SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, April 13, 2011

AMENG (SPRING) DIPENJARA 8 TAHUN & 10 SEBATAN. AWWSSS..!!!


~ Ameng (Spring)

MELAKA - Vokalis kumpulan Spring, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dipenjara lapan tahun serta hukuman sebatan maksimum 10 kali bagi pertuduhan pertama dan penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua kerana kesalahan memiliki dadah.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga iaitu memasukkan dadah ke dalam badan, Ameng dipenjara setahun serta dua tahun perlu berada di bawah pengawasan polis.

Ketiga-tiga hukuman yang diputuskan itu diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Februari 2011.

Dalam pada itu, isteri Ameng iaitu Sabariah Zakariah, 41, yang sebelum ini turut berhadapan dua pertuduhan serupa iaitu memiliki dadah dibebaskan oleh mahkamah selepas ketua unit pendakwaan bersetuju menggugurkan pertuduhan terhadap wanita itu.

*Sumber: kosmo


Moral of the story: Tak kira la ko artis ke... tukang kebun sekolah ke... penjawat awam ke... mat/minah karan ke... kesimpulannya, toksah la amik dadah. Sekali terjebak, susah nak patah balik. Jangan pikirkan diri sendirik jerk. Pikir sekali pasal maruah mak bapak, isteri, anak2 & family. Ada banyak lagik cara nak release tensen instead of amik dadah.

DADAH MUSUH SEMUA!!!

Renung2kan & selamat beramal..! ;)


p/s: Mak aku minat betul ngan lagu Sampai Hati yang Ameng (Spring) nyanyi. Kalau lagu tu berkumandang kat radio especially time mak jahit baju ngadap mesin jahit, sure mak nyanyi2 follow lagu tuh. How sweet... ;)

6 comments:

Sara Ali said...

salah tetap salah,
hukuman tetap perlu dijalankan,,
mesti kena adil,,
kalo x kena kt dunia,
akhirat mmg sah2 kena...

lily lotus said...

sedihkan dia turnout jadi camni. minat kat lelagu dia yg jiwang itu..hmm

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Sara Ali,
yupp! betul tuh!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

lily lotus,
ye la.. tp, sesal dolu p'dapatan kan.. artis len, harap jadikkan iktibar la.. bkn artis jer tp, sume org la..

azzey said...

baju yg dia pakai tu baju MAA bagi pd customer yg beli polisi insurans Teras Malaysia....hu3...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

azzey,
ye ke? haish! m'cemar duli betul! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google