SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, April 27, 2011

JUVANA

Best jugak layan drama bersiri baru kat TV3. Alaaa... citer Juvana tu... Katanya kesah benor.

Memula, aku layan cam ala2 ya ado jer kan... Lama2 cam best lak. Sebab citer dia lain sket kan... Ye la... skang nie kan berlumba2 produser2 & pengarah2 nak buat citer hantu. Naik bosan la plak kan... So, bila Khabir Bhatia sebagai produser bergandingan dengan Faizal Ishak sebagai pengarah makanya, terhasillah Juvana yang aku rasa macam best nih.


~ Sila la tengok, ek? Setiap Isnin jam 9 p.m di TV3.

1st episod, aku tak dapat tengok sampai abis sebab pukul 9.30 p.m aku & my 'sayang' gerak balik ke umah mak. Singgah tapau makanan la... beli barang2 la... dah pukul 10 p.m. Sampai umah mak pun dah pukul 10.30 p.m. Dah abis dah citer tuh. Sib baik mak aku pun layan. So, mak story mory morning glory la kat aku. Ngeh3...

Sinopis Juvana:

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

*Sumber: budiey

Sinopsis dia macam best tak?


8 comments:

apisv2 said...

mesti best

apisv2.com

kak long said...

kaklong pun suka citer ni..
tapi ngeri bila tgk bdk2 tu kena pukul dgn botak..menyumpah jadi eh...!

lily lotus said...

lain dari yg lain citer ni kan

J@J@ / Bini The Rock said...

asyik terlepas je nak tgk JUVANA ni..ep.1 minggu lepas, pegi window shopping (kononnya).
ep.2 mlm tadi tidurkan nureen smpi mama nya tertidur sama. bangun2 dah pukul 11mlm..

haiyaaaaa....!

ArELeEz said...

apisv2,
hmm.. best!

ArELeEz said...

kak long,
aah. botak tu jahat sgtlah! haish!

ArELeEz said...

lily lotus,
yupp! +, katanya kesah benor. tu yg rase cam xcited sket nk tgk tuh.

ArELeEz said...

J@J@ / Bini The Rock,
xpe2.. buleh tgk balik kat tonton or tv3.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google