SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, August 31, 2012

STICKY MODE ENTRY: 55 TAHUN... JANJI DITEPATI

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you. ;)

MERDEKA! 

MERDEKA! 

MERDEKA!

"Tanggal 31... Bulan 8 57... Hari yang mulia... Hari bahagia... Sambut dengan jiwa yang merdeka... Mari kita seluruh warga negara... Ramai2 menyambut hari merdeka... MERDEKA!"

Wah, patriotik betul ah kak hari ni! Semangat2... He3...

Pagi tadi tengok perarakan Hari Kebangsaan. Paling best tang flashmob joget2 lagu 1M4U tu la. Ah kak kat rumah pun siap follow berflashmob joget2 jugak. Ajar my 'sayang' step 1M4U, noks! He3... Over!



SELAMAT HARI MERDEKA, YOU OLS..! ;D


:: Like3, ek! ::





SEMANGAT MERDEKA

Cerita merdeka lagik... Almaklum la... anak Malaysia kata ko! Makan belacan, ok..! Tak mainla makan cheese.

Eh! Tapi, kadang2 cheese pun laju jugak aku makan.  He3...

Hokaylah! Dah over pulak. ;P

Hari Khamis, tengah aku khusyuk buat kerja bajet nak dapat APC, tetiba dengor siren polis kat luar opis. Lepas tu, bunyik macam hon pulak. Ingatkan accident ke apa ke kan... Laju2 ah kak jenguk.

~ Rupa2nya ada konvoi pra merdeka. Bebudak sekolah yang berkonvoi. 

~ Diorang berkonvoi naik basikal. Siap memasing bawak jalur gemilang lagik!

Unik! Meriah pun ye gak. Basikal diorang pun meriah2 kalernya. Basikal fixie katanya kan... Semua kaler striking2. 

Zaman aku sekolah dulu tak wujud lagik basikal fixie nih. Masa tu, siapa yang pakai mountain bike memang kira dah paling gah la. Boleh eksen2 gitu..! Isk3...

Tak kisah la basikal jenis apa pun kan... Yang penting, semangat kemerdekaan tuh kena tebal & kental. Betul tak?

Syabas kepada adik2 yang berkonvoi tuh... ;)


Like3, ek! ::



KALAU DAH MENGIDAM KAN...

Malam tadi, macam takde mood nak masak untuk dinner. Period pain... Sengal 2 je rasa pinggang nih. Adeh3...

My 'sayang' pun paham. Tak payah nak masak2 katanya... Plus, my 'sayang' ada beli roti benggali inti kaya. Tak nak makan nasik kengkononnya... Kalau aku lapor kang, dia tapaukan je, beli kat kedai.

Tengah baring2 sambil tengok tv, tetiba terbayang2 cekodok kentang cicah kari sardin. Sampai telan2 air liur kot. Hadoi! Macam mengidam pulak.

Nak suruh my 'sayang tapau, aku rasa kat mana2 kedai/restoran pun takde jual kot cekodok + kari sardin. Plus, my 'sayang pening kepala. Lepas makan Panadol terus tertido. Tak sampai hati pulak nak kejut chentahati ah kak tuh. ;P

Aku cergas2kan badan, lawan sikit period pain tuh, nak masak cekodok kentang ngan kari sardin. Kelentang kelentung... pukul 9 malam siap masak. Dah masuk dapurnya pun lambat kan... siap masaknya pun lambatlah. Kira supper je la... ;P

~ Cekodok kentang + kari sardin. Jemput makan, you ols..!

Kejut my 'sayang', ajak makan sekali. Memula macam mamai2, lepas tu terus tanya...

"Aaby, nasik ada tak?"

Eh2! Tadi kata takmo makan nasik. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 30, 2012

DATING @ 'M BESORRR...!'

Tengahari semalam, my 'sayang' tak dapat nak lunch sama2 sebab membusy dengan projek merepair stor TNBnya tuh. Apa nak buat... Terpaksa la menumpang Ros balik. Hu3...

Ingatkan boleh la lunch sama2 ngan Ros, buat teman makan kan... Tapi, Ros puasa la pulak! Hmmm... lunch sorang2 je la kekdahnya...

Sempat buat nasik goreng & goreng ikan masin. Tu je la menu lunch semalam. Alhamdulillah...

My 'sayang' janji nak bawak dating belah petang, lepas opis hour. Nak pujuk isteri kechentaan dia la tuh! Sebab tadi tak dapat lunch sesama kan... Cewwahhh..! Nak merajuk lite2 secara marathonlah! Ha3...

Memula, pusing2 Teluk Intan. Pergi Big Cinemas sebab nak usha2 apakah movie yang tengah on showing. Owh... ada cerita dinosour yang aku lupa tajuknya dengan cerita The Expandables. Giler banyak kot hero2 Hollywood dalam The Expandables tuh! Sampai penuh poster dengan hero2! 

Best ke, weh cerita tuh? Cer share... Cer share...

Lepas tu, pusing2 carik kuih. Takde la pulok. Tauke kuih beraya sakan kot... He3...

~ Last2, makan ni je la kat 'M BESOR'... Jangan salahkan ah kak sebab asik makan fastfood tau! Tapi, salahkan tauke kuih yang beraya sakan tuh. Ha3...

~ My 'sayang' confirm pekena Double Cheese Burger. Faveret, noks!

~ Aku jenis aci belasah ikut sesodap mulut nak order apa je... Ikut apa yang terlintas di pikiran la kekdahnya... Semalam, awal2 dah aim baik punya billboard Grilled Chicken Burger nih. Makanya, ini la jugak yang aku order. He3...

~ Chentahatiahkak yang rajin bawak ah kak makan2 menternak lemak. Hiks...


My 'sayang' jumpa Adha kejap kat luar Mc-D. Ada hal nak discuss pasal drawing kot. Aku melepak dalam kereta sambil baca Kosmo! 

Wah, feeling2 mem besor la pulak! Ha3...


:: Like, ek! ::



Wednesday, August 29, 2012

AMBANG SYAWAL...

Baru nak kepohchi pasal cerita raya. He3... Almaklum la... busy mengattend jemputan open house..! ;P

Ramadan terakhir... hari paling sibuk! Awal2 aku dah amik cuti. Means, aku start bercuti dari hari Jumaat lagik. Pepagi dah bawak mak ke pasar. Sekali dengan my 'sayang' sebab kebetulan dia tak membusy hari tu. Pasal ayam tak perlu risau dah sebab bab tu abang aku bereskan.

Ramai betul manusia kat pasar! Penangan raya kata ko! Kaya la apek2 & nyonya2 yang meniaga kat pasar tuh.

Tujuan utama adalah nak beli buluh lemang, santan & pulut. Buluh lemang dapat 15 batang. Sebatang diorang jual RM 1.50. So, kos buluh lemang = RM 22.50. Santan pulak aku tak ingat mak aku beli berapa kilo. Beli santannya terus! Tak payah susah2 nak perah. Pulut beli 5 kilo. Mak aci agak2 je untuk 15 batang lemang. Lepas tu, Mak Yang tambah lagik 2 kilo.

Berlebih kot. Terus Andak buat ketupat palas. Tak membazir... He3...

~ Cara2 memasukkan daun pisang ke dalam buluh lemang. Khusyuk betul mak. He3...

~ Proses seterusnya, Andak masukkan pulut + santan ke dalam buluh lemang. Masukkan sikit2 lepas tu, hentak2kan buluh lemang ke lantai supaya ia padat. Wah! Macam dah expert nih! Boleh la jadik tauke lemang! Heh3...

Nampak je macam senang. Aci sumbat je masuk dalam buluh. Tapi, remeh jugak tau! Puasa pulak tu kan... Kesaboran tak berapa semenggah kot..! Hu3...

~ Bila masuk bab bakar-membakar, lagikla... ya ampon! Kena jaga api la... kejap2 kang kena pusing2kan lemang tuh... Makan jam wooo... nak masak!

~ Sampai ke waktu berbuka puasa pun lemang still berasap lagik. Cer imagine betapa lama nya tuh.

Otak2 tu ah kak yang bakar tau! Order kat Ros 50 keping. Popia otak2 pun aku order 50 ketul jugak. Saje je buat kudap2... ;)

Malam tu, semua dah berkumpul balik kampung. Makcik2 & pakcik2 aku pun semuanya dah ada kat kampung. Riuh-rendah dengan gelak-ketawa, usik-mengusik... Best betul!

Syioknya ambang Syawal... Rasa macam, hari2 pun nak hari raya! Alaaa... macam lagu Ana Raffali tuh!

"Hari... hari... hari... raya!"

He3...

Setinggi mana kita berpijak, sejauh mana kita melangkah, keluarga tetap segala2nya kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, August 28, 2012

NASI GORENG SEAFOOD INDAHNYA DI HARI RAYA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Baru lepas tengok siaran ulangan rancangan Astro, 'Aaron & Zizan... Beraya Sampai Pengsan...' Suka betul Aaron ngan Zizan prank2kan orang.

"Talk to my lawyer! Talk to my lawyer!"

Ha3... Marah betul 'pak inchik ngan mak inchik' tuh. Kalau korang tengok, korang taula apa maknanya. He3...

Hokaylah! Sebenornya nak cerita pasal masak-memasak resepi baru. Termukadimah pasal Aaron ngan Zizan pulak. Peminat kata ko! Heh3...

Jom main masak2! ;D

Bahan2:-

4 ketul ayam goreng segera frozen cap Ramly
1 biji bawang besar (dicincang)
1 batang carrot (dipotong dadu)
2 keping fish cake (dihiris)
2 ekor sotong saiz besar (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
1 mangkuk nasi
1 biji telur ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap masin
Daun salad
Minyak masak
Garam (jika perlu)
Serbuk perasa

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ayam goreng segera frozen hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Pecahkan telur. Bila mengeras sedikit, kacau sampai jadi telur hancur.
3) Masukkan bawang besar, fish cake, sotong & carrot.
3) Masukkan nasi. Kacau rata.
4) Perasakan dengan serbuk lada hitam, kicap & serbuk perasa. Tambah garam jika kurang masin. Kacau seketika dengan api perlahan. Angkat & hidangkan dengan ayam goreng tadi di atas daun salad.

~ Nasik Goreng Seafood Indahnya di Hari Raya. Mood raya, bebeh! Mood raya! He3...


:: Like3, ek! ::

OPERASI...

Petang semalam, aku ngan my 'sayang' buat operasi mengemas rumah. Tak plan pun... Macam tetiba je aku sapu2 sampah & kemas2 dapur. Tetiba pulak my 'sayang' buat kerja2 laundry ngan kemas2 rak buku.

Paham2 sendirik kekdahnya... ;)

Actually, sebelum balik kampung hari tu dah siap2 kemas ngan mop bagai dah. Takde la bersepah/berhabuk sangat pun... Just nak bagi lagik kemas kata ko. Plus, mengemas ni kena jadikkan rutin harian, especially untuk wanita bekerjaya macam ah kak nih. So, weekend kang takde la penat sangat semua nak dibuat.

Aku pun bukan jenis mengemas 1 hari seluruh rumah. Mana nak curik masa, weh! Aku bahagikan rumah aku tu kepada 5 bahagian. Hall, dapur, master bedroom, bilik semayang & laundry room. 1 hari kemas 1 bahagian. 

Kata la, hari ni turn kemas hall. Makanya semua kena focus kat hall je lah. Habuk2 kat rak tv tu nak kena lap. Kat coffee table jugak. Frame2 gambar ngan tulisan khat lagik. Begitu...

Macam dapur, area tempat memasak ngan sinki tu harus la hari2 kena bersihkan. Sesambil lalu je...

Weekend kang, takde la stress sangat tengok keadaan rumah. Tinggal buat mana yang tak sempat je lagik. Kalau tetiba ada tetamu menyinggah pun takde la segan kan... He3...

Tapi, selalu jugak aku termiss kaedah nih. Perancangan tu ada tapi, pelaksanaan tu yang macam hampeh sikit. Nak amik maid, macam tak berapa perlu kot... Hu3...

Just nak share cara aku kemas rumah je la... Cara korang pulak macam mana?


:: Like3, ek! ::


SEJUK JE...

Dulu, asal datang opis je asik nak meroyan! Pantang silap sikit la kiranya kan... especially time musim panas membahang. Mula la nak stress2 tensen2 kalau ada yang tak kena! Haish!

Sebab masa tu, air-cond yang ada macam hampeh betul! Hu3... 

Motip: Kalau tengah marah/mood swing tetiba air-cond pulak macam kambing memang buleh stress tahap gaban! Tapi, kalau tengah marah/mood swing, then air-cond sedingin salju, terus temperature turun pelan2. Heh3...

Aku rasa, susah nak jumpa dah air-cond pesen camtu kat mana2. Even masa panggil budak maintainance datang check dulu pun budak tu mengucap panjang tengok air-cond tuh. Model lama sangat katanya... Kalau nak buat maintainance pun macam tak bebaloi, better beli baru. Hu3...

Bunyik kemain kuat berderum. Sampai dok 'hah2...' kalau nak bercakap dengan kengkawan kat hujung sinun. Tapi, harap bunyik je pun... Kesejukannya sangat hampeh! Pakai kipas berdiri cap Panasonic tu lagik terbaekkk... kot. 

~ Tapi, tu dulu... Sekarang tidak lagi... Sebab dah ganti air-cond baru..! ;)

Hari2 datang opis senyum musti sampai ke telinga. On air-cond, on PC, lepas tu dok bertenang kejap dalam 5 minit sambil sandar baik punya kat kerusi. Perrgghhh..!!! Nyaman betul! La3...

Rasa sejuk jeeeeeeeee........... ;D


:: Like3, ek! ::



Monday, August 27, 2012

AEON IPOH STATION

Cerita raya sekejap2 lagik, ek! Layan cerita tak raya dulu. ;P

Ada 1 hari tu, aku meeting kat Ipoh. Geng huru-hara pun meeting sekali. Dah namanya sejawatan kan...

Balik dari meeting, kami singgah AEON Ipoh Station. Jangan ditanya secara detail lokasinya kat mana. Sebab memang aku tak tau nak kasik direction. Harap maklum, ye! ;P

Window shopping je pun... Lepas tu, lapor! Ha3...

~ Semua sepakat nak lunch kat Pizza Hut.


~ Tengah menikmati mushroom soup. Aummm2..!!! ;P

~ Baru makan sikit, dah sibuk nak berfotogediks. He3... Siap mintak tolong cik waitress amikkan gambar. Terima kasih cik waitress. ;P

~ Comfy jugak Pizza Hut kat AEON Ipoh Sation nih. Sampai teruja ah kak tau! He3...



~ Siapa tak kenal dengan mushroom soup kan... Kalau pekena time hujan2, memang terbaekkk...lah!

~ Makanan2 kami...


Dah lepas makan, baru semua terpikir... apa barang datang AEON Ipoh Station makan Pizza Hut? Macam la kat tempat memasing nan ado kan... Adeh3...


:: Like3, ek! ::



KARNIVAL RAYA DATARAN MENARA CONDONG

Lama benor tuan tanah kedaung bercuti. Raya di kampung sendirik kata ko! Harus bercuti secara over! Ha3...

Blog pun macam suam2 kuku je. Nak update menu bersahur ngan berbuka puasa cukup sebulan pun dah tak sempat. Hu3...

Tuan tanah kedaung sibuk buat preparation raya... sampai blog dah terabai sikit. Ucapan hari raya pun tak sempat nak buat. Busy betul kekdahnya... ;P

Beberapa hari sebelum raya pun sempat lagik menyopping kat Karnival Raya Dataran Menara Condong. Ramai betul yang pakat2 bershopping di saat2 akhir. Menunggu harga runtuh kot. He3...

~ Tengah mengtry tudung. Best tudung nih! Ngam2 ho je. Terus rembat sehelai.

Tudung dapat rembat 2 helai. 1 yang dalam gambar kat atas nih & 1 lagik kaler maroon. Nak jugak carik tudung Nur Kasih. Konon2 nak carik kaler biru tapi, nan ado! Tu la... siapa suruh ko menyopping last minute. Memang banyak yang dah sold out! Hu3...

Tujuan utama ke Karnival Raya Dataran Menara Condong ni adalah untuk menyopping baju raya ready-made. Gara2 terlupa menyopping kain ela untuk dipakai masa nak beraya kat rumah mertua la nih! Excited sangat nak balik beraya di kampung sendirik, sampai terlupa pasal baju untuk kampung lagik 1. He3...

1st time, ok beli baju raya ready-made. Memang ralat sikit kot. Mostly, diorang jual baju kurung moden. Cantik2! Tapi, aku rasa macam tak nak berbaju kurung moden. Aku carik blouse panjang ala2 mini jubah, pakai dengan skirt labuh. 

Boleh imagine tak? ;P

Takpe kalau tak boleh. Nanti aku jaja kat entry lain, ek! Jangan tak tengok pulak. Rugi! Penat aku pakai cun2, tetibe korang tak singgah tengok pulak. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 16, 2012

IMSAK 16 RAMADAN... 2012

Berbuka di rumah kakak, makanya bersahur pun di rumah kakaklah. Takkan di rumah cikguRokiahjualrotiJohn pulak kan. He3...

Merapu meraban je tuan tanah kedaung ni tau! Mencik! ;P

~ Aku bangun bila makanan dah terhidang di atas meja. Anak manjas kata ko! Ahaks3...

Masa berbuka, selain KFC kakak ada masak sup ayam. So, time sahur tu direheat balik buat lauk. KFC pun belasah jugak. Tambah nasik goreng ngan telur dadar je.

~ Kak Yong demam. Kak Aneem bagi makan ubat. Comel je Kak Yong duduk terlepek macam tu. ;)

Dalam pukul 11 pagi, kami dah gerak balik. Tapi, tak balik terus pun sebab nak shopping kat Tesco Kajang dulu. Abang belikan mak jubah. Kaler ijo lite2, ada manik2. Santek wooo..! Nanti raya kalau mak aku pakai, aku jaja kat sini, ek! ;P

Aku pulak shopping seluar slack. Kaler lite brown. After less jadik RM 29.90 je. Murah kot! Lepas tu, aku beli brooch. Mak beli blouse ngan slack.

Dari Tesco Kajang, kami singgah Masjid Shah Alam. Kebetulan kat situ pun ada booth2 jual macam2. Shopping lagik! He3... Aku belikan mak tudung kaler ijo yang nak disuaipadankan dengan jubah ijo yang abang belikan tuh. Wah! Vogue da vass mak raya nih! Kalah anak2 menantu. Ha3...

Ada jugak kami shopping kurma, kismis & kekacang. Macam little Mekah pulak. ;)

Last sekali, kami singgah Alam Sentral ngan Kompleks PKNS. Aku nak carik tudung. Tapi, sampai lenguh2 kaki menapak, 1 apa pun tak beli! Dapat rembat kek lapis Sarawak je. Hu3...

Ada kaler yang aku nak, kualiti jahitan macam hampeh la pulak! Harga cekik darah! Tak berbaloi. Ada yang memang cantek giler, tudung sulam chiffon silk, lepas bargain dapat 56 hengget, tapi pendek sangat. Tak cover mende yang sepatutnya dicover. Saiz lain takde pulak tuh! Aku dah berangan2 dah nak melaram tudung tu masa balik rumah mertua. Dah takde saiz, terpaksa cancel berangan. Sentap! Tsk3...

Pulang dengan hati hampa siap menitiskan air mata lagik sebab tak dapat tudung raya idaman. Owh... pehhh---lisss... Hu3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 15 RAMADAN... 2012

Hari ni spesel sikit sebab orang lain berlumba2 nak balik kampung sempena cuti am Nuzul Quran, yang kami pulak bersuka-ria nak ke Kajang, rumah kakak. Berbuka di rumah kakak kekdahnya...

~ Plan bertolak lepas Zohor. Tapi, biasa la kan... plan selalu ke laut! He3... Pukul 3 petang baru gerak dari rumah mak. ;P

~ Highway bertentangan memang jemm! Siap ada accident bagai... Orang bandar pakat balik kampung kan...

Sebenornya, aku ngan Kak Aneem dah plan nak surprisekan kakak & abang sebab nak celebrate birthday diorang. Birthday kakak adalah pada 7 Ogos, birthday abang pulak adalah 8 Ogos. Tapi, kami celebrate awal sikit la...

Aku sms Kak Aneem, kata nak tapau KFC kat Tesco Kajang. Kak Aneem kata dia ajak abang follow jugak sebab Kak Aneem nak beli kek birthday. Tapi, dia kasik reason kat abang kata nak beli ubat anak la... beli roti la... Ha3...

~ Bebudak ni kalau jumpe mende alah yang macam kereta mainan masuk duit syiling 50 sen dia boleh bergerak2 tu, mula la menggelupur nak naik!

~ 3 in 1 naik sekali! He3...

Kakak dah sms tanya bila nak sampai sebab dah pukul 7 malam tak nampak batang hidung lagik. Bukannya kami sengaja nak sampai lewat. Tapi, abang tu la... Kak Aneem nak beli kek tapi, dia dok ikut je mana Kak Aneem pergi. Nanti kang tak surprise la kan... 

Last2, Kak Aneem kata dia teringin nak makan roti. Abang ditugaskan monitor anak2. Anak2 diorang pulak macam paham2 je mama diorang nak buat surprise. Ajak papa diorang main kereta tuh sampai terghalit2. He3...

~ Berbuka dengan KFC la kami hari tu. Aku sponsor! Ececehhh..! Nak jugakkk... Hiks...

~ Jenuh tiup belon. Dah la puasa! Fuh! Semput kot!

~ Berlengas dah tuan tanah kedaung. Hu3...

~ 'Ini barang baik, hei! Ini barang baik!' Ha3...

~ Birthday girl...

~ Macam insan yang paling busy je ah kak di situ..! He3...

~ Kek birthday sponsored by Kak Aneem. Sodap! Macam tiramisu + aiskrim.

~ Masa ni, dah tak surprise dah... Dah kantoi dah... He3...

~ Kakak & abang aku dunia akhirat. Owh... syahdu la pulok! Tsk3...

~ Agak2 la, bro! Ha3...

Boleh pulak kitorang terlupa yang birthday Abang Mie pun bulan 8 jugak. Dah potong2 kek baru terperasan. Hadoiiyaiiinyapun!

~ Terus mintak ampun... Terus paksa Abang Mie potong kek jugak. Adeh3...



~ Romantika bulan puasa la pulok! Hiks...

Seronok betul berbuka puasa hari tuh. Sebab dapat buat gathering 1 family kan... Lama dah tak makan sama2 kot.

Happy birthday to kakak, abang & Abang Mie. Semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Aminnn...


p/s: Pssttt2!!! Birthday tuan tanah kedaung ni 16 September tau! Jangan buat2 lupa pulak! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 15 RAMADAN... 2012

Ingat nak tapau je leftover lauk dari rumah mertua. Tapi, tak boleh sebab takde mende yang boleh ditapau dah. Semua pun sold out! Hu3...

Takpe la... kita belasah masak apa yang ada dalam fridge tu je.

Aku goreng ikan bilis, angkat & toskan.

Tumis bawang besar sebijik, campak cili padi dalam 7 bijik, then pecahkan telur. Dah keras sikit, aku hancus2kan.

Lepas tu, bubuh balik ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau2 kejap, letak kicap sikit & hidangkan. 

Makan dengan nasik panas2. Owh... terbaekkk... wok..! ;P


:: Like3, ek! ::



IFTAR 14 RAMADAN... 2012

Kembali berbuka kat rumah mertua...

Kalau ikutkan, weekend je nak bahagi2 masa berbuka kat rumah mertua ngan rumah mak. Tapi, sebab weekend tu kami nak ke Kajang, berbuka kat rumah kakak, balik pulak adalah hari Ahad, so diawalkan sikitlah turn berbuka kat rumah mertua minggu tuh. 

Kira aci je la kan... ;)

Pukul 7.00 malam baru nampak batang hidung. Almaklum la... wanita berkerjaya kan... Harus la kena tunggu habis opis hour baru balik kampung. Ececehhh..! ;P

Singgah beli kuih kat PARAM lagik... memang makan masa la kiranya kan...

Sampai2, aku tengok adik2 ipar dah start hidang. Laju2 aku join. Heh3... 

Menu berbuka petang tu adalah nasik putih, sup ayam, udang tumis daun kunyit, ikan goreng & kuih-muih. 2 pinggan kot aku belasah! Adeh3...

Dulu2, masa memula kawen, kemain segan lagik nak tambah2 nasik. My MIL sua nasik tambah kat depan muka pun bajet malu2 kucing nak cedok. Sekarang, my MIL tak payah susah2 angkatkan nasik tambah sebab tahap keseganan tu macam dah pupus pulak. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 15, 2012

IMSAK 14 RAMADAN... 2012

Dah mula liat nak bangun sahur. Mak buat wake up call sampai 2 kali, noks..! Hu3...

Pukul 5.10 pagi baru nak mengeliat. Rasa macam nak tongkat kelopak mata dengan batang mancis pulak. Adeh3...

Sudahnya... panaskan nasik, goreng telur mata kerbau & ikan masin. Makan dengan cili padi sikit. 

Simple giler tapi, sodap apa..?!! ;P


:: Like3, ek! ::



IFTAR 13 RAMADAN... 2012

Akhirnya... dapat jugak berbuka puasa kat rumah abang. ;)

Mak roger2, suruh aku masak apa2 yang patut. Tak pun tapau PARAM je sebab mak tak larat nak masak. Nak kejor menjahit baju raya orang. Mak dah tolak awal2, actually. Tapi, diorang hantar time mak takde kat rumah. Diorang pass kat nenek je.

Ada jugak yang aci merayu2 sampai mak serba-salah nak tolak. Hadoiiyaiiinyapun!!! Kesian mak tau!

So, takpe la... kalau mak tak larat nak masak. Biar anak2 pulak memasak untuk mak. Cewwahhh! Bajet anak mithali kata ko! Ha3...

~ Aku nak masak ayam kari tak kari. Rupa macam ada dah. Tapi, rasa dia macam ke laut kot. Aci pejam mata je makan dengan nasik impit. Adeh3...

Kak Aneem pun masak jugak. Maybe, kami sama2 dah boring kot sebab asik menapau PARAM je. Kak Aneem masak lauk selamat iaitu tomyam ayam. Aku kata dia lauk selamat adalah sebab memang kojo sonang yo nak masak tomyam! Campak2, reneh2 kejap, dah siap. ;P

~ Nasik impit tu aku rebus time balik rumah tengahari. Tersama pulak masak ikan masin goreng dengan Kak Aneem. Belasah je lah! ;P

~ Kak Yong puasa penuh hari tu. Tapi, bila berbuka makan nasik impit ngan kuah tomyam sikit je. 

~ Minum air je yang tak hengat! He3...

~ Tuan tanah kedaung... He3...

~ Lepas berbuka, bebudak berdua tuh berphotoshoot. Haish! 

~ Kak Yong dah kurus. Dah hilang kechubby-annya.. Holloh3...

~ Konon comel sangat la tuh! ;P

~ Ececehhh..!!!

Tak sabornya aku nak raya..! Owh... pehhh-lisss..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google