mak kata, teringin nak makan kuih. So, kami bawak Mak ke PARAM Teluk Intan. Sesambil membuang masa menunggu waktu berbuka.

~ Nasik putih + ayam sirsau cili padi + gulai lemak terung dengan ikan masin + ikan masak acar + ikan tilapia goreng + air asam + chicken chop + kuih tako + roti pita + agar2 + kuih buah melaka + air laici lemon & laici kang

Wah..! Nampak macam berderet2 sangat kuantiti menu tu kan... Ada yang homemade, PARAM, lauk kenduri surau & ada jugak yang Mak Yang kasik. Tak kesahlah. Yang penting, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. 

Paling thorrbahekkk... adalah ayam sirsau cili padi tuh..! Masa dia still dalam kuali pun hidung aku dah kembang-kempis cium bau dia. Semerbak yang indah, noks..! Cobaan... betul! Ha3...

Terima kasih juta3 kali, Mak. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 9, 2015

ECOBA..???

Lama dah tak ke Wana Cafe. Rasa teringin pulak nak lepak makan2 kat situ. My 'Jebat' ok je... Tak banyak soal.

Tak ramai orang sebab masa tu baru pukul 5.30 petang. Wana Cafe akan mula meriah selepas Maghrib. Sebab dia bukak belah petang membawak ke malam.

Menu board kata, specialty untuk hari tu adalah Nasik Goreng Ecoba. Amboihhh..! Dasat nau2 nama menu! Memang faveret My 'Jebat' la mengtry menu2 yang dasat2 cenggitu.

~ Rupa paras Nasik Goreng Ecoba. Terdiri daripada nasik goreng + telur mata + udang lipan masak cili kering + tembikai sebagai dessert. 

~ Aku makan Chicken Chop.

Hmmm... sampai sekarang konpius, kenapa nama dia, 'Nasik Goreng Ecoba'? Tak sempat nak interview owner Wana Cafe. Rasa terkilan pulak. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 10, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #62: TERAPI PERUT

~ Mushroom Soup with Garlic Bread.

~ Black Pepper Chicken Chop

Suatu terapi perut yang mengasyikkan... Owh3... Sorgaaa... ;D


:: Like3, ek! ::



Wednesday, June 4, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #61: BERTEMU JUA...

~ Mexican Chicken Chop, Black Pepper Lamb Chop & Mushroom Soup. Table for 2. Eceh! Hiks...

~ Sodap habaq hang..! ;D

Dalam perut, bertemu jua... ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, March 19, 2014

MENANTI ESOK...

Terasa lama tak menulis *read: menaip* ...

Cerita tu ada tapi, hmmm... ntah la... Malas kot. Al maklum... asik melayan #jebatmas je kekdahnya... Tengok real on air kat Astro Mustika HD... layan online... yang di-PVR-kan toksah ceritalah... memang marathon! PLAY-FAST FORWARD (IKLAN)-REWIND. Naik mengong remote tuh. Sampai lupa tanggungjawab sebagai blogger. Eceh! Pui..!!! ;P

Tapi, tanggungjawab sebagai isteri memang tak lupalah. Tip-top katanya..! Ko mampu..??! Ha3...

Pagi tadi, adalah keluar 1 entry. Wordless Wednesday... Pun bollehhh... lah!

Ni entry ke-2. Pasal jalan2 carik makan. Kat Wana Cafe tu, haaa..! Dating belah petang. Dua2 teringin nak makan western. Well... we ols kan sherashi bershama gitu..! Citarasa tekak pun haruslah sherashi bershama! Hiks...

~ Aku makan Sizzling Steak. Hmmm... nak jujur ke tak? Jujur ke tak? Jujur... Tak jujur... Jujurlah! #sambilkira2jari He3... Rasa black pepper sauce & coleslaw tu ok je. Not bad la... Tapi, black pepper sauce tu macam beku sikit. Steaknya pun agak kureng menyengat. Ala2 daging bakar. Hokay, dah habis jujur dah nih! Hu3...

~ My 'sayang' makan Chicken Chop. Much better than Sizzling Steak. Sob3...

Takpe2. Sebab bila kita (gigirl) dah kahwin, harta kita = harta kita la kan... & harta hubby pun = harta kita jugak kan... 

Anggap je la Chicken Chop tu harta my 'sayang'. Makanya, berdasarkan teori di atas bolehlah ah kak cedok Chicken Chop tuh jadik 'harta sendirik'! Plus, my 'sayang' kata dia redha jerrr... Heh3...

~ Berlakon makan control macho. Padahal... ya ampon kot..! Ha3...

Sejak my 'sayang' busy ni, waktu berdating adalah sangat rare! Tapi, takpe... sebab aku redha demi masa depan bersama... #statementcoverlinewalaupunnn...

Pergi kerja pun kena drive sendirik. Wa boh suka drive lei... Tsk3... Eh, kata redha..! Adeh3...

Pukul 6.30 petang adalah waktu paling awal nak jumpa balik my 'sayang' kat 'kotej' kitorang. Eh, 'kotej' pulak! Rumahlah! Terpengaruh & tershashul. #jebatmas Hiks...

Rindu nak pergi kerja sama2... bertepuk tampar bergurau-senda tarik2 telinga cubit2 sayang kat dalam kereta. 
Rindu nak lunch sama2... pening sama2 sebab dah tak tau nak tapau makanan kat mana... 
Rindu nak balik kerja sama2... beli kudap2 minum petang sebelum sampai rumah... dia minat pisang goreng, aku pulak sosej goreng... sambil makan, sambil karoks lagu macam2... apakejadah yang berkumandang kat radio, semua nak dikarokskan. Ha3... Lawak pulak bila membayangkan momen2 sweet tuh. ;P

Hmmm... tadi dah hint2 pasal kerinduan2 kat atas tuh. Body language kena tip-top! Barulah halusssssssss........!!! Ahaks3...

My 'sayang' kata...

"Alooloolooo... hokay2! Esok Abang hantar & amik. Tapi, lunch tak boleh nak janji. Kalau sempat, kita lunch sama2. Kalau tak, Abang tapaukan, ek!"

Hoyyeahhh... bebeh! Nak senyum sampai telinga... ;D

Tak sabor menanti hadirnya ESOK... *wink2*


:: Like3, ek! ::



Friday, July 12, 2013

CHICKEN CHOP FROM MOMMY TO DADDY WITH LOVE...

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sebelum apa2, nak mintak ampon & mahap dulu. ;P

Bahan2 Utama:-

2 keping frozen chicken chop
2 mangkuk kecil frozen fries
4 biji baby tomato
1 sudu mentega
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Bahan2 Utama:-

1) Panaskan minyak. Goreng fries hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng chicken chop hingga separuh masak. Angkat & toskan.
3) Cairkan mentega dalam griller. Masukkan chicken chop yang telah digoreng separuh masak tadi. Grill hingga masak. Angkat & toskan.
4) Grill baby tomato. Golek2kan seketika. Angkat. Bahagikan bahan2 yang telah siap dimasak ke dalam 2 pinggan.

Bahan2 Untuk Salad:-

5 helai daun salad hijau (dipotong)
3 helai daun salad ungu (dipotong)
1/2 batang zuccini (dipotong memanjang)
1/4 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 biji limau nipis (diperah jusnya)
Mayonis
Garam

Cara2 Penyediaan Salad:-

1) Masukkan daun salad hijau, ungu, zuccini, bawang besar & putih ke dalam mangkuk.
2) Perasakan dengan garam & jus limau nipis.
3) Dressingkan dengan mayonis. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan ke dalam 2 pinggan tadi.

Bahan2 Untuk Sos Lada Hitam:-

2 batang sosej ayam (dipotong dadu)
3 sudu tepung gandum
1 1/2 sudu mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
1 sudu serbuk lada hitam
1/2 cawan susu cair
2 sudu kicap masin
Kiub ayam Knorr
Air masak

Cara2 Penyediaan Sos Lada Hitam:-

1) Cairkan mentega. Tumis bawang besar & putih hingga layu.
2) Masukkan tepung gandum. Kacau sentiasa.
3) Tuangkan susu cair.
4) Masukkan sosej ayam. 
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
6) Perasakan dengan kicap masin, sedikit kiub ayam & serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat. Tuangkan ke atas chicken chop & fries. 

~ Chicken Chop from Mommy to Daddy with Love. Feeling2 omputih kejap. Heh3...

Sepatutnya sos tu pakai cendawan butang. Tapi, ah kak takde stok. So, try replace pakai sosej ayam sebab kekenyalan yang rasanya lebih kurang kan... Bereksperimentasi kejap. & my 'sayang pun berkata...

"Aaby bubuh cendawan butang, ek? Hmmm.. sodap!"

Hah, maknanya eksperimentasi ah kak berjayalah! Weehooo..!!! ;D

Pssttt2!!! You ols ampon & mahapkan ah kak tak? Dah dekat tengahari ni kan... Ho3!!! Larikksss..!!!


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 10, 2013

TABLE FOR 2 DI HARI LAHIR DIA...

8 Julai 2013...

Genap 34 tahun umur DIA. Hmmm... walaupun umur DIA makin banyak tapi, DIA tetap yang paling handsome di mata aku. Owh3... ;P

Aku ingat lagik, malam tu DIA gigih main Candy Crush Saga kat hall. Tepat pukul 12 malam, aku jalan pelan2, tutup suis lampu. DIA senyap je. Aku datang kat DIA, nyanyi sambil berbisik...

"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to my beloved B... Happy birthday to you... La3..."

Mmuahhsss..!!! Eh, 18sx la pulok! Ha3... Pui!

DIA senyum sampai ke telinga. Surprise sangat katanya... sebab DIA pun dah lupa yang hari tu birthday DIA. Haish! Achaner tuh? Nasib baik la ada seseorang yang sangat prihatin ni kan... Ngeh3...

Celebration adalah on the next day. Aku masak something spesel untuk DIA. 

~ Chicken chop featuring Dizzy Daisies birthday card. *Wink2!* ;)

~ Table for 2..! ;)

Aku mintak DIA tutup mata. Aku pimpin DIA ke meja makan. 

&

taraaaaaaaaaaaaa...........

DIA speechless! Terus... mmuahhsss..! Ooppsss! 18sx lagik..! Ha3... 

DIA lah belahan jiwa... DIA lah my other half... & DIA lah my 'sayang'... ;)

Ehem2..! Romantik tak I ols..? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 19, 2013

321... CINTA..!

~ 1 king size bed.

~ Side table with telephone.

~ Meja solek, tv & mini fridge.

~ Closet

~ Toilet. Quite luas. Owh... mahapkan 'mamarazzi' tersebut, ye bapak2 ibuk2! He3...

~ Shower

Unplanned honeymoon lagik... Kat Ipoh je... ;)

My 'sayang' la... tak larat nak drive balik katanya... Nak bagi aku drive, dia tak confident sebab bini dia drive ngalahkan Fernando Alonso. Ha3... Hadoi!

Pusing2 Ipoh carik hotel bajet. Terserempak dengan FairPark Hotel. Aku pernah stay 2 kali kat sini, dengan Ros masa kursus dulu & dengan Ena & Shiela, masa kursus jugak. Not bad la kan...

Kitorang langkah kanan sebab masa tu ada promotion untuk bilik Deluxe. 100 hengget/nite include breakfast for 2. Harga asal samadengan 149 hengget. Chanteklah tu kan... ;)

~ Belah malam, kitorang pekena char kueteow kat Dataran MBI. Lama dah tak lepak sini.

~ Mengantuk & lapor... kesian beliau... 

~ Hoiii..!!! Kembang setamannya mokcik nih!!! Adeh3...

~ Lepas makan char kueteow pun rasa lapor lagik. Makanya, we ols pun mengordelah chicken chop. 1 pinggan makan berdua sharing2. Owh... romantic sangat, noks! Ahaks3...

~ Bilik kami...

Check-in pukul 6 petang, check-out pukul 6 pagi sebab nak kena balik awal, ada kerja. Hebak punya honeymoon kan? Hanya orang2 yang berjiwa kental lagik poyo macam kami je yang boleh amalkan selalu. Ha3...

321... Cinta..! ;)

Macam tajuk filem kan? He3...


:: Like3, ek! ::



Monday, December 27, 2010

JOM MAKAN2!!!

Uwaawaawaaa... Gagal lagik mengupdate secara konsisten..! Rase cam nak dush3 diri sendirik..! Hu3... Mahapkan hamba sebab hamba tak sengaja. Hamba nie kan orang penting dalam jajahan hamba. Makanye, hamba tersangatla membusy tahap gaban! Hadoi la... Hapekah yang aku merepekkan nih? Adeh3...

Hokaylah! Tanpa membuang mase (ecewah! Ayat cover line! Ha3...) meh nak qada' segala entry tertunggak. Kite mulakan dengan entry jalan2 carik makan, ek?! ;D

Pada suatu petang, abang roger2 aku, ajak gi makan2 bersama mak. Owh... aku ok jer. Takde hal punye! Makan, noks..! Sape tak nak kan... Heh3...


~ & we ols pun bersiap2...


~ Sebelum keluar umah, wajiblah berposing2-an dolu.

We ols makan2 kat Wana Cafe. Asik2 Wana Cafe kan? Hmmm... dah tu jer cafe/tempat makan yang paling dasat aku rase kat sini. Terjah jer lah... Hu3...


~ Aku tak paham nie posing jenis hape?! Korang interprate sendirik la, ek?! ;P

& menu2 yang we ols order pun sampai... Wah! Tetibe jer menu sampai kan? Macam magic! Nampak sangat very the lazy nak buh intro-mukadimah bagai... Ha3...


~ My 'sayang' order roti bakar jer. Pelik kan? Tapi, beliau ade reason yang munasabah iaitu sebelum abang roger2, beliau dah makan nasik secara marathon tak hengat! So, kenyang! Roti bakar nie kira cam alas perut/supper la... Ha3...


~ Sutun goreng tepung in da house..!


~ Bihun tom yam for my mak. Sodap, owh..! Aku pun tumpang se-lapanploh sudu! He3...


~ Chicken chop untuk aku. Best2! ;D


~ & kami pun makan dengan gumbira... La3...

Entry ini akan disudahi dengan serangkap pantun...

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut sukanyeeeeeee lah hati.
;D

Monday, October 18, 2010

WANA CAFE

Masih kesah hari Jumaat jugak... Kesah bermula lepas opis hour. Aku tetibe rase macam malas nak balik umah. Rase macam nak berdating2-an & berdua2-an la plak kan... Hormon hapekah yang melanda nih? Ha3... hormon katanye... ;P


~ We ols terjah Wana Cafe. We ols decide nak dating2 sambil makan2. Alaaa... macam zaman2 bercinta, sambil makan sambil main straw. Pastu, sembang2, malu2, gelak2 manja... Paling pelik bin ajaib, makanan pun buleh main kuis2 jerk, babe..! Confirm tak abislah! Malu2 la konon...

Awak2... Awak dari mane tadi, ek?
Owh... saya dari umah tadi. Errr... awak nak makan hape, ek? Pizza Hut hokay tak?
Leez hokay jer...

Mase memula bercinta dolu, kitorang tak reti lagik nak panggil 'B' ke... 'sayang' ke... Just panggil 'awak2' camtu jer. Dah lame2, baru la expert..! 'B... Sayang'... Ecewah! Kenangan kan... ;)


~ Wana Cafe nie, lokasinye betul2 dalam area Resthouse Teluk Intan. Bukak belah petang sampai pukul 2 a.m kalau tak silap aku.


~ Aku order air tembikai. Suara dah macam itik serati pun, ade hati nak minum ais! Takpe2... Suara serak2 basah pun sexy what..?! Ha3...


~ My 'sayang' plak order mango juice. Pekat, likat & melekat ko, mango juice dia..! Terbaiklah..!


~ Bajet berseni la konon... He3...


~ Sodapnye tengok makcik nie makan..! Tergoda ah kak, noks! ;P


~ Ade macam bibir Megan Fox tak? Ahaks3...


~ Jemput minum, you ols..! ;)


~ My 'sayang' order Nasik Wana Cafe. Ade nasik, ade udang masak macam paprik, telur mata ngan sekeping keropok.


~ 'Jemput makan...' katanye...


~ Dah tak kose nak berposing dah sebab lapor!


~ Cubaan untuk mengorat makanan my 'sayang'...


~ Yang nie plak cobaan untuk mengorat my 'sayang'... Ahaks3...


~ Purak2 terkejut lak! Heh3...


~ Bile la chicken chop aku nak sampai nie..??! Hu3...


~ Sila jangan terpedaya/buat sebarang spekulasi dengan visual yang anda lihat kerana sumenye hanyalah... drama... drama... & drama swasta tak hengat lagik..! Ngeh3...


~ Dah sampai pun chicken chop ah kak. My fav, bebeh! Slurp2!!!


~ My 'sayang' siap mintak nasik tambah. Aku plak mintak black pepper sauce tu semangkuk. Sume pun licin, wok..! Spesis hapekah laki-bini ini? Owh... confuse2... ;P


~ Last sekali, nak jaja muka cinta hatiku nih sebab belanja isteri kesayangan dia makan! My superduperlovelygorgeousmy'sayang'... Sape tak sayang bini, woi..! Erkkk! Tetibe... ;P

Masuk kali nie, dah 2 kali kitorang terjah Wana Cafe. So far, makanan kat sini best2 la jugak... not bad... Amacam??? Terliur tak tengok we ols makan? ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google