SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, November 24, 2011

BIHUN TOMYAM UNTUKMU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak yang biasa2 jer jugak kali nie... Jom tengok! ;)

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
3 ekor sotong (disiang & dicuci bersih)
2 keping fishcake (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dicincang)
1/4 biji bunga kobis (dipotong)
1/4 biji kobis (dipotong)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu sos lada hitam
1 sudu kicap
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
2 sudu cili kisar
1/2 ketul kiub ayam
Air masak
Minyak masak
Garam (optional)

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih & cili kisar hingga pecah minyak.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan sos lada hitam, sos tiram & kicap. Kacau rata.
4) Masukkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam.
5) Masukkan lobak merah, bunga kobis & kobis.
6) Masukkan sotong & udang.
7) Perasakan dengan garam sekiranya kurang masin.
8) Masukkan fishcake & tomato.
9) Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan seketika dengan api perlahan. Angkat & hidangkan bersama bihun yang telah ditoskan tadi. Hiaskan dengan hirisan cili merah.

~ Bihun Tomyam Untukmu. ;)

Nama resepi adalah sempena lagu Untukmu dari Kumpulan Feminin. Tetiba jer tuan tanah kedaung asik nak menyanyi2kan lagu tuh. Tu yang bila buat entry Slot KKBA, terus bubuh nama lagu Untukmu kat hujung nama masakan. 

Kreatif tak? Kreatif tak? Ngeh3...


:: Like, ek! ::

2 comments:

fairus said...

NYUM.. NYUM... CAM MENARIK JE..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
buleh la.. wat lapik perut sendirik.. ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google