SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, May 25, 2014

CAULIFLOWER GORENG KAMPUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Selalu, NASIK goreng kampung kan... Yang ni kita twist sikit. Mencarik kelainan. Eceh! ;P

Bahan2:-

1/4 biji cauliflower (dipotong & dicelur)
2 batang sosej ayam
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu ikan bilis 
3 biji cili padi (dipotong)
Daun sup
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Grill sosej ayam. Angkat & sejukkan. Potong serong sosej ayam & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
4) Masukkan cauliflower. Sebatikan.
5) Perasakan dengan garam.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi & daun sup. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama sosej ayam yang telah dipotong tadi.

~ Cauliflower Goreng Kampung

Kalau ikut resepi asal, cauliflower tu akan dilenyek2kan pakai potato masher. Motip: Supaya nampak seperti nasik kekdahnya... Tapi, ah kak berasa malas pulak nak amik potato masher. Kengkonon nak kasik ada texture sikit la... Kengkonon sangat kan... Ahaks...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

zarulfarhana said...

terliur ja...

ArELeEz said...

zarulfarhana,
nah tisu. lap2. ha3..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

macam ni pun dah nampak best :)

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
resepi utk atkiners. saje je nak try.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google