SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 31, 2010

DIN BERAMBOI KRITIKAL, KENE JANGKITAN VIRUS KENCING TIKUS

KUALA LUMPUR - Deejay radio popular yang juga personaliti televisyen, Din Beramboi (gambar), kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang di sini sejak petang semalam kerana dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.

Anak sulung beliau yang hanya mahu dikenali sebagai "Kakak" berkata, bapanya mungkin mengalami jangkitan haiwan tersebut selepas menjalani penggambaran rancangan kanak- kanak di Zoo Negara beberapa hari lalu.

"Saya terkejut dan sedih sebab ayah sebelum ini sihat dan tiada tanda-tanda sakit. Mulanya kami sekeluarga ingat ayah kena denggi.

"Mungkin ayah kena jangkitan virus haiwan itu ketika di Zoo Negara.

"Sepatutnya setiap krew yang terlibat disuntik dengan vaksin khas untuk menghindari sebarang jangkitan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Hospital Selayang semalam.


*Sumber: Kosmo


p/s: Same2 la kite doakan agar Encik Din Beramboi kembali sihat seperti sediakala... Aminnn...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

MAYAT JANIN BAYI DALAM BALANG GULA2!!!

KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.


~ Bongok tahap beruk la sape yang wat keje terkutuk nih!!! Huhhh!!!


*Sumber: Kosmo


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

TAKLIMAT ISO 9001: 2008

25-26 Mac 2010... aku attend Taklimat ISO 9001: 2008 kat Ipoh. Pegi berempat wif other opismates including my Encik Bos. Pepagi dah mendrift di jalan raya. Aku seperti bese la... sure hanyut di alam mimpi punye lah kan... Tau2 jer dah sampai Simpang Pulai. Huwarrgghhh...!!! ;P

Day 1, kitorang sampai lewat sket. Taklimat dah start beberapa minit, we ols baru hegeh2 nak masuk meeting room. Alasan standard lagik klise: traffic jamm. Owhhh... mahapkan kami, ye... He3...

Day 2, kitorang dah insap, takmo lewat2 lagik. Sebelom taklimat start we ols dah terpacak dalam meeting room. Syabas diucapkan..! ;)

Malas nak citer panjang2, korang layanz gambar2 ngan captions2 kat bawah nie jer la, ek! ;)


~ My ting tong frens... dari kiri: Murni, Shiela & Ena. Nie la geng2 parti buih aku! La3... ;P


~ Main2... bergelak ketawa... bergurau-senda... adalah perkara bese lagik norma bagi kami. ;P


~ Shiela & Ena... Ena *tudung oren* is a mommy to be. Congrats, babe..!


~ Cubaan Murni untuk membesarkan diameter lubang hidung beliau. Korang rase2, sukses tak?


~ Puan Areleez & Puan Murni...


~ Aku tengah main nyorok2 ngan Murni. Orang sibuk bertaklimatan, we ols sibuk main. Aci tak? Muahaha...


~ Peace & No War..!


~ Shiela sedang jiwa kacau... Ha3... Ena khusyuk wooo...

Taklimat berjalan dengan lancar walaupon otak we ols dah tak berape nak berjalan dah coz asik2 pikir, 'Bile la nak abis nie? Hu3...'

Kesimpulan: Taklimat nie memberikan impak yang besor terhadap career penjawat awam seperti kami. *Ayat standard nie. He3...*


p/s: Sok, aku akan berada di Pangkor Coral Bay Resort, attend Kursus Refresher. So, to all my ting tong frens... let's berparti buih tak hengat, bebeh! Yeahhh...!!! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

AMBER CHIA'S TOP SECRET WEDDING

Sebut jer name Amber Chia, sape yang tak kenal dengan model kelahiran Tawau, Sabah nie. Hebat minah nie sebab buleh dikatakan berjaya gak la di pentas peragaan.

Dah heboh dah kat blog2 hiburan pasal perkahwinan rahsia Amber & pasangannye yang tak diketahui identiti tuh. Hari nie, kat Kosmo pon dah kuar citer nih. & Amber mengesahkannye. Perkahwinan diorang dilangsungkan di Diwangkara Holiday Villa Resort, Bali. Dihadiri 40 ahli keluarga terdekat & kenalan rapat. Private la kiranye...


~ Amber & her mysterious hubby... tengah wat sesi photoshoot. Katanye, hubby Amber nie pemalu tak hengat, tak sker donia glam2 fames amos nih. Low profile, gitu..! Owhhh... hubby I pon pemalu shy2 cat, hokay..! Ahaks3...


~ Katanye lagik, mase hari bersejarah tuh, Amber salin 7 helai gaun wooo... Tak agak2, ko..!

Hape2 pon, congrats la untuk Amber Chia & hubby...


*Credit to: budiey


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, March 30, 2010

KESAH NGERI DI SUATU PAGI...

Pada suatu hari, di keheningan pagi yang indah lagik dingin, ade bunyik yang menggemparkan gegendang telingaku. Kelentang... kelentung... kelentang... kelentung... Lebih kureng camtu la bunyiknye. Owhhh... bunyik tu datang dari dapur! Suspen2...

Dari kejauhan, aku mengintai2... Sambil nyorok2 kat tepi dinding. Tak semena2, aku nampak sesusuk tubuh sedang berdiri tegak di 1 sudut dapur. Suspen2 lagik...

Aku memberanikan diri... walau dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa gundah-gulananye aku. Huuu... Makin lame, aku makin hampir dengan susuk tubuh tersebut. Berpeluh2 aku wooo... Perlahan2 aku capai handphone & aku snap!!! Yess zaaa...!!! Dapat! Suspek tak buleh larik!


~ Nie la dia suspek tersebut.


~ Patutlah kelentang... kelentung... Suspek yang dimaksudkan tengah memasak breakfast rupenye. 'Oiii, nasik goreng... Oiii, sungguh lazat... La3...' Ewah2..!

Aku macam kenal jer ngan suspek tersebut. Tapi, di mana ya..??? He3... Larikkkkkssssss......!!! ;P


*P/S: Tajuk entry adalah takde kene-mengena sangat dengan storyline. Ade kene-mengena sket jer. Harap maklum. ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Monday, March 29, 2010

AKTIFNYE LAH HAIII... BUDAK KECIK NIE..!

Last week, aku adalah coti 1 hari sebab nak wat medical check up kat spital. Bercinta betul aku & my 'sayang' ngan spital! Bapak la ramai manusia yang mendapatkan rawatan. Nak tunggu no. giliran sket punye lame dowhhh..! Kitorang gi tu dalam pukul 10.30 a.m camtu la... Saje takmo gi pepagi buta, nak elak orang ramai la konon! Tapi, gi lewat2 pon same gaklah! Huuu...

Dah la letih menunggu no. giliran, bingit lak tuh! Sebab sume pon dok bersembang tak hengat! Ngalahkan pasar borong! Isk3...


~ Dalam kebingitan tu, aku ralit tengok budak kecik nih. Dia nie gigirl tau! Aku judge berdasarkan baju yang budak tu pakai la kan... Tapi, dia punye kehyperactive-an ngalahkan budak lelaki wooo... Sib baik la bapak dia sabor jer layanz kerenah dia. Bapak dia yang pakai baju oren belang2 sandang beg kecik kaler pink tuh. Yang pakai baju kemeja kotak2 tu atuk dia. Kejap2 dia panjat rak majalah la... panjat2 kerusi la... mogok takmo pakai kasut la... siap larik sane, larik sini lak tuh! Generasi hebat betullah budak nih. Jenuh bapak dia berlarik2 gak gi kejor anak dia. Adekah bapak dia juga generasi hebat??? Ha3... Rase cam sweet lak. Hiks...

Hape2 pon, budak kecik nie memang super duper active! Orang kata, budak2/baby2 yang active nie otak dia ligat berpikir compared to yang pasif. Betulkah?


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

BELASUNGKAWA... AL FATIHAN BUAT ALLAHYARHAM YANIE (MENTOR)

Siti Surianie Julkarim atau lebih dikenali sebagai Yanie, salah seorang peserta rancangan realiti terbitan TV3, Mentor, telah kembali ke rahmatullah pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Keningau, Sabah kerana menghidap penyakit ketumbuhan di dalam paru2. Meninggalkan suami & seorang puteri, Iris Sofia.


~ Allahyarhamah Yanie...


*Credit to: khairilhusni



~ Di hari persandingan... Lepas kawen, arwah memang macam menyepikan diri dari donia seni sehinggalah berita kematiannye mengejutkan ramai pihak termasuk mentornye, Ning Baizura.


*Credit to: syokkahwin


Walaupon dah lebih kureng seminggu arwah bersemadi 'di sana', namun tak salah if kita sedekahkan al fatihah kepadanye... Semoga rohnye dicucuri rahmat... Aminnn...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Wednesday, March 24, 2010

SOSEJ ROLL BENCINTA

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez



Bahan2:

6 keping roti Gardenia
6 ketul sosej
2 biji ubi kentang (dihiris nipis2)
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (dihiris bulat2)
2 biji bawang putih (dihiris)
Minyak masak
Mayonis
Garam
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:

1 biji bawang besar
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:

1) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih & goreng sampai kekuningan.
2) Masukkan bahan2 kisar & tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk perasa & garam secukup rase.
3) Masukkan sardin & kaco rata.
4) Masukkan bawang besar & kaco. Sambil tu, lenyek2kan ikan sardin tuh. Angkat & buh dalam mangkuk.
5) Panaskan minyak. Goreng hirisan2 ubi kentang. Once dah kekuningan, angkat & toskan.
6) Sapukan mayonis pada roti. Lapiskan dengan sardin yang dah dilenyek2 tadi.
7) Susunkan kepingan2 ubi kentang yang digoreng tadi di atas lapisan sardin.
8) Letakkan seketul sosej di sisi roti & gulung roti tuh.
9) Gulungan yang dah siap dipotong 3. Susunkan di dalam pinggan & hiaskan dengan daun ketumbar.


~ Sosej Roll Bencinta.


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, March 23, 2010

PENYANYI ERA 70-AN KEKAL PENJARA 19 TAHUN ROGOL ANAK

PUTRAJAYA: Seorang bekas penyanyi, yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan pada tahun 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya sembilan tahun lalu.

Ia berikutan kegagalannya dalam rayuan akhir di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 2005.

Hakim tiga panel terdiri daripada Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membuat keputusan itu selepas tidak bersetuju dengan hujah yang dikemukakan peguamnya, T Suresh mengenai pencanggahan keterangan mangsa di mahkamah dan keterangannya kepada pakar psikiatrik. Hakim Suriyadi berkata, adalah normal bagi seseorang kanak-kanak untuk memberikan keterangan berbeza kerana perbezaan keterangan, kadang-kadang bukan melemahkan tetapi menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memberi keterangan yang betul.

Beliau berkata, sekiranya kanak-kanak bercakap sesuatu perkara yang sama daripada A sehingga Z, ia ada yang tidak kena, kerana kanak-kanak itu mungkin telah dilatih untuk menyatakan sedemikian.

Penghibur 59 tahun itu, yang menguruskan gerai makanan, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 29 2005 terhadap tuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu berumur 11 tahun dan 10 bulan, di rumah penyanyi itu di Sentul, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang, 26 September 2001.

Dia juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara pada 25 Ogos 2008.
Menurut keterangan kes, mangsa tinggal bersama neneknya di Shah Alam dan kembali ke rumah ibu bapanya di Sentul ketika cuti persekolahan.

Pada hari kejadian, bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa balik ke rumah neneknya di Shah Alam untuk memulakan penggal persekolahan pada keesokan hari tetapi kereta bapanya rosak di pertengahan jalan menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpatah balik ke Sentul.

Mangsa dirogol pada petang berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa.


*Sumber: Berita Harian


Sape, ek penyanyi tuh? Ooppsss..! Gossip lak! Zasss!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

TERAPI BUANG LEMAK

Aku semakin sedar skang bahawa badan aku dah mok2. Sebelom nie, aku sedar dah but, aku wat cam tak berapa nak sedar. Konon2 masih dalam kawalan la... Semenjak 2 menjak nie jer aku rase ngeri2 if tengok cermin. Rase cam bukan aku jer yang dalam cermin tuh. Siap buleh pikir cermin tu pandai wat magic lagik, ko..! Ha3... Punye la susah nak mengakui kebenorannye. Huuu...

Atas dasar keinsapan & iltizam yang tinggi, aku bertekad..! Bertekad untuk kurengkan berat badan! Tapi, takmo amik pil2 kurus/ke pusat2 slimming yang berdekatan. Bukan tak sker tapi, tak mampu! Ha3... Nak slim secara natural kekdahnye... Hape lagik..?! Jogging la kan! Ayuh! ;P


~ Lokasi: Padang Speedy. Aku tak jogging sorang2/ngan my 'sayang' jer... coz mak, abang aku & anak2 beliau pon ado sekali. Mase nie, Kak Aneem tak balik dari kursus lagik. Malamnye baru beliau balik.


~ Mereka ini adalah keluarga aku...


~ Odah pong nak jogging jugok..! Hiks...


~ Double chin... chubby cheek... owhhh... 1 kebenoran yang sukar ku terima... Owhhh3... lagik... :(


~ Kami & bola plastik! Aku sker bola Lip2 nih sebab kaler dia adalah UNGU! If aku dah dapat sepak bola tuh, memang Lip2 tak meraselah! Sampai dia nangis guling2, baru aku kasik kat dia. Ha3... Kejam2...


~ Aloolooolooo... ;)

Joggingnye 1 pusingan padang jer pon... Main bola sepak-menyepaknye yang lebih. Ahhh...! Tak kesah la kan... Janji kuar peluh. ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Monday, March 22, 2010

'TEMAN2' DI UJUNG MINGGU...

Happy Monday, you ols... Sihatkah? Harap2 sumenye oklah, ye! Jangan Monday blues sangat, hokay! Life must go on. Jadik pakar motivasi plak! Hiks...

Ujung minggu aku sebelum nie asik citer pasal aktiviti luar jer kan... Attend kenduri kawen la... balik kampong la... Tapi, kali nie, ujung minggu aku bese2 jer. Tak ke mane2 sangat la... Setakat kuar jogging tu adolah. Yang nie, later la aku citer, ek! Sebab aku nak citer dolu pasal peneman aku di ujung minggu.


~ Ujung minggu aku kali nie ditemani oleh mende2 kat atas nih iaitu penyapu & penyodok sampah. Sebab aktiviti aku pas bangun tido adalah mengemas umah. Maka, gigih la aku terbongkok2, terkial2 menyapu sampah & mengemas hape2 yang patut except laundry. Sebab tu di bawah pengurusan my 'sayang'. Aku nak tolong handle bab laundry nih, dah suh pon beliau sub-kan kat aku... tapi, my 'sayang' tak kasik campor tangan. Tu adalah di bawah kepakaran beliau... katanye... Ahaks3... Sila pecaya bulat2, hokay! ;P


~ Instead of, aku jugak mengesahkan bab baju2 yang tak berlipat nih. Dah cam Gunung Kinabalu dah aku tengok. Bile mak aku datang jer, kaw2 aku kene tarbiah bab kain-baju nih. Aku wat muka seposen jer sambil bagi alasan, 'Alaaa... mak... Wanita berkerjaya memang la camnie. Bz b jer...' Ha3...

Skang umah aku dah kembali normal. Bukan lagik seperti dilanggar garuda. If my 'sayang' berani2 wat sepah, aku babap jer tangan beliau! Aku wat takpe... dibenarkan... Muahaha... Larikkksssss...!!! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Sunday, March 21, 2010

SANDWICH SOSEJ EXTRAVAGANZA

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Resepi yang simple, mudah & cepat untuk disediakan. Sesuai untuk breakfast & minum petang.

Bahan2:

6 potong roti Gardenia
4 batang sosej
Sos cili Thai (Life)
Sos cili (Life)
Mayonis (Lady's Choice)
Thousand Island (Lady's Choice)
Planta

Cara2 Penyediaan:

1) Toastkan roti Gardenia. Dah siap, susunkan dalam pinggan.
2) Sapukan sos cili Thai (Life) kat sosej. Grill sosej2 tersebut. Bile dah siap, potong nipis secara menyerong.
3) Sapukan planta, diikuti dengan mayonis & sos cili (Life) kat atas roti. Roti tu ade 6 keping which means 3 sets la kan if kite tepek secara berpasangan. So, sapu kat 1 keping jer for each sets.
4) Amik hirisan sosej tadi & susun kat atas roti tuh.
5) Tutup roti yang dah siap bersosej tu dengan sekeping lagik roti. Buat sampai abis 3 sets.
6) Potong bersilang roti2 tuh sampai jadik shape triangle. Hidangkan dengan Thousand Island.


~ Sandwich Sosej Extravaganza.


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

MERIAH UMAH AKU...

Hari Jumaat (petang)... mak aku call, kata nak datang umah ngan abang aku. Saje jer nak singgah umah aku pas bawak Lip2 & Odah gi playground. Abang aku jadik 'single daddy' for 1 day coz Kak Aneem kursus kat KL. Hari Jumaat ke KL, hari Sabtu balik. Sekejapan pon abang aku dah gelabah nak handle anak2 beliau. Siap tido umah mak aku lagik..! Ha3...

So, meriah la umah aku malam tu. Aku & mak masak untuk dinner. Menu malam tu adalah nasik putih, telur masak kicap, sup cendawan, ikan masin goreng & sambal sardin.


~ Menu simple2 jer pon... but, sebab makan ramai2 kan... ngan familia plak tuh! Haruslah rase sodap jer... He3...


~ Odah memang sker makan as compared to kak yongnye (Lip2). Tolak batu ngan kayu jer budak kecik nih. He3...


~ Lip2 nie susah sket nak bagi makan coz dia a bit choosy. Sayur memang dia reject teruslah! Lip2 punye fav adalah mee goreng. But, if dah masuk mulut tetibe tergigit hirisan bawang, sure dia kuarkan balik. Tapi, dia memang kuat minum susu as compared to Odah lak. That's why dia tak ngadu lapor kot walaupon tak berapa nak makan sebab susu tu pon mengenyangkan kan...

Lewat malam baru diorang sume balik. Sampai tertido2 dah bebudak berdua tuh. Sayanggg... you ols..! Thanx to mak & abang coz sudi memeriahkan umah aku. Love, ya... ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

BREAKFAST @ SECAWAN CAFE

Dah lunchkah you ols? Lunch hape hari nie? Hape2 pon, enjoy your meal, ek! ;) Aku & my 'sayang' pon baru pas lunch. Lambat sket lunch hari nie coz tunggu my 'sayang' balik. Plus, my 'sayang' yang tapau lunch. Aku tak masak sebab lauk basah dah abis stock. Ntah bile baru ade mase nak ke pasar/hypermarket. He3... Alasan yang sungguh berkesan bukan? ;P

Korang nak tau tak... aku skang bersiaran terpaksa pakai headphone sambil dengor lagu Nobody by Wonder Gals. Sebab tak tahan ngan suara sumbang-mambang makcik sebelah umah yang gigih menonjolkan bakat terpendam tanpa permintaan dari sesape. Aku penah citer kat sini & sini pasal kesumbangan makcik nih. Makcik nie boyish tau penampilan dia. Tapi, ade hati nak nyanyi lagu tangkap leleh sume..! Isk3... Aku rase, makcik tuh nak cuba nasib masuk AF8, konon2 nak ikut jejak langkah Mama Rina la kan... Tapi, tak kesampaian sebab tak cukup kriteria. Atau lebih tepat lagik, jauh menyimpang dari kriteria! Ha! Amik ko! Sakit, hokay gegendang telinga aku! Hape dia tak pikirkah if ade jiran2 yang beranak kecik yang tengah nak tido ke hape kan... Sangat annoyinglah! Otak Tuhan bagi untuk berpikir! Bukannye letak kat lutut wat pekasam! Jangan sampai aku bercakap ngan dia pakai kaki plak kang..! Huh!!!

Enoughlah! Jomlah layanz kesah yang aku nak citer nih. Eh2! Lupe lak aku... aku nak citer pasal hape tadi, ek? Errr... jap2. Alaaaa.... Hmmm...

Ah haaa...!!! Baru hengat! Nak citer pasal breakfast @ Secawan Cafe. Dah banyak kali gak we ols breakfast kat sini. Not bad la...


~ Dolu, aku sker makan nasik lemak kat sini. Tapi, skang dah tukar selera. Aku makan porridge lak. Simple yet, sodap. I like..!


~ Sekadar gambar hiasan... Muahaha... Larikkkkssssssss.......!!!!


~ My 'sayang' seperti bese la kan... mee kicap adalah pilihannye.

Lokasi Secawan Cafe nie adalah di Bandar Baru Teluk Intan. If korang tersesat kat sini, buleh la cuba, try, test foods kat sini. Tapi, diorang nie prepare breakfast jer. Lunch, dinner sume nan ado. Breakfast semata.

Ade 1 lagik cafe baru bukak kat area2 Secawan Cafe nih. Mak Uda Cafe namenye. Nanti free2, we ols nak terjah situ plak. Bukan hape... sekadar memberi moral support kepada peniaga Bumiputra... ;P


P/S: Makcik sebelah umah nie makin menjadik2 lak! Arrgggggghhhhhh........!!!!! BINGITTTTTTTT.....!!!!!!!!!!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

UMIE AIDA & ABANG K @ MASJIDILHARAM

Hye, kawan2..! Wah3..! Cam rancangan kanak2 kat RTM2 lak kan?! Hiks... Ya ampon, ye..! Sebab dah berhari2 tak update. Sibuk sket la, you ols... Sibuk ngan keje2 kat opis... ngan umah tangga... layanz suami tercinta lagik... Yang last nie yang paling sibuk nih! Ecewah! ;P

Well... hari nie, aku sorang2 kat umah. My 'sayang' keje, renovate umah abang aku. So far, hari nie maybe takde program hape kot. Plus, my 'sayang' pon balik dah petang. Relax2 kat umah jer la... Baru lepas layanz citer Lost nih. Cam best lak. Mase 1st season dolu, memang aku follow citer nih. Tapi, bile dah berseason2, aku cam nyampah lak! Sebab cam dah melalut2 sampai aku tak paham. Tapi, tadi layanz balik. Tu pon sebab takde citer lain yang menarik. But, bese la... time2 dah syiok tu, tup2... to be continued la plak! Huh!

Sambil tengok Lost, sambil breakfast makan roti sardin. My 'sayang' tapaukan. Dia balik umah, antakan breakfast jap. 'Owhhh... tq, B... I lap youlah!' ;P

Hokaylah, you ols! Jom layanz gambar nikah pelakon hebat Malaysia, Umie Aida & Abang K-nye... Pernikahan yang julung2 kalinye di mane mereka berdua telah dinikahkan di Masjidilharam, Mekah.


~ Bertuah diorang dapat bernikah kat sane. Semoga mendapat keberkatan & kekal bahagia sampai ujung nyawa... Aminnn...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Friday, March 19, 2010

~ STICKY MODE ~ KERONGSANG-LEAVE & RECTANGLE @ ARELEEZ D SHOPPE

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Tq...

Announcement!!!


New arrival! Kerongsang-Leave & Rectangle Shape. Harga dari serendah RM 5.00-RM 10.00!!!


~ Leave shape.


~ Rectangle shape.

Those items can be viewed @ Areleez d Shoppe. Come in various colours. So, check it out, ya..! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google