SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, May 3, 2014

COTTAGE BEEF BURGER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Homemade burger. Dapat extra kepuasan! Sebab sukahati nak bubuh filling apa... rupa paras nak macam mana... nak tinggi mana... Tapi, daging burger tu yang frozen je lah. Heh3...

Bahan2:-

2 biji telur ayam
2 keping daging burger
2 set bun burger
1 biji tomato (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
Daun salad
Serbuk lada putih
Sos cili
Marjerin
Mayonis

Cara2 Penyediaan:-

1) Cairkan marjerin. Goreng daging burger hingga masak. Sambil2 goreng tu, taburkan dengan serbuk lada putih pada kedua2 permukaan daging burger. Angkat & toskan.
2) Pecahkan telur ayam. Buat telur mata kerbau. Angkat.
3) Sapukan marjerin pada bun burger. Tekapkan pada kuali hingga kekuningan. Angkat.
4) Lapiskan beberapa hirisan tomato di atas bun burger (bawah). 
5) Letakkan sos cili & daging burger yang telah digoreng tadi.
6) Sapukan mayonis pada bahagian atas kepingan daging burger.
7) Lapiskan dengan daun salad & telur mata kerbau yang telah digoreng tadi.
8) Diakhiri dengan sapuan mayonis & sos cili. 
9) Tutup dengan bun burger (atas). Siap!

~ Cottage Beef Burger

Ini untuk 2 bijik burger. Kalau nak buat berbijik2, pandai2lah tambah bahan2 tuh. Actually, aku buat 6 bijik burger tapi, aku show-off bahan2 & cara2 nak buat 2 bijik je lah. 

2 bijik ni untuk aku & My 'Jebat'. Lagik 4 bijik tu aku 'delivery' kat Abang & family. Bubuh siap2 dalam polistrin, siap tulis nama lagik, noks..! 

ABANG
KAK ANEEM
KAK YONG @ MOK CIK
KAK NGAH @ GEDIMB
MAT QI (RIFQI)

Kellassssssss...... tak ah kak..??? Awwsss..!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Diana Rashid said...

wow...kalau buat sendiri nak makan banyak mana pun tak pe kan..siap jimat lagi..bagi2 kat orang..memang jimat banyak..

ArELeEz said...

Diana Rashid,
sesekali b'sedekah.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google