SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, November 18, 2011

IKAN TAUHU MASAK PEDAS HARIMAU MALAYA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA).

Tahniah, Harimau Malaya! Tahniah!

Victory2... La3...

Eh! Over pulak! Tak habis2 lagik nak bercerita pasal bola sepak malam tadi. He3... Biasa la... menang kata ko! Harus jaja lebih2! Cer kalah! Mau membebel2 sampai tahun depan. Sentap! Ha3... Lumrah manusia betul! ;P

Hokaylah! Lupakan kejap bab Sukan SEA. Kita masuk cerita resepi & makanan pulak. Jom tengok apa yang ah kak masak. Jom2!!! ;)

Bahan2:-

1 ekor ikan tauhu (disiang, dicuci bersih & dipotong)
5 sudu cili kisar
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Lumur ikan tauhu dengan serbuk kunyit & garam. Goreng ikan tauhu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam keping, garam & gula. Sebatikan.
5) Masukkan ikan tauhu yang telah digoreng tadi.
6) Masukkan bawang besar. Biarkan hingga bawang sedikit layu. Angkat & taburkan dengan daun sup. Hidangkan.

~ Ikan Tauhu Masak Pedas Harimau Malaya.

Amekaw! Nama resepi pun terpengaruh dengan bola sepak & Sukan SEA. Layan jer lah ketakseimbangan pemikiran ah kak nie, ek?! Ha3...


:: Like3, ek! ::


6 comments:

dwaty said...

perghhhhhh... yang tak tahan tu harimau malaya... saya nak masak udang harimau malaya la palk... hehehehe

Azuan said...

sedap tu..tapi tak mampu nak mencuba buat hahaa...

fairus said...

IKAN TAUHU...? TAK PERNAH DENGAR PUN.

ArELeEz said...

dwaty,
amik semangat team bola kat sukan sea. ha3..

owh.. udang harimau malaya? dasat gak tuh! ha3..

ArELeEz said...

Azuan,
not bad la.. lauk time lapor. he3.. xmampu buat? why3..?? so simple maa..

ArELeEz said...

fairus,
cer gi pasar, lepas tu tnye kat tokey ikan tu psl salasilah ikan tauhu. kot2 buleh dipamerkan kat muzium ke kan.. ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google