SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, May 17, 2014

BIHUN GORENG RODA2

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tema kali ni... memasak sambil ber-zumba..! Kelentang kelentung kuali dengan sudip, kena zumba dengan tuan tanah kedaung! Ko ada..??! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1/2 biji kobis (dipotong)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
5 biji cili padi (diketuk)
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
2) Masukkan kobis.
3) Masukkan sotong.
4) Perasakan dengan sos tiram & kicap manis.
5) Masukkan bihun. Sebatikan.
6) Masukkan serbuk lada hitam & sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Bihun Goreng Roda2

'Roda2' tu samadengan keropok yang bulat2 tu lah. Aksesori merangkap penyedap rasa. Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Kesuma Angsana said...

kalau kat rumah ni pun bihun laju je habis kalau dibikin !

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
simple yet, sodap kan?!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google