SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, May 27, 2014

#THROWBACKSEMBILAN: KO TERJUN KOLAM NI SEKARANG!

Yang ke-9...

"Abang... please la, cakap kat _ _ _ macam mana lagi nak buktikan yang _ _ _ betul2 percayakan Abang.   _ _ _ betul2 sukakan Abang. Cakap je, _ _ _ sanggup buat apa je nak buktikan yang _ _ _ betul2 cintakan Abang... Abang..."
"Betul ko sanggup buktikan... apa yang ko nak buktikan tadi tu?"
"Betul."
"Betul. Ko tarik balik, jaga ko! Tak tarik?"
"Tak."
"Betul?"
"Betul..!"
"Haaa... ko terjun kolam ni sekarang! Heh!"

Apa mamat kolam ikan ingat, bunga manja pengecut? Tak berani sahut cabaran? Hey... k-mon lah..! Demi kerana chenta, bau hanyir ikan pun sanggup dia redah tau! Walauponnn... ;P

Antara berani2 takut je tu. Apa2 hal, kena bagitau siap2 kat mamat kolam ikan yang dia tak tau swimming. Kengkonon boleh meraih simpati la kengkononnya kan... 

Mamat kolam ikan plak berlagak hati kering, takde perasaan! Nak terjun, terjun je lah. Pedulik hape kan..! Lagipun, dia rasa sangat confident yakin yang bunga manja takkan berani punya nak berenang2 dengan ikan yang hanyir tuh. Cucu Tan Sri kot..! Dengan bangga & puas hatinya dia nak balik kotej.

Tapi, tak sampai 10 langkah...

"Aaaaaaaaaaaaaaaa..............."

Mamat kolam ikan toleh, kelibat bunga manja dah takde! Yang dia dengar cuma jeritan & tangan bunga manja yang terkapai2 kat dalam kolam ikan. Haru-biru! Nak tak nak, terpaksa la mamat kolam ikan jadik 'life guard'. Selamatkan bunga manja yang tersenyum2 bila mamat kolam ikan dukung dia naik dari kolam ikan. Tip top sangat lakonan tu tau! Ha3...

~ Credit to: ping

"... Allah... Hmmm2..."
"... Tolongggggg......"

~ Credit to: perekacerita

Tapi, takde siapa yang lalu / ada kat situ. Takkan nak larik je dari situ kan... Akhirnyaaaaaaaaa.... dalam keadaan serba salah, mamat kolam ikan terpaksa guna teknik CPR. Diulang suara... CPR, hokay..! CPR!!! Ha3...

~ Credit to: xdatube

& bunga manja dah dapat senjata untuk 'ikat' mamat kolam ikan. CPR... Yesss!!! Harapan makin cerah bila mamat kolam ikan call untuk tanya khabar lepas insiden tu. ;D

"... Dalam hidup _ _ _ tak pernah ada lagi lelaki yang sanggup buat macam tu dekat _ _ _.  _ _ _ nak Abang bertanggungjawab atas apa yang Abang dah buat dekat _ _  _"
"Hey, ko cakap apa benda ni? Aku tak pahamlah! Oi! Aduh... Ko dengar sini, eh... aku telefon ko, aku nak tanya khabar ko tau. Ko nak cakap macam ni pulak. Apa hal ko nih? Hey, aku... sebenarnya... takde niat pun la nak sentuh ko kat mana pun. Aku buat sebab terpaksa ko tau. Kalau aku ada pilihan lain, daripada mulut ko dengan mulut ikan, baik aku cium mulut ikan. Ko ada akai ke?"
"Ooo... senang Abang cakap, eh, hah! Yang tanggung malunya _ _ _, Abang... _ _ _! Ok2... kalau Abang nak lepas tangan sangat kan... _ _ _ akan bagitau Kak... Kak Long, apa yang Abang dah buat dekat _ _ _ yang sebenarnya."
"Aduh... Hey, ko nak ugut aku, eh?"
"Bukan ugut. Tapi bila... bila Kak Long tanya dekat _ _ _, _ _ _ cakap yang _ _ _ nak jumpa Abang sedangkan Abang yang nak jumpa _ _ _ tau! Tapi, _ _ _ tipu dekat Kak Long sebab tak nak Abang kena marah dengan Kak Long."
"Eh, _ _ _ ...ko dengar, eh! Macam ni lah... kalau ko rasa, apa yang aku buat kat ko tu, mencabul ko ke... buat apa yang tak sepatutnya aku buat ke... aku mintak maaf la dengan ko, eh. Tapi, ko ingat ko tanam dalam hati ko lah, eh... yang aku buat tu sebenarnya, takde kena-mengena aku nak cabul ko ke... buat benda yang tak elok pada ko... aku takde pilihan lain. Ko paham tak?"
"_ _ _ nak... _ _ _ nak Abang tanggungjawab atas apa yang Abang dah buat kat _ _ _!"  
"Ko nak aku buat apa?"
"Kita kahwin!"
"Ko ingat aku ni bodoh sangat ke, hah? Nak masuk dalam perangkap ko. Eh, mintak maaf, eh! Aku takkan termasuk dalam jerat ko lah. Aku takkan kahwin pun dengan ko!"

Menyesal pulak mamat kolam ikan ajak bunga manja 'dating' kat kolam ikan. Sangat menyesal! Muka gangster tapi, hati dah libang-libu tak hengat! Hadoih! Sampai ke esok dia pikirkan mende tuh. 

~ Credit to: phimvideo

"... Ntah la, mak cik. Saya pun... tak sangka sampai jadi macam ni."
"... Tu la. Mak cik pun tak sangka jugak. Pelik la pulak. _ _ _ _ _ _ _ tu sebenarnya pandai berenang. Adik-beradik dia semua pandai berenang. Si Hannah tu, tiap2 minggu dia hantar anak dia tu belajar berenang."
"Apa dia? _ _ _ _ _ _ _ boleh berenang?"

Hokay, fine! Ada hal yang perlu mamat kolam ikan selesaikan!


:: Like3, ek! ::



2 comments:

zarulfarhana said...

part nie best gak...

ArELeEz said...

zarulfarhana,
bg leez, sume pun best! sgt2 #halussss he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google