SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, November 11, 2011

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI KARMA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Baru2 nie, aku jadik 'Masterchef'. Bukan Masterchef yang kat Astro tuuu... Tapi, Masterchef kat dapur rumah sendirik. Masak sendirik... rasa sendirik... & sendirik jugak jadik juri! Makan jer together2 ngan my 'sayang'. ;P

Asal jadik Masterchef jer musti ada cerita resepi kan... Asal ada cerita resepi jer musti jadik Masterchef... ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dicuci bersih)
1 batang serai (dibelah 2)
1 helai daun kunyit (dikoyak)
1 keping asam keping
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 tin susu cair
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

5-7 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & serai hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk kunyit & ayam. Masak hingga ayam sedikit empuk.
3) Masukkan susu cair & air masak.
4) Masukkan carrot.
5) Perasakan dengan garam, serbuk perasa, gula & asam keping.
6) Masukkan daun kunyit. Biarkan seketika hingga ayam masak & carrot empuk. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Masak Lemak Cili Padi Karma.

Esok boleh try masak untuk lunch ye, anak2..! ;)


:: Like3, ek! ::

2 comments:

fairus said...

PANDAINYA MEMASAK.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
alaa.. campak2 untuk sendirik makan jer..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google