SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, November 22, 2011

NASI GORENG CILI PADI SUKAN SEA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Baru2 nie, aku 'main masak2', buat breakfast. Memula macam malas. Tapi, bila terserempak (Wah! Terserempak kata ko! He3...) dengan nasik sejuk dalam rice cooker, terus timbul idea nak buat nasik goreng. Terus malas bertukar menjadik rajin. Ngeh3...

Bahan2:-

2 mangkuk nasi
1 biji telur ayam
1/2 ketul kiub ayam
Garam
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-7 biji cili padi
1 tangkai cili merah

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan kiub ayam. Kacau rata.
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras, kacau sampai jadi telur hancur.
4) Masukkan nasi. Sebatikan.
5) Perasakan dengan garam. Biarkan seketika dengan api yang kecil. Angkat & hidangkan.

~ Nasi Goreng Cili Padi Sukan SEA. Amekaw! Tak agak2 dia punya nama! Ha3...

~ Dimakan bersama daging masak kicap yang diimport dari rumah mak. Marvellous, bebeh! Marvellous!!!

Nama resepi adalah terpengaruh dari Temasya Sukan SEA yang sedang berlangsung merangkap kemenangan Harimau Muda malam tadi. Sekian, untuk makluman. ;P


:: Like3, ek! ::

4 comments:

fairus said...

KENAPA TAK TARUK NAMANYA NASI GORENG CILI PADI DAGING HARIMAU MALAYA.. ;p

ArELeEz said...

fairus,
sbb yg tu over sgt kot.. ha3..

| SUE | said...

2 thn lagi baru boleh order balik yer :p

ArELeEz said...

| SUE |,
aah. menu xclusive. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google