SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, May 8, 2014

BEAN CURD SANDWICH FEAT. POTATO SALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Meh nak share resepi, meh! Simple & mudah. Di samping selamat untuk dicuba..! Eceh! ;P

Bahan2 Untuk Bean Curd Sandwich:-

4 keping roti potong Gardenia 
1 biji bawang besar (dicincang)
4 biji telur ayam
1 keping tauhu lembut
Serbuk lada hitam
Minyak masak
Garam
Mayonis
Sos cili

Cara2 Penyediaan Bean Curd Sandwich:-

1) Pecahkan sebiji telur ayam ke dalam mangkuk. Pukul.
2) Panaskan non-stick pan / pemanggang ajaib. Celupkan roti potong Gardenia ke dalam bancuhan telur ayam & letakkan ke atas non-stick pan / pemanggang ajaib. Masak seketika & angkat. Siap untuk roti telur!
3) Lenyekkan tauhu lembut.
4) Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga naik bau.
5) Masukkan tauhu lembut yang telah dilenyekkan. Masak seketika.
6) Pecahkan 3 biji telur ayam. Bila dah mengeras sikit, kacau hingga jadi scrambled egg.
7) Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Kacau seketika. Angkat. Siap untuk filling!
8) Sapukan mayonis & sos cili pada roti telur. Letak filling. Tutup dengan sekeping lagi roti telur. Siap!

Bahan2 Untuk Potato Salad:-

2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 peket baby salad (dipotong)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji limau kasturi (diperah jusnya)
Mayonis
Garam

Cara2 Penyediaan Potato Salad:-

1) Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan. Masukkan ke dalam mangkuk.
2) Masukkan bawang besar, baby salad, jus limau kasturi, mayonis & garam ke dalam mangkuk ubi kentang. Gaul rata. Siap! Hidangkan bersama bean curd sandwich. 

~ Bean Curd Sandwich feat. Potato Salad

Resepi Potato Salad tu spesel untuk Puan mawar_berduri... ;) 


:: Like3, ek! ::



6 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hahahaha...thanks :) terharu pulak org siap kasik resepi spesel gini ..hihihihi

Kesuma Angsana said...

simple & sedap, tq share yer

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
ha3.. spesel tau! ;)

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
u're welcome..

Diana Rashid said...

emm...telan air liur je nih..heheh

ArELeEz said...

Diana Rashid,
telan xpe. tp, jgn sampai m'jejeh2. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google