SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, April 11, 2011

ALLA HUMMA BARIKLANA...

Semenjak 2 menjak nie, aku ngan my 'sayang' banyak abiskan masa kat umah mak. Means, kami temankan mak, bermalam kat umah mak la. Selang-seli... 2 hari aku tido umah mak, 2 hari kemudian aku angkut mak aku tido kat umah aku lak. Tak pun, mak aku tido kat umah abang aku. Sebab nenek aku still kat KL, jaga Andak aku. Andak aku lak postpone tarikh operate ke 19 April. Means, lama lagik la nenek aku kat sana.

Makanya, aktiviti blogging aku tergendalalah sket. Takpe la kan... demi kerana mak terchenta... Ecewah! ;P

Kalau kat umah mak, rutin aku adalah bawak mak gi pasar/pekan Sabtu, beli barang2 dapur. Pastu, tolong potong2, mak aku masak & kami makan la sama2. Diet takmo makan malam aku pun dah lama ke laut! Macam magic jer kalau dok umah mak nih. Sebab asal nampak nasik jer aku nak makan. Asal nak makan jer aku nampak nasik. He3...

Ada jugak aktiviti lain masa kat umah mak tuh iaitu aktiviti bbq. Siang2 buta we ols berbbq tau! Owh... yeah..! Memula, mak kata nak buat ayam panggang. Aku plak gediks ajak panggang kat luar umah. Ala2 bbq la konon..! ;P


~ Keje2 memarinate ayam sume mak aku yang buat. Heh3...


~ Sampai la ke keje2 menghidupkan api, jadikkan bara, pun mak aku jugak yang buat. ;P


~ Aku plak jadik tukang bbq/panggangkan ayam2 tuh. Nampak macam kojo sonang kan? Tapi, humangaih..! Berpeluh berlengas ah kak tau! Dengan panas membahangnya cuaca masa tuh! Perrgghhh..! Hanya orang2 terpilih yang ada ketahanan mental & fizikal macam ah kak nie jer yang buleh mengharunginya tau! ;P


~ Memang la nie tangan mak aku. Tapi, mak aku tolong kipas2 sekejapan jer. Pastu, aku take over balik maaa...


~ Bila ayam dah siap dipanggang, aku gediks2 ajak mak ngan my 'sayang' makan kat luar umah jugak. Means, kat area panggang ayam tu la kan... Angkut meja lipat ngan kerusi ngan lauk-pauk beserta rice cooker, hah... berpicniklah ko kat situ! Heaven, wok..!


~ & doa makan pun dibacakan... 'Alla humma bariklana... Fi ma rozaktana... Wakina a'za bannar... Amin...' Poyos kan muka ustaz nih? Ha3...


~ Kasik close-up itu ayam panggang. Cicah dengan cili mempelam air tangan mak aku. Hualla! Memang kalau mak mertua lalu pun ko buat dek jerk. Ha3...


~ Pisang sebagai pencuci mulut. Aku dah tak lalu nak mentekedarah pisang nih sebab dah ketat sangat perut nih. Help2...

Aku jamin, kakak ngan abang aku jeles tahap menangis air mata darah baca entry nih! Muahaha... Larikksss..!!! ;P

2 comments:

azzey said...

Ustaz tu sesueiiiiiiiiiiiiii sgt masuk Imam Muda....:P

ArELeEz said...

azzey,
owh.. aah kan. xt'pikir lak. on lagik x audition imam muda? ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google