SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label TAKLIMAT. Show all posts
Showing posts with label TAKLIMAT. Show all posts

Monday, October 5, 2015

TAKLIMAT ZAKAT

Kak Ja ada kemusykilan regarding zakat. Sama la jugak dengan aku. Rasa macam banyak je soalan yang nak diajukan kalau berpeluang berdialog dengan yang pakar dalam bidang ni. 

Bermula dengan plan sok sek sok sek... membawak ke mintak approval Encik Boss... sampailah ke pengesahan positif dari Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak, Daerah Hilir Perak... finally, dapatlah set tarikh untuk organize Taklimat Zakat. Alhamdulillah...

~ Taklimat Zakat oleh Ustaz Mohd Latif bin Talib.

Bertubi2 jugaklah soalan untuk Ustaz jawab. Malu bertanya, sesat jalan. Makanya, sebelum sesat, moh le kita tanya apa2 yang patut...

Pukul 1 tengah hari, taklimat selesai. 

Ilmu dapat, kuorum Latihan dalam HRMIS pun bertambah. 2 in 1. Bagus! Alhamdulillah...

Terima kasih banyak2 kepada Ustaz & team sebab sudi datang jauh2 dari Ipoh semata2 nak curahkan ilmu zakat pada insan2 marhaen macam kami ni. Terima kasih jugak pada team2 dari Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak, Daerah Hilir Perak yang banyak jugak membantu.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, June 8, 2014

ROW3 YOUR BOAT...

Hari yang penat sebab hari on duty. Pagi2 dah berkumpul kat lobby, tunggu van pink a.k.a shuttle untuk ke Teluk Kecil. Jadik urusetia untuk Taklimat Koperator. Tak payah nak risau sebab bab shuttle ada yang handle termasuklah tambang. Bawak diri je.

Sepatutnya, we ols handle goodies & pendaftaran. Tapi, nampak gayanya macam orang2 koperasi excited nak in charge. Hmmm... takpe. Biarkan mereka meringankan tugas kita. Kita tolong apa2 yang patut je.

~ Contohnya, tolong berselfie. Ha3...

Stress pakai baju korporat ni tau! Bagi saiz ke... ukur badan ke... sama je. Tetap tak menepati piawaian! Yang biru kat atas tu besor walaupun tailor amik ukuran. Perli ah kak la tu..! Ah kak tak sebesor itu, hokay..! Ah kak comel. Percayalah. 

Nama pun salah! Masa ukur, dah check lapanbelasratus kali, memang kompom betul. Siap cakap face to face dengan tailor assistant, make sure nama tu dieja dengan ejaan yang betul. ROZLIZAWATI. Tapi, 80 % baju korporat yang aku ada diorang eja ROSLIZAWATI. Tak pun, ROZILAWATI. Nama I is dah cukup unique, hokay..! Tak perlu nak tokok tambah. I is mencik. Huh!

Hokay. Cukup2lah buat luahan perasaan tuh. Back to work. Kata on duty kan... ;)

Goodies & pendaftaran dah selesai. Sambut V.V.I.P pun dah setel. Owh... by the way, MB Perak turun hari tu instead of Datuk CEO. Tayang2 muka, sengeh lebar2 ucap selamat datang... siap! Nampak simple tapi, penat jugak. Penat berselfie tu dah tentu2 dah. Ha3... Balik resort, makan & pengsan. Letih, mengantuk & kepala weng2 sikit sebab cuaca panas. Ubatnya, mandi, basuh kepala / cuci rambut lama2 sikit then, tido. Bangun kang, in shaa Allah... lega.

Belah petang, Ena & Kak Ja roger2 ajak beach walk lagi. Kali ni ramai2, sekali dengan staf SKM Perak. Ada suggestion untuk naik speed boat. Ah kak ok jerr... Asalkan ada geng. 1 bot samadengan 10 orang samadengan 80 hengget. Maknanya, sorang 8 hengget. So, lets 'row3 your boat'! ;P

~ Kanak2 riang yang gumbira..! Ah kak siap berdiri. Owh... over sangat..! ;)

~ Teman sepejabat yang kaki selfie. He3...

Abang bot tu bawak island hopping sambil tunjukkan formation2 batu yang membentuk benda2 hidup. Contohnya, penyu kawan dengan buaya la... siput la... Banyak pulak soklan yang we ols tanya especially Ecah (P.A SKM Perak). Semua killer questions woo..! Pening abang bot nak layan. Ha3...

~ Lepas tu, abang bot bawak singgah pulau ni. Coral Island kalau tak silap aku.

~ Kami nak masuk The Band season 2. Aci tak? Ha3...

~ Training menari The Band. Ko ada... training kat pulau..??! Ha3... 

Fun giler naik speed boat! Baca2 bismillah / surah2 yang patut, lepas tu, bila ombak besar datang, bot melambung2, semua terjerit2 histeria, lepas tu gelak tak hengat! Abang bot pulak kuat menyakat. Saja je dia kona baring langgar ombak besar. Ecah paling kelakor. Bila abang bot kona baring ke kanan, dia bawak bontot dia ke kiri & vice versa. Kengkonon nak kasik balance. Ha3...

Berbaloi la naik speed boat ni dengan kadar 80 hengget. Puas jugak. Siap singgah2 Coral Island, bagi briefing, tengok orang snorkelling bagai... It's a wonderful experience, bebeh! Ooppsss! 'Tourist' terspeaking London pulak. Hiks...


:: Like3, ek! ::



ROJAK KETAM YA HADO..!

Peram lama nih! Bulan April punya cerita. Tak sengaja peram pun... Peram sebab tunggu gambar2 kenangan berkaitan daripada Kak Ja. Plus, Kak Ja yang banyak snap2 gambar.

1 habit aku, kalau dalam kelompok yang aku join tu dah ada yang rajin jadik 'photographer' memang aku tak keluarkan gajet akulah. Menumpang berposing kat gajet orang tersebut je. Lepas tu, WhatsApp. Heh3...

Kami diarahkan attend 1 taklimat & jadik urusetia. 3 hari 2 malam kat Pangkor. 1 SKM Perak berkampung kat sana. Ada yang check-in awal & ada yang check-in lewat. Ikut jadual tugas memasing.

~ Sampai kat Lumut Waterfront, terjumpa Datuk Nik Ali (CEO). Tapi, banner je la... Heh3...

~ 'Tourist' yang terpaling cute. Eceh! Ha3...

~ Yang ni pulak, 'photographer' terpaling cute. Ha3...

Kami naik feri petang. Tak ingat pukul berapa. Tak kesahlah. Yang penting, selamat sampai. Alhamdulillah...

Check-in kat Bay View Beach Resort, Teluk Nipah. Bilik aku, Ena & Kak Ja dah terpisah2. Diorang dah siap2 arrange nama. Aku duduk kat bilik yang sharing 3 orang. Ground floor je. Kak Ja & Ena kat 2nd floor. Roommates aku yang 2 orang tu memang aku tak kenal sangat. Staf SKM Perak (Ipoh). Tapi, aku takde hal. Kalau agak2 sekepala, aku syiok je. Kalau agak2 lain macam, aku buat hal aku, ko buat hal ko je lah. Tak perlu semak otak nak pikirkan siapakah roommates kita. Redah je...

Perut dah berdondang sayang. Eh, silap! Dah berk-pop sebab kalau dondang sayang maknanya lapor manjas2 je. Tapi, ni dah lapor tahap gaban! Istilah paling #halussss adalah 'k-pop'. Ha3...

Maunya tak kan... lunch aku makan maggi asam laksa je sebab dah breakfast yang heavy2. Paham2 je lah... bila tengahari tak makan nasik, memang berk-pop sungguhlah perut aku! Ena & Kak Ja roger2 ajak beach walk sambil carik makan. Fuh! Mereka sangat memahami perut ah kak... Ahaks3...

~ Rojak ketam sepinggan, 15 hengget dengan air kelapa sebijik. Akibat perut yang berk-pop tuh. ;)

~ Terima kasih, Kak Ja sebab mengselfiekan we ols. He3...

Ala2 pasemboq. Tapi, sedeh! Sebab rojak ketam tu ke laut sangat..! Bebola ikan yang ada kat dalam tu & sambalnya macam dah basi. Air kelapa pulak muda sesangat. Takde isi. Sentap perut ah kak tau! Sob3...

Balik makan kat resort je la... Biasa2 jugak. Dah lapor, belasah je! Asalkan tak basi. Hmmm...

Harga makanan kat Pangkor ni memang boleh tahan jugaklah expensivenya... walaupun makan kat gerai2 biasa. Tak macam Langkawi, seafood dalam kategori reasonable & affordable. Tempat comfy pulak tuh! Pangkor ni boleh buat tempat berholiday je kot... Kalau nak makan seafood ikan bakar bagai... better makan kat Lumut. Amat berpatutan! Berdasarkan pengalaman aku & family la kan...

Malam adalah aktiviti sukahati. Aku, Ena & Kak Ja ke pantai, beach walk katanya... Lepak atas pasir pantai berlapikkan selipar jepun. Layan ombak rindu... Eh, ombak lautlah! He3... Sayang sebab tak bawak gitar. Kalau tak, boleh karoks di tepian pantai... tajuk album dia. Kak Ja main gitar, aku nyanyi & Ena tepuk2 tangan. Luah perasaan rindukan suami kekdahnya... Boleh imagine tak, para isteri berkenaan berkaroks? Ha3...

Pukul 11 ++ malam, balik bilik & layan #bukankeranaakutakcinta online. Wi-fi laju wooo..! Maklumlah... bilik kat ground floor... dekat dengan lobby... maka dekatlah dengan wi-fi. Hati pun gumbira dapat tengok #jebatmas. Eceh! Ahaks...


:: Like3, ek! ::



Sunday, January 23, 2011

PERHIMPUNAN PAGI & TAKLIMAT DASAR KOPERASI NEGARA

Ini kesah last month kalau tak silap aku. Tapi, gigih gak nak citer. Bese la aku kan… kalau buleh sume nak disharing. Kalau tak sharing, rasa macam terbeban lak kepala otak nih! He3…

Perhimpunan Pagi & Taklimat Dasar Koperasi Negara (DKN) ni diadakan di Ipoh. Sume kena pegi kecuali Hafiz sebab dia kena jaga opis. Mana buleh tinggal kosong kan…

Dipendekkan citer, kami sampai quite on time lah. Means, tak lama pastu, Pengarah dah start bagi speech. Banyak lah yang beliau war2kan. Kose lak aku nak mengepohchikan kat sini. P & C katanya…



~ Kembang setaman muka ah kak, noks! Haish! Muka tak semenggah nak bertaklimat bagai… Senyum pun cam ya ado jer… Ha3…


~ Geng bas sekolah aku… He3… Yang paling kanan tu Zarina, budak audit SKM Manjung. Single lagik tuh! Tapi, available ke tak, aku tak sure lah! ;P Sume pun senyum ya ado..! Hiks…

Murni jer takde sebab dia attend kursus kat Kem Kemensah. Ntah kenapa untuk kursus ni, we ols terpisah lak ngan Murni. Nama dia naik untuk siri 1. Kitorang lak siri 2. Siri 2 on dalam bulan Februari katanya… Kat Port Dickson (PD) lak tuh! Rumours la kan… Betul ke tak… wallahualam… Wait & see jer lah! Tapi, memang ah kak tak buleh blah la sebab dah la lama! Plus-minus dalam 18 hari wooo… Cer korang imagine, 18 hari nak berjauhan dengan my ‘sayang’. Kat PD nun lak tuh! Buleh parkinson ah kak tau! Hadoiiyaiii..!!! L

Hokaylah! Lupakan sekejap bab kursus yang menyeksa jiwa & raga tuh! Sambung balik kesah Perhimpunan Pagi & Taklimat DKN. Untuk Perhimpunan Pagi, kitorang abis awal. Dalam pukul 11 a.m camtu dah abis dah. Taklimat DKN start pukul 2.30 p.m. Makanya, menebeng la kitorang kat opis Ipoh tuh. Pukul 12.00 p.m, we ols lunch. Makan kat situ jer sebab lunch disediakan. Lepas makan, terus naik surau.

Pukul 2.15 p.m, turun balik, gi bilik mesyuarat nak dengor taklimat. Encik Bos aku ngan Bos SKM Tapah yang present. Menadah telinga la kitorang. Walaupun hanya 50 % yang terus menuju ke otak (another 50 % dah terbang melayang dah… Hu3…) tapi, aku tetap gigih mendengor. Ye la… takkan nak blah cam gitu jer kot! Sungguh kureng sopan la kan…

Taklimat abis dalam pukul 4 p.m kalau tak silap aku. Mencicit aku carik keta Encik Fadzil sebab aku ingatkan En Fadzil ngan Encik Bos dah menunggu kat keta. Berpeluh2 ah kak melenggang-kangkung, noks… mencarik keta. Tengok2 diorang takde lagik. Nun di hujung sana, aku nampak diorang baru nak lintas jalan. Cis betul! Tadi diorang dah turun dolu masa aku gigih baru nak amik kuih minum petang. Tetiba, buleh plak aku yang sampai dolu! Tipah tertipu betullah! Penat wooo… jalan secara laju2! Hilang jalan sopan bajet model ah kak! Huh!



~ On the way balik, Encik Fadzil singgah kat stall tepi jalan yang jual kuih akok. Gigih jer abang tu membakar kuih akok. Aku tak penah makan kuih akok nih. Tapi, aku rasa cam tau la kot rupa dia sebab penah tengok kat tv. Dia cam baulu kemboja tu rasanya. Eh! Ye ke? ;P


~ Encik Bos ngan Encik Fadzil jer yang turun membeli. Aku tak sebab aku rasa cam takde sesapa yang sker kuih akok nih. Aku tak minat… my ‘sayang’ lak aku rasa2 tak berapa gak… mak aku lagik la… kalau kuih2 spesis baulu banyak telur ni, mak aku memang tak kose nak rasa!

Selesai membeli kuih akok, kami meneruskan perjalan pulang… Skema la plak ayat..! Ha3…

Aku mintak En Fadzil drop aku kat umah mak sebab my ‘sayang’ suh. My ‘sayang’ amik kat situ jer. Plus, windu ah kat mak… Ecewah! ;P

Korang windu tak kat mak & ayah? Kalau windu tu, jenguk2 la selalu… Nanti kalau diorang dah takde, sapa plak yang kita nak jenguk? Mungkin batu nisan jer yang ada masa tuh. Tsk3…


i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google