SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label NASI GORENG CILI PADI. Show all posts
Showing posts with label NASI GORENG CILI PADI. Show all posts

Monday, July 15, 2013

NASI GORENG CILI PADI BERSALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi untuk menu berbuka.

Bahan2:-

1 mangkuk nasi putih
1 pokok daun sup (dipotong)
1 biji telur ayam
7 helai daun salad
Minyak masak
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata.
3) Masukkan nasi putih. Sebatikan.
4) Perasakan dengan garam.
5) Masukkan daun salad. Kacau rata. Angkat, taburkan dengan daun sup & hidangkan.

~ Nasi Goreng Cili Padi Bersalad

Pastikan daun salad tu dimasukkan di saat2 akhir sebab kalau masukkan awal sangat takut nanti jadik lembik. Tips nih. Sila salin. Heh3...

Eh, buat menu bersahur pun boleh jugak tau! Ikut sukahati memasinglah. 


:: Like3, ek! ::



Thursday, November 24, 2011

NASI GORENG CILI PADI BERKOBIS

Pada suatu hari...

masa tengah godek2 dapur, tetiba terjumpa pulak nasik sejuk. & hati pun berkata... 'Buat nasik goreng best jugak nih!'

Laju2 buat... Laju2 masak...

~ Sap2 soi dah siap! Nasik goreng cili padi berkobis. Makan sambil layan kartun... Perrgghhh..!!! Terbaik kata ko! ;D

Resepi..???

Tak payah la kot. Sama jer macam nasik goreng cili padi Sukan SEA tu... Cuma tambah kobis jer. 

Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::

Tuesday, November 22, 2011

NASI GORENG CILI PADI SUKAN SEA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Baru2 nie, aku 'main masak2', buat breakfast. Memula macam malas. Tapi, bila terserempak (Wah! Terserempak kata ko! He3...) dengan nasik sejuk dalam rice cooker, terus timbul idea nak buat nasik goreng. Terus malas bertukar menjadik rajin. Ngeh3...

Bahan2:-

2 mangkuk nasi
1 biji telur ayam
1/2 ketul kiub ayam
Garam
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-7 biji cili padi
1 tangkai cili merah

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan kiub ayam. Kacau rata.
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras, kacau sampai jadi telur hancur.
4) Masukkan nasi. Sebatikan.
5) Perasakan dengan garam. Biarkan seketika dengan api yang kecil. Angkat & hidangkan.

~ Nasi Goreng Cili Padi Sukan SEA. Amekaw! Tak agak2 dia punya nama! Ha3...

~ Dimakan bersama daging masak kicap yang diimport dari rumah mak. Marvellous, bebeh! Marvellous!!!

Nama resepi adalah terpengaruh dari Temasya Sukan SEA yang sedang berlangsung merangkap kemenangan Harimau Muda malam tadi. Sekian, untuk makluman. ;P


:: Like3, ek! ::

Sunday, November 13, 2011

NASIK GORENG CILI PADI PUN SODAP...

Bbrrppp..!!!

Alhamdulillah... kenyang sudah... Senyum pun dah sampai telinga nie, ha..! ;)

Tak jadik masak mee segera. Masa tengah kemas2 dapur tadi, tengok bawah tudung saji ada nasik kenduri semalam. Ingatkan dah basi, so nak buang jer la kan... Tapi, bila dibuat timbang-tara, eh, tak basilah nasik tuh. Still in good condition. 

Terus cepat2 potong bawang putih & bawang merah. Amik pulak lesung batu, tumbuk bahan2 tu semua dengan cili padi. Lepas tu tumis, pecahkan telur, kacau2 & masukkan nasik. Kacau2 lagik & akhirnya jadiklah nasik goreng cili padi. 

Pedas2 nak lagik, gitu..! Ha3...

Maybe nasik goreng cili padi tu akan jadik brunch (breakfast + lunch) untuk hari nie kot... Kenyanggg... sangat2! ;)

Petang2 kang nak makan aiskrim Cornetto pulak. My 'sayang' beli semalam. Disebabkan semalam macam tak rasa nak makan aiskrim & kenyang, so simpan dalam freezer dulu. 

Begitulah kesahnya... 


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google