SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, November 21, 2011

KAK LONG IS OFFICIALLY ENGAGED!

Entry tertangguh. Kesah hari Sabtu lepas2. ;)

Kesah Kak Long bertunang. Alaaa... Kak Long, anak Cik Am yang kiut2 tuuu..! ;P

Kesimpulannya, Kak Long nie sepupu my 'sayang' la sebab Cik Am tu kan mak sedara my 'sayang'...

~ Bajet nak keluar pukul 9 a.m sebab Acik Ajis (abah Kak Long) kata majlis start  pukul 10 a.m. Tapi biasa la... weekend kata ko! Harus la membuta tak hengat! Pukul 10.30 a.m baru keluar rumah. *Sekeh kepala sendirik*

~ Dah la lambat! Boleh lak diorang nie berposing buat muka suci lagik..! Haish!

~ Pukul 10.30 a.m tu bukannya terus pergi pergi rumah Mak Ngah tapi, baru nak keluar pergi amik mak sebab mak pun dijemput jugak. Owh3...

Errr... by the way, nak bagitau yang majlis dibuat di rumah Mak Ngah, kat Selabak nun. Mungkin atas faktor suasana & keselesaan kot sebab rumah Cik Am adalah rumah taman perumahan yang bukan corner lot. Mungkin susah nak carik space. Rumah Mak Ngah lak walaupun bukan totally rumah kampung tapi, lokasi adalah kat kampung. Plus, memang kat situ la sedara-mara berkumpul kalau ada event.

Suspen jer bila sampai rumah Mak Ngah sebab dah banyak kereta yang parking baik punya kat laman. Majlis dah start ke kan... Owh... nom3!!!

Selidik2, rupa2nya belum start lagik. Tapi, dah dekat2 nak start la... Fuh! Lega... ;P

~ Sampai2, terus jenguk hantaran! Hokay! Cun! Not bad. Ecewah! Macam pengkritik hantaran pulak. Ha3...

~ Lepas tu, tengok pelamin pulak. Trend sekarang, bertunang pun dah ada mini pelamin. Bestlah! Apsal zaman aku dulu nan ado? Cis betul! Hu3...

Eh! Pelamin tu hasil gotong-royong sepupu2 Kak Long tau! Munge2 yang ada kat rumah Mak Ngah semua diorang jadikkan props. Bagus betul bebudak tuh! Syabbash!!!

~ Dessert of the day... roti jala + kuah durian & bubur apa ntah nama dia. Aku tak berapa nak merasa sangat sebab mende manis2 nie kan tekak aku kurang terima.


~ Muka orang tak suka makan manis2. He3...


~ Mak Anjang & Cik Am. Mak Anjang dah baik punya tengok camera. Cik Am malu2 pulak. Hiks...

~ Lebih kurang pukul 12 p.m, rombongan pihak lelaki datang...

~ Kak Long musti tengah nervous2 dok dalam bilik.

~ Dah dok kat mini pelamin dah. Cik Udda jadik penata rias pelamin hari tuh. He3...

~ Yahoooooo..!!! Dapat cincin! ;P

~ Jangan lupa salam pulak! ;P

~ Cincin lagik... Kaya3!!! Ha3...

~ Salam lagik...

~ Kak Long with mom-in law to be & mak dia, Cik Am.

~ Hantaran daripada pihak lelaki. Tema: pink + purple.

~ Hantaran daripada pihak pompuan. Tema: peach + oren.

~ Manyak owh..!

~ Adik2 iparku yang kaki enterframe. ;P

~ Ah kak pun nak menyelit jugak. ;P

~ Kak Long with fiance. Lupa pulak nak tanya nama. Plus, tak sempat berkenalanlah. 

Orang kata, bila bertunang nie darah jadik manis. Hmmm... tak tau la apsal tetiba jadik manis lak?! Apa diorang pernah rasa darah ke? Ngeh3...

Katanya lagik, alam pertunangan nie la paling banyak pancaroba. Katanya... Bukan ah kak kata, hokay! ;P 

Semoga Kak Long & fiance dapat menempuh alam pertunangan dengan jayanya..! Amin...


:: Like3, ek! ::

2 comments:

fairus said...

ORANG SEKARANG BERTUNANG PUN MACAM MAJLIS KAWIN... BELANJA TINGGI TU..

ArELeEz said...

fairus,
p'edaran zaman kot..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google