SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, November 25, 2011

SOTONG HALIA PEDAS KEBABOM!!!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nak share resepi yang aku masak semalam... yang bersilat time lunch hour tuuu...

Malas dah nak tapau lauk kedai kekdahnya... Plus, semalam my 'sayang' tak balik tengahari, ada hal. Nak redah kedai makan sorang2 lagiklah super malas! So, pukul 1 p.m sharp, drift balik rumah, terus bersilat kat dapur.

Bahan2:-

5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap
1 keping fishcake (dihiris)
1 sudu cili kisar
1 inci halia (dihiris)
Minyak masak
Garam (optional)
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, cili kisar & bahan2 kisar hingga pecah minyak.
2) Masukkan sos tiram, sos tomato & kicap. Kacau rata.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Masukkan asam keping.
5) Masukkan sotong. Biarkan seketika hingga sotong lembut.
6) Perasakan dengan gula & garam jika kurang masin.
7) Masukkan fishcake. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Sotong Halia Pedas Kebabom!!!

Kalau memang suka pedas, boleh la tambah kuantiti cili padi tuh. Kasik berasap telinga! Baru betul2 kebabom! Pedas2 nak lagik, gitu..! He3...


:: Like3, ek! ::

4 comments:

fairus said...

SEDAPNYE... BELUM RASA DAH TAU SEDAP.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
eh2! dasat tuh! he3..

rahman said...

Leez; rahman already follow leez taw.

ArELeEz said...

rahman,
oo.. ok. tq, anyway.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google