SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, November 27, 2011

SUP AYAM PENAKUT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak belah petang, lepas balik kerja, untuk direheat keesokan tengaharinya, buat lauk lunch. Masak secara ekspres nih sebab belah malam nak berdesup ke rumah mak. Takde apa hal. Saja jer...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong kecil & dicuci bersih)
2 keping fishcake (dihiris)
1/4 biji bunga kobis (dipotong)
1/2 ketul kiub ayam
1 keping asam keping
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji tomato (dibelah 4)
Garam
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis & bunga lawang hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan air masak & kiub ayam.
4) Perasakan dengan garam & asam keping.
5) Masukkan tomato, bunga kobis & fishcake. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Dah siap dah Sup Ayam Penakut. Vah3..!!! Kontroversi lagu Yuna mempengaruhi gitu..! He3...

Kalau makan sup ayam/yang sewaktu dengannya, wajib ada sambal kicap. Aku tak tau la orang lain buat sambal kicap macam mana?! Tapi kalau versi aku, aku buat macam nie jer:-

1) Tumbuk cili padi, cili merah, bawang putih & bawang besar. Sukatan semua ikut sukahatiko jer. Agak2... Tapi, bawang besar tu jangan banyak sangat. 
2) Bubuh bahan2 tumbuk tu dalam mangkuk. Perahkan limau nipis.
3) Tuangkan kicap sesedap rasa. 
4) Tuangkan sikit kuah sup untuk pekatkan kuah. Kacau2 & siap!

Sonang kan? ;P

Tapaukan untuk mak jugak. Anak mithali kata ko..! Ha3...


:: Like3, ek! ::

2 comments:

fairus said...

INGATKAN LETAK 'PENAKUT' SEBAB TAKUT NAK SEMBELIH AYAM.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
xtually, mmg penakut pun.. +, xpenah sembelih ayam pun.. ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google