SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 10, 2010

KUETEOW GORENG JANGAN NAKAL

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Name resepi adalah takde kene-mengena ngan sesape pon. Hanyalah sekadar tokok-tambah dari tuan tanah kedaung. He3...

Bahan2:

1 bungkus kueteow (direndam & ditoskan)
1/2 genggam ikan bilis
1 biji telur ayam
1 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil gula
Sawi
Kicap
Minyak masak

Bahan2 Kisar:

1 biji bawang besor
10-15 tangkai cili kering

Topping/Hiasan:

1 tangkai cili merah (dihiris serong)
2 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
Secubit serbuk perasa

Cara2 Penyediaan Kueteow Goreng:

1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Bile dah panas, masukkan ikan bilis & goreng 1/2 masak.
3) Masukkan bahan2 kisar & kaco.
4) Masukkan serbuk perasa& sos tiram. Kaco lagik.
5) Masukkan kicap plak.
6) Kemudian, buh gula & biarkan seketika.
7) Masukkan sayur sawi yang dah dipotong.
8) Then, masukkan kueteow. Goreng sampai sebati.
9) Lastly, pecahkan telur & kaco rata. Biarkan seketika, kemudian angkat.

Cara Penyediaan Topping/Hiasan:

1) Pecahkan telur ayam.
2) Masukkan serbuk perasa, garam & serbuk lada hitam. Pukul rata.
3) Panaskan minyak dalam kuali & gorengkan bancuhan telur tadi. Wat cam telur dadar tu, ha..!
4) Angkat & hiris memanjang. Aturkan di atas kueteow yang dah siap tadi bersama dengan cili merah potong.


~ Kueteow Goreng Jangan Nakal... menu breakfast we ols semalam. Selamat mencuba..! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

2 comments:

Elyn said...

hahaha nama resepi nakal tak bule blah!!

ArELeEz said...

Elyn,
he3.. saje jer nak kasik vogue da vass! ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google